Sunday 15 June 2014

My Precious Time

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu.


Macam dijanjikan, last entry Aini ada cakap nak flashback masa Baby AS dilahirkan. Actually dah ada dalam draft dah dari 16/6/2014 lagi. haha. Baru teringat nak update. Adeh! Maaf kawan2. Jom throwback kisah 8 bulan lepas. 🙈 Now anak iols dah besar panjang dah. 8 bulan. hihi.

Permata hati ibu

Malam tu Aini punya la dok menyembang sakan dengan ayah, mak ngan suami. Tiba-tiba rasa macam ada cecair mengalir. haha. Bila check ingatkan air 'syi syi' rupa-rupanya air ketuban. Aini tau pun sebab Aini menjerit panggil mak datang tengok. Punya la tak tahu bezakan air syi syi dengan air ketuban. haha. Bila bagitau suami dengan ayah, diorang punya la panik sampaikan suruh admit hospital balik. Tuan badan rilex je sebab dah fobia kena admit before ni. Boring tahap melampau dok terperap dalam bilik tu. haha. Aini decide tak nak admit lagi sebab leaking sikit je. Suami memang tak boleh tido la malam tu sebab risau tapi Aini hentam tido je. Act as nothing happen. hehe. Bila fikir balik macam hero giler, boleh ibu buat tak tau. Sorry Ammara Sofea.

Masa Subuh tu leaking lagi tapi kali ni basah sampai kena tilam. So this time memang nekad nak pegi hospital sebab takut baby lemas. Sebab search kt google memang possibility baby lemas tinggi if air ketuban leaking. Tapi still tunggu sampai azan Subuh berkumandang. Lepas solat Subuh, suami terus pecut ke Pusrawi. 

Pukul 6:30 am, Aini admit di Pusrawi dan terus masuk dalam labour room. Macam biasa nurse masuk untuk buat CTG. Contraction selang 15 minit lagi time tu cuma air ketuban still leaking. Kebetulan Dr. Fidak ada kursus di Shah Alam so nurse-nurse la yang take care Aini pagi tu. Hari tu memang Aini minta makan macam-macam. Al-maklum la nak berpantang selama 44 hari. hihi. Nanti kempunan pulak tengok orang lain makan.

Pukul 9:30 pm tu baru Dr. Fidak sampai dan dia terus check bukaan. Still bukaan Aini 2 cm. Dr cakap lambat lagi nak bersalin ni. huhu. Dr suggest masukkan air je kalau nak cepatkan bukaan. Aini discuss dengan mak dulu sebab cuak. Then Aini decide masukkan air je. Mak cakap sakit sama je cuma cepat atau lambat je bezanya. Pukul 10:30 pm, Dr masukkan air dan Dr jangkakan Aini bersalin pukul 3:30 am and above. Dia cakap anak sulung lambat sikit. Siap Dr balik rumah lagi tukar baju tidur. haha. Comel betul Dr ni. 😘 Pukul 11:15 pm, Aini dah start rasa sakit dan masa tu contraction makin kerap. Disebabkan suami tak sampai hati tengok Aini sakit lama, so dia decide suruh ambil suntikan Epidural. Terharu iols. huhu. Lagipun time sakit nak bersalin tu nurse check Aini demam. 39 darjah celcius tau. Time tu tak fikir dah demam, fikir sakit nak bersalin je. 

Doktor pakar yang suntik Epidural tu cakap, Aini akan rasa kebas 30 minit selepas ambil suntikan tu. Tak sampai 15 minit Aini dah rasa kebas. Doktor tu terkejut sebab cepat sangat. haha. Pukul 1:15 am, Aini rasa nak meneran dah. Sepatutnya bila dah kena suntikan Epidural tu memang tak akan rasa pape tapi Aini rasa. Doktor memang terkejut beruk la kan. haha. Memang lawak la time tu. Tapi Dr. Fidak cakap bagus juga Aini dapat rasa meneran tapi tak rasa sakit. Senang proses nak bersalin tu. Syukur Alhamdulillah!

Alhamdulillah, tepat 2:07 am pada 28 April 2014, Aini selamat melahirkan puteri tercinta, Ammara Sofea binti Ahmad Fikri. Aini dan suami bersyukur tak terhingga. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan yang diberikan kepada kami suami isteri. 

Ibu love u sayang! 💋

Saat melahirkan Ammara Sofea adalah saat yang paling indah bagi Aini dan suami. Moment tu tak akan Aini lupakan. Sekarang baru Aini tahu perasaan seorang ibu. huhu. Bau fresh syurga tu sampai sekarang Aini teringat. Heaven sangat!

Sama tak macam muka ibu? hehe.

Next entry Aini update bila ada masa ye. Thank you and love u all! 😘





Friday 13 June 2014

Our Precious One, Ammara Sofea

Assalamualaikum.

Sebulan lebih tak berupdate blog ni sebab Aini berada dalam tempoh berpantang. Alhamdulillah sekarang sudah masuk 47 hari :) Ni pun Aini curi-curi update sebab anak tengah tido. Kejap lagi berjaga la tu mintak susu. haha. Alamak! Baru cakap dah jaga dah anak. Jap ye! huhu.

......

.................


Ok, dah boleh continue mengarang balik. Anak dah tido. haha.


Time ni fresh dari ladang tau. hehe. Tapi nurse lapkan dulu la air ketuban yg melekat dekat baby.


