Friday 28 February 2014

Jom Jaga Kulit!

Assalamualaikum dan salam Jumaat.



Ramai sangat pm Aini tanya pasal set penjagaan kulit Shaklee so Aini update terus dalam blog. Siap ada yang bertanya untuk buat as hantaran lagi. Wow! Sesiapa lagi yang nak tahu pasal set ni, jom go through entry ni sampai habis ok :)

Set Penjagaan Kulit Shaklee membantu sangat-sangat bagi mereka yang mengalami masalah kulit. Of course as women and girl, memiliki kulit yang gebu, lembap, halus dan bebas dari jerawat mejadi impian kita semua. Especially apabila orang yang tersayang memuji penampilan kita. Macam Aini pun memang sangat-sangat mementingkan penampilan. Siapa x suka suami puji oiii! Kembang bertingkat-tingkat tau bila suami puji kita tiap-tiap hari. Hahaha. Bukan perempuan je tau yang boleh consume set ni, lelaki pun boleh. Cakap nak macho kan depan perempuan :p

Sekarang bermacam-macam produk yang dijual di pasaran seperti toners, lotion, set kecantikan, moisturisers, bedak arab dan lain-lain. Namun hasilnya sama sahaja. Yang x bestnya, kena luangkan lebih masa untuk mencuci kembali makeup yang disapu pada wajah supaya bakteria tidak mudah membiak dikawasan yang tidak dibersihkan dengan betul. Jadi, Aini mencadangkan beberapa produk keluaran Shaklee yang amat mudah diamalkan dan boleh digunakan berbulan-bulan. Bukan sahaja menjadikan kulit kita betambah cantik dan menawan, malahan memberikan lebih penjimatan wang.


Siapa yang memerlukan Set Penjagaan Kulit Shaklee?

  • Berjerawat
  • Kesan Parut
  • Kulit berminyak
  • Tona kulit tidak sekata
  • Kulit kering
  • Kedutan
  • Kulit sensitif


Set Suppliments untuk Penjagaan Kulit

a)    Basic Set

  • ESP + GLA Complex + Vita-E Complex



b)    2nd Choice
  • Vita-E Complex + B-Complex + Vita-C


c)    3rd Choice
  • SET D - Vita-E Complex + B-Complex + Vita-C + GLA Complex


d)    4th Choice
  • SET D - (Vita-E Complex + B-Complex + Vita-C + GLA Complex) + ESP




 Pilihan mengikut kesesuaian masalah kulit dan budget anda.

* Sekiranya kulit tidak bermasalah, memadai mengambil Basic Set @ 2nd Choice
* Sekiranya kulit bermasalah seperti jerawat, kulit berminyak dan kusam, anda perlu mengambil 3rd Choice @ 4th Choice


Selain itu, ESP juga boleh digunakan sebagai masker.  Meh sini Aini share sikit bagaimana hndak membuat masker menggunakan ESP. Caranya simple sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan selain ESP adalah yogurt asli (x kisah jenama apa-apa pun).

Cara-caranya ialah :

  1. Bancuh 1 sudu yogurt asli bersama-sama 1/2 sudu ESP.
  2. Gaul sehingga sebati.
  3. Tempek pada muka dan biarkan sehingga kering atau tunggu selama 15-20 minit.
  4. Basuh muka seperti biasa.


Senangkan? Kos pun sangat minima sebab just beli yogurt asli dan senang nak dapat di mana-mana pasaraya. Sebenarnya x susah pun nak dapatkan kulit wajah yang cantik bersih. Yang penting, amalan ini perlu dilakukan secara konsisten setiap hari, baru akan nampak hasilnya.

Selamat mencuba ye kawan-kawan!


Sesiapa yang berminat boleh email Aini untuk dapat BEST PRICE. Semua golongan boleh consume produk dari SHAKLEE :)

Nak dapat harga promo untuk bulan March 2014? Cepat2 email / whatsapp Aini ok :)

nuraini.azhar91@gmail.com

019-6580309

Wednesday 19 February 2014

Bermulanya Kehidupan Baru

Assalamualaikum.

Ada story yang Aini nak kongsi after kawen tapi dok berkulat dalam draft je. Hehe. Ampunnnn! Hari ni curi masa sekejap update balik. Lagipun gambar-gambar baru ambil dalam laptop suami. Story ni 6 bulan lepas punya cerita. Dah basi but still rasa nak kongsi dengan korang. Nak story pasal tempat honeymoon kitorang. Ngeeeeee! 