Last post Aini dah bagitau nama anak kan. Aini dengan suami berpakat namakan Baby AS sebagai Ammara Sofea binti Ahmad Fikri. Nak panggil Ammara boleh Sofea boleh. Nak panggil Baby AS pun boleh. haha. Lebih afdal panggil Ammara Sofea la kan.

Mesti ramai tertanya-tanya nape nama anak kitorang sebijik macam nama anak artis, Eira Syazira tu kan. Cuma ejaan anak dia je lain. Amarra Sofea Ros. haha. Actually semua ni kebetulan je tau. Suami memang dari awal preggy lagi cakap kalau dapat baby boy nak namakan anak sebagai Ammar.Tup2 scan dapat baby girl. Sebab tu la letak nama Ammara. Aini pulak dari dulu lagi memang minat nama Sofea. So bila digabungkan jadilah Ammara Sofea. Tak sangka pulak sama nama dengan anak artis. haha.

Dah settle bab nama, nak cerita balik waktu-waktu nak bersalin macam panjang je. haha.  Sebab sekarang tengah excited melayan anak. Nanti bila ada masa Aini flashback waktu baby AS nak keluar. InsyaAllah next entry kot :)

Aini selamat melahirkan Ammara Sofea masa kandungan 40 minggu 2 hari. Rasa macam cepat je masa berlalu. Rasa macam baru je kahwin and now Aini dengan suami dah ada anak sendiri. Rasa bersyukur sangat-sangat Ya Allah!



Gambar Ammara Sofea dengan maktok lepas keluar dari perut ibu. Before maktok pegang, ibu dah pegang dulu dah. Bau fresh dari oven lagi tau. Bau dari syurga. Ibu tak akan lupa bau tu sayang. Sayu sangat hati ibu bila tengok awak keluar dengan selamat dari perut ibu. huhu.




Time baby keluar dari perut Aini, benda pertama yang Aini nampak ialah rambut baby yang lebat tu. haha. Memang ikut sebijik macam baba dia punya rambut. Bila doktor letak baby atas badan Aini sambil jahit tu, mata baby asyik tengok Aini je. Ya Allah! Betapa gembiranya Aini masa tu. Memang lengkap kehidupan Aini. Dengan suami teman start Aini kena admit sampai la Aini discharge. Memang terharu sangat-sangat. huhu.Thank you suami!





Harta Aini dunia akhirat. sobsob.
Anak manja baba sungguh :)

Agak-agak ikut muka Aini ke suami? haha.




Lepas discharge dari hospital, bermula lah kehidupan Aini sebagai seorang ibu. Totally berubah 360 darjah. haha. Keutamaan sekarang adalah anak. Tanggungjawab Aini sekarang dah terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab sebagai isteri dan tanggungjawab sebagai seorang ibu.


Ammara Sofea baru 21 hari


Masa ni Ammara Sofea baru lepas kena cukur rambut. Bukan main diam lagi time kena cukur dengan bidan tu. Masa nak mandi je bising sikit sebab air sejuk sangat. haha.

Okey lah. Aini continue next time pulak ok. Baby dah bangun. haha.

Tuesday 6 May 2014

Welcome Baby AS!

             Assalamualaikum.

Hari ni genap 9 hari anak ibu lahir di dunia ini. Anak ibu lahir pada 28hb April 2014 jam 2:07 pagi di Hospital Pusrawi. 


Selama ni ibu reveal nama unofficial as Baby As je. Now, ibu nak reveal nama official anak ibu ni. Ibu dengan baba bersepakat namakan anak ibu ni sebagai Ammara Sofea binti Ahmad Fikri. Mesti ramai tertanya-tanya maksud di sebalik nama yang Aini dan suami pilih kan. hihi. Ammara bermaksud seorang yang beriman dan Sofea bermaksud menawan / cantik. 

Nak tengok gambar baby? hehe. Nanti Aini upload ye tapi bukan sekarang. InsyaAllah bila baby dah mencecah umur 40 hari. Kalau tak sabar jugak nak tengok, jemput lah datang melawat Aini ye. haha.

Ok lah. Aini update sampai sini sahaja. Al-maklum la bila ada anak ni. Ni pun curi-curi update time baby tidur. haha. Kejap lagi bila baby jaga, memang nak full perhatian dari ibu dia je. Manja betul anak ibu ngan baba ni.

See u all next entry :)

Saturday 26 April 2014

260414 Due Date??

Assalamualaikum.

Apa aktiviti korang hujung minggu ni? Mesti keluar jalan-jalan dengan family tercinta kan. Aktiviti Aini? huhu. Aini kena kuarantin stay kat rumah je. Kalau ikutkan hati memang nak terbang pergi Shah Alam dah hari ni sebab ada expo baby kat SACC. Tapi terhalang dek suami and ayah. haha. Untuk pengetahuan korang, hari ni kandungan Aini genap 40 weeks dah.


Tiap-tiap hari ibu awak kerja counting days guna apps ni je lah. Excited tau! hihi :)

Mesti ramai yang tertanya-tanya samada baby dah keluar ke belum. Betul tak? haha. Baby AS ni saja nak main tuk cak tuk cak dengan semua orang, tambah-tambah dengan ibu dia ni. huhu. Dari last week dah ada tanda-tanda baby nak keluar tapi tak keluar-keluar lagi. Sampaikan semalam suami dengan ayah suruh pergi Pusrawi dah sebab Aini tumpah darah. Panik diorang kalah Aini. Walaupun tahu Aini dah call Dr. Fidak awal-awal tanya samada necessary ke nak pergi hospital. Doktor cakap normal sebab pagi tu Aini baru lepas buat VE and doktor cakap dah bukak 3cm. Cuma kena tunggu beberapa hari je lagi untuk baby keluar. Alhamdulillah setakat sekarang baby semua ok and doktor cakap tak payah induce pun even dah sampai due date. hihi. Syukur Alhamdulillah!

Doktor sarankan rehat kat rumah je sebab kalau Aini pergi semalam memang confirm-confirm kena tahan dalam wad sampai dah deliver. Bosan kot kena tahan dalam wad. Bukan boleh buat apa pun. Nak makan pape pun terhad. haha. Cuma kalau tumpah darah sekali lagi, baru doktor suruh pergi hospital. Alhamdulillah sampai sekarang tak ada lagi tumpah darah. Sekarang ni Aini cuma tunggu air ketuban pecah je tak pun baby kurang gerak < 9 kali dalam masa 12 jam. 


Ni result CTG yang Aini buat semalam. Graf yang atas tu heartbeat baby dan graf yang bawah tu kekerapan contraction Aini.

Baby tak puas lagi kot stay dalam tommy ibu dia tapi ibu dengan baba dia pulak yang tak sabar sangat nak tengok in real life. haha. Ayahwan dia lagi la excited sampaikan sanggup datang dari Kedah semata-mata nak tunggu cucu dia keluar. Kira setiap minggu la ulang-alik dari Kedah ke KL ni. Thank you ayahwan! hihi. Maktok, nekma, tok ayah, ayah & mak menakan dia pun excited jugak tunggu baby keluar. Cepat keluar ye baby. Ramai yang tunggu awak keluar ni. haha.


Perut Aini bukan besar macam dalam gambar ni tau. Ada alat untuk CTG dekat perut tu. Sebab tu nampak besar semacam je. haha

Sekali lagi Aini mohon doa dari kalian semua. Semoga Aini dan baby dipermudahkan dalam segala urusan dan selamat semuanya. Amin. Jikalau Aini ada buat salah silap atau ada sakitkan hati sesiapa dengan sengaja ataupun tidak sengaja, minta dimaafkan. Jikalau Aini ada terhutang something, minta dihalalkan ='(

Wednesday 23 April 2014

Wrong Indicator!

Assalamualaikum.

Macam gempak tak tajuk entry Aini kali ni? Ke statement macam bajet artis je? haha. Hari ni saja nak cerita pengalaman bila first time jadi ibu ni. Sebelum tu saja nak bagitau semua orang, kandungan Aini sudah mencecah usia 39 minggu 4 hari. Wow! Cepatnya. Fuhhhhhhh! Nebes iols. Doakan yang terbaik ye untuk Aini dan baby AS =)


Fresh dari ladang ni. hahaha. 38 weeks 6 days punya gambar. Macam belon dah tummy bila nak dekat due date ni.

Hari Khamis lepas bersamaan 17hb April 2014 tepat pukul 2.30 pagi, Aini dengan suami kelam kelibut bersiap-siap pergi Pusrawi. Sebabnya Aini rasa contraction dari pukul 9.30 malam (16hb April 2014) lagi. Kejap-kejap contraction kejap-kejap contraction (time tu main agak je contraction tu macammana. haha.) Sebab baby first kan. Mau kami berdua tak cuak. Takut terberanak malam tu je. huhu. Mak ayah Aini pun terkejut kitorang keluar pagi-pagi buta. haha. Time tu angkut semua barang dah takut apa-apa jadi kat hospital.

Sampai-sampai kat Pusrawi, suami pergi daftar dulu kat ruangan emergency. After dah settle, orang yang bertugas time tu bagi wheel chair kat Aini sebab dia nak tolak Aini naik tingkat 4. Tapi Aini tak nak duduk atas tu sebab rasa larat lagi nak berjalan. Terkejut beruk abang tu. haha. Lagipun orang tua-tua cakap kena berjalan banyak kalau nak cepat deliver. Kan mommy2 kan? :)


Terus dapat tag nama. haha. Teringat zaman sekolah dulu-dulu.

Nurse kat wad bersalin tu terus bawa Aini dan suami masuk dalam salah satu bilik kat situ. Aini tak perasan pape lagi pasal bilik tu. Bila Aini dah tukar pakai baju hospital baru Aini dok belek-belek keadaan bilik tu. Rupa-rupanya diorang letak Aini dalam labour room untuk Caesarean punya. Fuhhhhh! Bertambah kus semangat bila nampak peralatan untuk operate tuu. Ngeri! Lepas dah settle tukar baju, nurse masuk untuk buat Cardiotocography (CTG). CTG ni untuk monitor heartbeat baby dan kekerapan contraction yang berlaku. Test ni ambil masa 45 minit jugak la sampaikan Aini boleh upload gambar dalam insta. haha. Bila tengok result contraction memang ada cuma tak kerap sangat. Aini dengan muka toyanya tanya nurse tu.