Aini dengan suami memang dah plan lama dah nak pergi honeymoon after kawen. Nak merilexkan badan dan fikiran masing-masing yang penat dengan persiapan kawen, belajar, kerja. First kitorang rancang nak pergi umrah tapi masa x mengizinkan. Huhu. Fikir punya fikir, last-last kitorang decide pergi Bali, Indonesia. Bila Aini search, ramai sangat sebut best honeymoon kat Bali. Apa yang best sangat pun xtaw la. Disebabkan time tu suami busy kerja, dia suruh Aini carikan agen pelancongan yang sesuai. Ramai yang nasihat kalau nak pergi Bali better cari agen pelancongan sebab dekat sana susah jugak nak cari makanan halal. Cari punya cari, finally Aini decide ambil World Travel Ambassador Sdn Bhd as our agen pelancongan dan kebetulan office diorang dekat Seksyen 7, Shah Alam je. Kitorang ambil pakej 4D3N Bali Fantastic Honeymoon Package. Harga yang diorang tawarkan memang berbaloi-baloi. Tiket flight kitorang cari sendiri sebab suami nak naik MAS. Lagipun perjalanan jauh dan kitorang pun baru lepas habis majlis so better ambil MAS. Selesa sikit. Tu pun Aini rasa loya-loya jugak. Sesiapa yang tengah mencari agen pelancongan, boleh klik link yang Aini bagi ye :) 

Kitorang bertolak 19 Ogos 2013, 4 hari after majlis resepsi sebelah Aini. Kira rushing jugak la kitorang pergi. Huhu. Memang xde tarikh yang sesuai nak pergi sebab after majlis resepsi sebelah suami, dia dah masuk kerja dan Aini pulak dah nak start praktikal. Ayah yang hantar kitorang dekat airport Penang pagi-pagi buta tu. Thank you ayah! Muahhhxxxx ;)


Sampai kat airport Bali Ngurah Rai, ada agen tunggu kitorang. Siap goyang-goyangkan banner Mr.Fikri. Heeeeeeee. Rupanya agen, Pak Edwin dengan driver tunggu kitorang lama dah. Yang bestnya, dalam kereta tu just Aini dengan suami je. Xde orang lain sebab mostly agen kat sana ambil banyak pelancong in one car. Xbest kot! No privacy! Haha.

First day sampai kat sana, diorang bawa kitorang pergi Uluwatu Temple. Memang adat orang Bali kot bawak pelancong pergi melawat temple diorang. Kononnya temple ni dibina sejak 16th century oleh the Indian Priest dan magnificent monument untuk orang Bali. Temple ni terletak 250 kaki atas
paras laut.








Suami mengantuk la pulak. Hahaha.




Lepas tu, kitorang pergi candle light dinner kat Restoran Jimbaran dan kitorang dihidangkan dengan baby lobster. Nyum nyum nyum! View dekat sini memang romantik and lawa sangat.








After kekenyangan dan keletihan berjalan sepanjang hari, kitorang check in hotel The Sunset 4 di Kuta. Paling best, bilik kitorang bawah sekali and bila buka pintu belakang ada swimming pool.Yiiiihoooooo! Dress yang Aini pakai dari Iryyn Fashion dan syria tu dari HER by lyndaroslan.








2nd day kat sana, pagi-pagi buta lagi supir dah datang ambil kitorang. Nasib baik sempat breakfast di hotel. Tempat pertama yang kitorang pergi ialah melawat tempat hasil kraftangan orang Bali di Ubud. Memang lawa-lawa hasil kraftangan diorang dan ada keunikan yang tersendiri.







Lepas dah penat cuci mata dengan hasil kraftangan Bali, kitorang dibawa menonton tarian tradisional Barong & Kris dimana tarian ini adalah tarian khas Bali yang berasal dari khazanah kebudayaan Pra-Hindu. Tarian ini menggambarkan pertarungan antara kebajikan (Dharma) dan kebatilan (Adharma). Wujud kebajikan yang dilakonkan oleh Barong, iaitu penari dengan kostum binatang berkaki empat, sementara wujud kebatilan yang dimainkan oleh Rangda, iaitu susuk yang menyeramkan dengan dua taring runcing di mulutnya.