Aini    :  Nurse, sebenarnya real contraction tu macammana? hehe.. Saya blur lagi sebenarnya (sambil senyum-senyum kambing).
Nurse :  Real contraction tu berlaku apabila perut berasa keras dan menegang. Kekerapan yang berlaku adalah selang 5 minit. Kalau kejap-kejap perut rasa menegang tu dipanggil Braxton Hicks. Untuk situasi awak, memang berlakunya real contraction cuma selang 20 minit.
Aini    :  Oooooooo.. Macam tu rupanya real contraction. Sebelum ni ingat real contraction tu bila rasa senak-senak kat perut. haha.. Terima kasih nurse.
Nurse :  Sama-sama. Ok, lepas ni akan ada doktor/bidan datang untuk buat VE.
Aini    :  VE? Apa tu nurse? (dengan muka blur)
Nurse :  Oh, VE tu untuk ukur bukaan serviks awak berapa.

Bila dengar je pasal VE ni, automatik muka Aini terus bertukar kaler putih kapur. Confirm kalau toreh tak keluar-keluar punya darah. huhu. Siapa tak cuakkan bila kena check kat miss V tu. Waaaaaaaaaaa! Sebab fikir pasal baby je Aini redha bidan tu nak buat apa pun. huhu. Sakit oooooo! Sampaikan Aini rasa nak menangis tau but Aini kuatkan semangat so tak jadi la air mata nak mengalir. hihi. Bidan tu cakap Aini punya serviks dah buka a tick of finger means 1 cm. Dr. Noor Fidak tak boleh datang sebab dia ada emergency case di Tropicana Medical Centre (TMC). Sebab tu bidan yang kena check dulu. huhu.


Nampak tak betapa pucatnya muka Aini lepas kena VE. huhu

Aini kena tahan dalam labour room tu sampai pukul 11.30 pagi. Sampaikan suami kena ambil emergency leave (EL). Aini tak boleh tidur dalam labour room tu. Bosan gila tau. huhu. Part paling touching bila teringat suami  tak tidur dari balik kerja lagi. Pukul 5 pagi baru boleh tidur, tu pun terjaga pukul 6 pagi sebab dengar azan Subuh. Punya kesian sampaikan Aini ajak dia tidur atas katil sekali dengan Aini. Sweetkan? Ala-ala honeymoon gitu. haha. Tapi sejam je la suami merasa honeymoon atas katil dalam labour room tu sebab pukul 6.10 pagi tu, nurse masuk sebab buat test CTG lagi. Contraction Aini selang 15 minit time tu. Baby punya heartbeat pun dengar kuat. Excited kitorang! hihi. Lepas solat Subuh, suami sambung balik tidur tapi atas kerusi la. Aini memang tak boleh tidur cuma pukul 10 pagi tu terlelap kejap. Terjaga sebab nurse masuk sebab buat check up. Time tu baru nurse cakap boleh balik sebab doktor suruh balik rehat kat rumah dulu sebab rumah Aini dekat je dengan Pusrawi. Lagipun keesokan harinya memang Aini ada appointment dengan doktor.


Nyenyaknya suami tidur. Thank you honey sebab teman b semalaman sampaikan korban waktu tidur. Walaupun sayang penat kerja seharian. Sobsobsob :'(

Keesokkan harinya, Aini dengan suami jumpa Dr. Noor Fidak. Berat baby pun dah naik 3.2kg dah tapi berat ibu turun pulak. huhu. Doktor cakap baby punya kedudukan memang dah cantik dah cuma ketebalan rahim Aini je tak senipis kertas lagi untuk deliver. Time tu memang kena buat VE lagi la. huhu. Tapi doktor buat tak sakit tau. Memang tak rasa pun time doktor masukkan tu. Doktor cakap suruh tunggu je. Mungkin baby tak nak keluar lagi. Nak tunggu date yang sesuai. haha. Saja nak manja-manja dalam perut ibu lagi la tu. Tak puas dok swimming lagi kot. Doktor pun cakap ibu dia pun jalan aktif lagi. haha. Cuma hari tu, tiba-tiba Aini punya tekanan darah tinggi. First time tinggi, kalau tak before ni rendah je tak pun normal. Doktor suruh tunggu kejap sebab dia nak test sekali lagi. If still tinggi, memang Aini kena admit balik and kena induce. Memang kena bersalin paksa la. huhu. Nasib baik back to normal. Fuhhh! Doktor cakap ibu baby nebes sangat la tu nak bersalin. haha.


Baby kasi chance ibu dengan baba ambil gambar berdua dulu. haha

Disebabkan Aini rasa bukan dalam masa terdekat baby nak keluar, so Aini suruh ayah balik Kedah dulu. Sebab adik Aini yang bongsu still sekolah rendah. Kesian pulak kat dia kena ponteng sekolah sebab akak dia nak bersalin. huhu. Cuma ayah tinggalkan mak je la dengan Aini. Ayah cakap kalau bawak balik mak pun, maktok tak duduk diam punya kat sana sebab teringat cucu. haha. Al-maklum la cucu sulung. Cakap dekat maktok je padahal ayahwan pun sama. Esok ayahwan pun nak terbang jumpa cucu. Nak tunggu jugak kot-kot cucu keluar time ayahwan datang. haha.


Amboiiii! Cucu belum keluar lagi ayahwan dengan maktok excited dah belikan bassinet ni. Sekarang ibu pulak excited nak tunggu baby AS keluar tidur atas bassinet tu sebab hari-hari dok tengok benda alah ni. hihi.

Harap semua doakan semoga Aini dengan baby selamat ye. Doakan jugak semoga Aini dipermudahkan semasa bersalin nanti. Amin.

Tuesday 8 April 2014

Zikir, Doa dan Amalan Semasa Mengandung dan Memudahkan Bersalin

Assalamualaikum.

Hari ni tetiba Aini rasa nak share antara doa-doa dan zikir-zikir yang dapat mommy to be kat luar sana amalkan. Doakan Aini sama ye semoga urusan Aini untuk lahirkan baby AS berjalan dengan lancar. sobsobsob ='( Cuak pulak tetiba. huhu.

Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu hamil ialah berzikir mengingati Allah S.W.T serta memperbanyakkan membaca Al-Quran. Kerana dengan amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada baby dalam kandungan. Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Ra'd ayat 28 :



" Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah S.W.T. Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah S.W.T. , hati menjadi tenang."

Antara petua-petua yang biasa diamalkan oleh ibu mengandung adalah membaca surah-surah pilihan iaitu :

  • Surah Yusuf  -  untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.
  • Surah Luqman  -  untuk memohon anak yang cerdik.
  • Surah Maryam  -  untuk memudahkan bersalin.
  • Surah Yasin  -  untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
  • Surah al-Hujurat  -  untuk membanyakkan susu ibu.
  • Surah al-Imran ayat 38  -  untuk memohon anak yang baik.
  • Surah al-Imran ayat 8-9  -  untuk memohon rahmat.
  • Surah Ibrahim ayat 40  -  untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
  • Surah al-Baqarah ayat 128  -  untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
  • Surah Yassin ayat 22-23  -  untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
  • Surah as-Sajdah ayat 7-9  -  untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
  • Surah al-Furqan ayat 74  -  untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Doa yang sunat dibaca ketika hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya' ayat 21:87 :


"Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!). Sesungguhnya aku adalah daripada kalangan orang yang menganiaya diri sendiri."

Begitu juga kepada ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibn Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya :

"Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah al-Ahzab (ayat 35) dan surah al-Nazi'at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya."
(Hadis riwayat Ibn Sunni)

Doa-doa dan amalan-amalan ni Aini ambil dari buku Diari Hamil.


Antara zikir dan doa yang diamalkan untuk memudahkan bersalin ialah :
Thanks kepada blogger-blogger untuk doa-doa ni.


1)

"Ya Tuhan, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat (anak) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba-Mu."

2)

"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim."

3)

"Tuhanku, berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh."


Apabila saat hampir bersalin, bacalah doa ini :

4)

"Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah."


Untuk memudahkan bersalin digalakkan juga membaca ayat Kursi.

5)

"Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjanjikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. 
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.


Seterusnya, perbanyakkan membaca tasbih ini :

6)

Maha Suci Allah

7)

Aku pohon ampun kepada Allah


Sentiasa membaca doa ini : 

8)

"Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan Yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepada-Nya daripada sekalian yang mempunyai dengki."

*Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu.

9) Surah Al-Ansyiqaq


10) Sentiasa membaca surah Maryam.


11) Surah An-Nahl (ayat 78-80)

[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Marilah sama-sama kita amalkan. InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya. Amin.


Monday 7 April 2014

Baby AS, Baby Girl atau Baby Boy?

Assalamualaikum dan Happy Monday pagi buta-buta ni. haha

Macam suspense je kan tajuk entry Aini pepagi ni. haha. Ni penangan teman suami tengok bola la ni. Sebab tu update entry yang bukan-bukan. Bosan kot. huhu. Tapi nampak gaya macam ramai kawan-kawan Aini yang tertanya-tanya gender baby Aini. Mostly teka baby boy. Kenapa ye? haha. Rasa sekarang macam dah ada yang tahu. Papepun untuk confirmation kita tunggu dan lihat bila baby AS keluar bulan ni. Whether Aini's junior or Fikri's junior? hihi. 

Kalau ikut doktor, dalam 5 bulan tu memang dah nampak dah boy or girl. Mommy to be semua confirm excited nak tahu kan. Macam Aini dengan suami jugak la but our precious terlampau malu pulak. Rasa perangai pemalu tu ikut baba dia. Ibu dia bukan tak tahu malu tapi tak de la pemalu sangat macam baba dia. haha. Teringat zaman degree dulu bila Aini masuk persatuan sama dengan suami. Masa tu Aini student baru masuk, part 2 dan suami masa tu dah part 5 and kebetulan suami timbalan presiden persatuan yang Aini join tu. Bayangkan masa first meeting dengan budak-budak baru, suami Aini just perkenalkan nama dan kos dia je. Padahal member dia yang lain cakap bukan main banyak lagi tau. Siap datang sembang-sembang lagi.  Dalam hati Aini memang dah cop suami bajet macho. haha. Memang Aini anti tahap kaw-kaw la dekat suami time tu. Tapi orang tua-tua cakap jangan tak suka sangat dekat someone tu, nanti sayang-sayang pulak. Pap! Terkena batang hidung sendiri. haha. Now, he is my nyawa tau. Love u!


Bila ibu ajak baba selfie. haha

Sepanjang pregnant, Aini memang rajin sangat baca dan google tentang baby. Paling suka baca part tanda-tanda baby girl atau baby boy. Maunya tak beria sebab masa kandungan Aini 7 bulan baru tahu. haha. 

Aini nak listkan apa yang Aini alami time preggy ni :

  • Morning sickness yang teruk sampai kandungan masuk 4 bulan. Lepas tu continue balik time kandungan nak masuk 8 bulan. Baby anti nasi putih. huhu
  • Memang Aini suka makan makanan masam-masam. (sampaikan ada stok asam dalam kereta suami. haha)
  • Time 1st trimester Aini alah bau suami. Sometimes tu Aini suruh suami tidur lambat sikit supaya biar Aini tidur dulu. Kejamkan? haha. Nak buat macammana dah wife awak ni tak boleh bau =P
  • Asal masuk bilik air je muntah. Suami syak Aini tak boleh bau shower gel selain Shokubutsu. Last2 shower gel Lux yang selama ni Aini guna kena campak pegi toilet sebelah. haha
  • Tak boleh bau makanan mentah sampaikan suami yang kena masak time awal preggy dulu. haha.  Even sekarang pun suami still masak :)
  • Suka bangun lambat especially time suami pergi kerja. haha.
  • Suka make-up tapi bukan over mana pun. Just kalau nak keluar rumah tu mesti wajib pakai bedak, eye-liner, blusher dengan lip balm. haha


Masing-masing muka tak sabar nak dukung baby AS. Dukung anak menakan dulu pun jadi la. haha

Sekarang Aini nak list pulak teori dan pendapat orang lain yang Aini jumpa dalam incik google. Tapi jangan percaya tau. Baca untuk suka-suka je :)

1) Kadar degupan jantung. Kalau baby boy, kadar degupan jantung baby kurang daripada 140 degupan seminit. Kalau baby girl, lebih cepat daripada 140 seminit. (Aini tak survey pulak baby punya kadar degupan jantung. Asalkan berdegup syukur Alhamdulillah.)

2) Bentuk perut ibu. Kalau baby boy, perut ibu memboyot ke hadapan, kelihatan tajam dan perut rendah. Kalau baby girl, perut ibu bulat dan tinggi. (Aini tengok perut Aini tak de lah tajam pun tapi semua orang cakap perut Aini tajam dan semenjak masuk 9 bulan ni perut Aini nampak rendah. haha. Doktor cakap tu sebab dah tiba masa dah.)

3) Muka ibu. Kalau baby boy, muka ibu sangat berseri. Kalau baby girl, muka ibu tak berseri sebab baby ambil semua seri tu. haha. (Aini rasa sama je muka Aini kalau seri ke tak seri. Sebab tiap-tiap hari suami puji cantik. haha =P )

4) Morning sickness. Kalau baby boy, ibu tidak mengalami morning sickness masa 1st trimester. Kalau baby girl, ibu mengalami morning sickness masa 12 minggu pertama kehamilan. (Aini punya morning sickness pelik sebab nak hujung-hujung ni pun still ada. haha)

5) Cermin. Kalau baby boy, ibu suka lihat cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan mata ibu membesar. Kalau baby girl,  ibu suka lihat cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan mata ibu tidak mengembang. (Aini memang pantang nampak cermin mesti telek muka sendiri punya la lama. Bab mata tu tak pasti pulak.)

6) Mengidam. Kalau baby boy, ibu mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging. Kalau baby girl, ibu mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula. (Aini memang tak suka benda manis-manis ni cuma aiskrim dengan jus buah-buahan tu memang makanan favourite la. hihi)

7) Kulit. Kalau baby boy, kulit ibu menjadi kering. Kalau baby girl, kulit ibu lembut. (Rasa memang kulit Aini lembut sejak azali lagi. haha. Perasan betul =P Cuma time awal preggy dulu, bibir Aini memang selalu kering.)

8) Nombor. Kalau baby boy, apabila ibu mencampurkan umur ibu semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap. Kalau baby girl, jumlahnya ganjil. ( 21 + 8 = 29. Ganjil! haha)

9) Rambut. Kalau baby boy, rambut ibu menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil. Kalau baby girl, rambut ibu semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil. (Rasa macam sama je sebelum dan semasa hamil.)

10) Keadaan tidur. Kalau baby boy, ibu tidur mengiring ke kiri. Kalau baby girl, ibu mengiring ke kanan. (Aini memang tidur mengiring ke kiri sebab doktor nasihat tidur mengiring ke kiri. Kalau sebelum hamil memang Aini tidur mengiring ke kanan.)

11) Panggilan. Kalau baby boy, perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah baba atau dada. Kalau baby girl, perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah mama. (Haaaaaaa, yang ni tak valid untuk Aini sebab tak pernah ada anak lagi before ni. haha)


Kalau ada something yang korang nak tambah, anda dialu-alukan. Cuma Aini harap korang jangan percaya tau. Sebagai have fun je. Kalau sama tu hanya kebetulan je. hihi.

Suami dah habis tengok game bola dia and mood dia happy pulak tu sebab team Liverpool menang so boleh lah Aini tidur dengan tenang. haha. 

Selamat malam semua!

Friday 4 April 2014

List Keperluan Ibu dan Baby AS

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.


Rasa macam kerap pulak Aini update blog kan. haha. Takut baby tak sabar keluar je. Nanti dalam pantang memang berhabuk la blog Aini ni. Sebab tu pantang ada masa terluang je Aini update terus. Takut ramai tertunggu-tunggu especially untuk entry kali. Entry kali ni paling excited Aini nak update. Sebab before ni hanya mampu baca checklist keperluan mommy to be yang lain. Maunya tak excited sebab kali ni diri sendiri yang update. haha. Tambah-tambah ni adalah 1st pengalaman preggy and 1st baby pulak tu. Mesti lah ibu dia excited terlampau. hihi.

Barang-barang baby and Aini yang nak bawak pergi hospital Alhamdulillah dah lengkap cuma yang sampingan-sampingan tu je yang tak lengkap lagi. Macam baby cot, stroller, breastpump and etc. Bukan tak penting tapi Aini dengan suami nak tunggu hujung bulan ni. Suami dapat bonus oiiii! Boleh melaram lebih sikit. Lawak je sayang tapi kalau betul pun apa salahnya. hihi. 

Suami dah pesan awal-awal, beli barang-barang baby time kandungan dah masuk 7 bulan. Lagipun baby AS kitorang ni pemalu sikit. Time 7 bulan baru tau jantina dia. Before ni asyik sorokkan je. haha. Tak best tau shopping barang baby tanpa tahu jantina dia. Mostly barang baby Aini tunggu masa expo baby sebab harga memang murah dari kebiasaan. Jimat duit and boleh beli banyak sikit. haha. Tu pun sampai sekarang rasa macam barang baby ada je yang tak cukup. Ibu dia rambang mata tiap-tiap kali pergi shopping mall. haha. Sekarang ni mesti WAJIB masuk kedai yang jual barangan baby. Pastu mula la merengek dekat suami nak beli. Nasib baik suami bukan jenis ikut semua kehendak yang wife dia ni nak, kalau tak memang satu pembaziran la. Sebab baby cepat membesar kan. Suami cakap tunggu baby keluar baru best kalau nak shopping barang sampingan lain. Amboiiiiii! Dia pulak excited nak membeli. haha.


Nampak tak betapa berisinya Aini. huhu.

Jadi, yang ni lah senarai keperluan barang-barang ibu dan baby di mana Aini ada refer dari mommy to be yang lain dan sendiri punya akal fikiran. Kalau korang nak copy paste pun takpe :)


Keperluan Baby AS 

1. Pakaian
  • Baju lengan panjang
  • Baju lengan pendek
  • Baju lubang-lubang
  • Seluar panjang
  • Rompers and jumpsuit
  • Mittens and booties
  • Topi
  • Bedung
  • Barut
  • Kain lampin
  • Sapu tangan

Ni antara baju yang Aini beli dan baju yang kawan-kawan bagi as hadiah kawen dulu. 

Ni antara koleksi topi, rompers, mittens & booties yang Aini sempat grab.

Nampak tak barut yang banyak-banyak tu? 5 helai je yang Aini beli, yang lain semua hadiah dari classmate UiTM Aini :) The rest tu adalah towel, blanket and bedung berzip.

2. Baby Care and Grooming

  • Towel
  • Besen mandi
  • Bakul untuk baju kotor/lampin
  • Detergent baby
  • Set mandian dan grooming
  • Cotton bud
  • Pengepit kuku
  • Kapas
  • Tissue wipe
  • Nappy cream
  • Pampers
  • Changing mat

Yang ni set mandian untuk newborn baby. Aini pilih set Tropika sebab mostly feedback dari customer cakap produk ni bagus untuk kulit baby yang sensitif.  Kalau berminat boleh pergi usya di sini.


3. Nursering (tempat baby tidur)
  • Baby cot
  • Set tilam kekabu
  • Blanket
  • Kelambu

Macam best je kalau baby cot macam ni. hehe. Pic credit to here.
Set tilam kekabu ni Aini beli dekat sini. 100% original kekabu tau :)


4. Feeding
  • Breast Pump
  • Botol susu
  • Bottle Sterilizer
  • Berus pembersih botol
  • Nipple cream
  • Nursing pad (washable & disposal)
  • Cooler set bag
  • Nursing pillow
  • Nursing bra
  • Termos

Untuk breastpump memang Aini dah cakap dekat suami nak guna Medela Freestyle. hehe


5. Travel & lain-lain
  • Bag baby
  • Baby car seat
  • Stroller
  • Baby carrier
  • Playmat
  • Bouncer Rocker
Stroller memang Aini dengan suami dah decide nak beli jenis SCR Innova Sport ni. Nampak elegent gitu! Plus jual sekali dengan car seat. Boleh guna jugak untuk stroller. Jimat kan? hehe. Yang penting baby boleh facing kita ataupun orang ramai.

Rasanya Aini dengan suami beli Bassinet kot untuk baby lepak-lepak kat bawah. Lagipun baby boleh tidur dengan selesa kalau ibu dia tengah masak. Kalau terjaga je just hinjutkan je benda alah ni. haha. Baby cot confirm-confirm kat atas kan. 



Keperluan Ibu AS 

1. Hospital
  • Buku merah
  • Hp charger / Powerbank
  • Stokin (3-4 pasang)
  • Panties pakai buang
  • Maternity pad
  • Cardigan
  • Selipar toilet
  • Baju extra (senang yang berbutang)
  • Kain batik (4-5 helai)
  • Buku, Al-Quran
  • Toiletries 
  • Buku nota dan pen
  • Makanan (biskut, milo)

2. Berpantang
  • Set bersalin
  • Pati ikan haruan

Set berpantang confirm-confirm la Aini akan ambil set Tanamera dengan set Shaklee. Kalau nak beli produk Tanamera ni boleh pergi sini. Kalau untuk set Shaklee pulak boleh pm Aini terus di 019-6580309.

Aini stop kat sini dulu ye sebab nak pergi siap-siap. Nak dating ngan suami jap. hihi. Ibu buyung ni teringin nak makan bubur nasi kat Shah Alam. Nak dekat-dekat bersalin ni kena makan puas-puas dulu.

Bye!

Thursday 3 April 2014

Produk Untuk Kegunaan Selepas Bersalin II

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan dalam last entry, this time Aini akan update untuk produk kedua yang Aini akan guna selepas bersalin nanti :) Maaf sebab lambat update. Al-maklum lah sekarang ni Aini dah masuk 9 bulan. Tengah tunggu masa je ni. Haha. Kalut prepare untuk last preparation before baby keluar. Excited pulak rasa!




Masa berpantang lah masa paling mencabar, jadi kena pandai pilih set bersalin mana yang bagus. Bukan senang nak berjaga malam, dalam keadaan badan yang sakit dan menyusukan anak. Tambah-tambah kalau baby nak dengan ibu dia je. Perrrghhhhh!

Jadi, untuk produk kedua ni of course Aini akan pilih produk Shaklee. Dari zaman anak dara sampai la dah jadi mak budak, Aini still akan consume Shaklee. Cewaaaahhhhh! Kenapa Aini pilih set Shaklee? Semua produknya senang dimakan dan kesannya insyaAllah serta merta. Semuanya vitamin dari sumber semulajadi tau, bukan ubat bukan jamu. Lepas dua minggu selepas bersalin dah boleh consume.

Kalau ambil jamu, susu badan kita akan panas dan anak akan cirit-birit dan senang kena jaundis. Set Shaklee tak macam tu dan sebab tu ramai yang consume Shaklee. Set bersalin ni sama je dengan set kehamilan. Badan Aini sangat cergas and sometimes rasa macam tak mengandung je. Boleh ke rasa macam tu? haha :') Syukur atas rezeki kesihatan yang Allah S.W.T. beri kat Aini. Walaupun Aini dah 9 bulan preggy, still ada orang tak percaya. Jalan-jalan and dating dengan suami kat shopping mall bukan macam orang mengandung 9 bulan. haha. Mungkin faktor peyut Aini yang comel je kot :)



Antara set bersalin yang boleh diambil.

Makan dari awal mengandung sampai berpantang masih makan produk yang sama. Tak perlu tukar pun cuma perlu tambah Zinc Complex, Lechitin dan Alfalfa je. Yang lain maintain sama. Haaaaaaa, multipurpose dan jimat kan? :) Lepas pantang, boleh consume terus as set keluarga sihat. Kepada ibu-ibu di luar sana yang nak bf baby sampai umur 2 tahun, korang boleh maintain consume set ni sebab boleh banyakkan susu and yang paling best boleh kembalikan tubuh badan kita macam sebelum mengandung dulu. Tergodakan? haha.

Cara makan pun tak banyak beza dengan waktu biasa. Just telan pil sahaja, tak perlu susah-susah reneh akar kayu dan minum pati haruan yang bau hamis tu. Naik kembang pulak tekak Aini. huhu.

Jom Aini kongsi cara makan set berpantang Shaklee ni :


Cara Makan Set Berpantang Shaklee


1. Pagi

  • Bangun tidur (masa perut kosong), ambil Zinc Complex untuk penyerapan maksimum. Elakkan makan bersama makanan dan minuman bersusu.
  • Kemudian, sebelum sarapan, minum ESP dua sudu besar dicampurkan bersama minuman kegemaran (seperti susu Dutchlady Strawberry atau Choc). Jangan guna air panas, bergas/berkarbonat dan berkafein (seperti kopi dan teh). 
  • Selepas sarapan (1 jam selepas sarapan), ambil B-Complex satu biji. Jika badan berasa sangat letih, baru ambil dua biji. Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, patahkan pil dan makan.
  • Jangan lupa minum air masak 3 liter sehari :)

2. Tengahari


  • Selepas lunch, ambil Vita-C satu biji. 
  • Ambil Vita-Lea satu biji. Jangan diambil bersama produk tenusu.
  • Sekiranya hendak menambahkan susu badan, ambil Lechitin dan Alfalfa Complex

3. Malam

  • Ambil Ostematrix empat biji untuk keperluan harian (kalsium). Pengeluaran susu badan akan ambil kalsium dari tulang dan gigi. Jadi, ibu-ibu memang kena makan Ostematrix ni. Kalau tidak gigi akan rosak dan tulang belakang akan sakit.
  • Boleh kena osteoprosis tau. Ostematrix sangat bagus untuk atasi masalah sembelit.
  • Kenapa kita sembelit masa hamil dan selepas bersalin? Hormon progestron akan membuatkan usus kita beroperasi lebih cekap. Air dan zat akan diserap dalam usus untuk bekalan ibu dan anak bagi penghasilan susu.


InsyaAllah kalau ikut cara makan yang Aini syorkan ni, badan akan cergas bertenaga. Luka jahitan semasa bersalin pun akan cepat sembuh luar dan dalam kerana zink diserap dengan maksimum. Baju zaman dulu-dulu pun still boleh pakai lagi. Jimat duit suami kan. hehe.

Untuk bulan April ni, Ostematrix ada promotion tau. Bestkan? Apa tunggu lagi! Jom grab cepat-cepat before stok habis :)


Perlukan nasihat dan pandangan? Nak order? Boleh cepat-cepat whatsapp/sms/email Aini :

Whatsapp/Call : 019-6580309
Email : nuraini.azhar91@gmail.com
SID : 1093402