Sebelum tarian dimulakan, kami selfie dahulu. Heeeeeeeee!



Sinopsis tentang tarian tradisional Barong & Kris.



Dua orang penari muncul.



Pertempuran antara Kalika dan Sadewa dan akhirnya Sadewa menang dalam pertempuran.


Kemudian, kitorang pergi melawat artist's colony dan handycraft. Dekat sana, kitorang sempat bawa balik dua lukisan as ole-ole dari Bali :)



Abaikan keadaan handbag yang serabut tuuuu :)

Kitorang dibawa lunch di salah satu restoran halal di Kampung Kintamani. Makan secara buffet dan kami berdua sangat berpuas hati dengan masakan diorang. Mungkin sebab masing-masing dah kebulur sangat kot. Hahahaha. Surau pun disediakan cuma yang x bestnya tempat solat lelaki dan perempuan campur. Huhu.






Pemandangan depan restoran. Jatuh hati dengan Kampung Kintamani! Sangat cantik dan damai ok.


Macam 1st day juga, kitorang dibawa melawat istana zaman dolu-dolu dan temple masyarakat Bali. Rasanya CONFIRM memang wajib melawat tempat sembahyang diorang. Huhu. 










Next, kitorang pergi Puri Saren, tengok rumah tradisional masyarakat Bali dan tempat proses kopi musang.







Saat yang kitorang excited sangat bila dinner romantik di Bounty Cruise. Best sangat taw! Makan je best but persembahan atas cruise x best. Bukan sebab apa tapi sebab penari-penari & penyanyi diorang seksa sangat Aini nengok. Huhuhu. Jeles taw eventhough suami x de la fokus sangat dekat diorang (sebab Aini dok main tutup mata dia je =P ).






Macam biasa, dress yang Aini pakai tu dari Iryyn Fashion and shawl tu dari Sugarscarf.


3rd day, kitorang pergi Turtles Island di Tanjung Benoa. Memang best sebab bot yang kitorang naik tu akan berhenti tengah-tengah laut and diorang akan bagi roti untuk Aini dan suami bagi dekat ikan-ikan. Kitorang juga boleh nampak ikan-ikan berenang melalui cermin di tengah-tengah bot.












Husband je yang berani pegang. Aini takut. Hahaha.









Tengok muka suami. Happy betul pegang ular. Haiiisshhhhh!



Ni bukti Aini melayan suami yang excited dengan haiwan-haiwan kat sini. Sampai dahaga tau! Hahaha.

Dekat sini, ada juga permainan air seperti banana boat, Parasailing, Jet Ski dan macam-macam lagi. Tapi Aini dengan suami x main sebab jaga kulit. Hahaha. After honeymoon ni, ada majlis resepsi sebelah suami pulak. Dah kena warning jangan main panas =P

Apabila cuaca panas, aktiviti yang dinanti-nanti mesti la manjakan diri di spa. Betul x? Heeeee. Kitorang decide singgah di Arum Spa. Memang best taw diorang urut satu badan kita. Rasa ringan je badan after tu.
Before pergi spa, kitorang sempat shopping di Kuta. Bawa balik ole-ole untuk family sikit :)




Lepas habis spa, kitorang lunch di Restoran Sederhana Minang dan menu utamanya of course la nasi padang. Actually ni 1st time Aini makan nasi padang. Before ni x terasa nak makan pun. Hahaha. But not bad rupanya nasi padang ni :)  Bila dah kenyang, Pak Edwin bawa kitorang pergi Tanah Lot Temple. Tempat ni memang femes di Bali. Pelancong yang datang Bali, mesti wajib datang sini.






Tak sempat nak ready lagi, Pak Edwin dah tekan klik! Tapi ok jugak. Heeeeee.










Last dinner kitorang di Segera Madu. Rupa-rupanya supir kitorang buat kerja part-time dekat restoran ni. Guess what? Dia penyanyi rupanya. Suara boleh tahan sedap. Patut la dalam kereta siap nyanyi bagai. Part paling best bila dia nyanyi lagu-lagu Dato' Siti Nurhaliza. Hahahaha.



Opppppssss! Promote baju lagi. Peplum yang Aini pakai tu dari Minazboutique dan shawl yang Aini pakai tu dari Makkah pemberian mak mertua :)

Next day tu, kitorang dah fly balik Malaysia. Bye Bali!

Untuk sesiapa yang nak pergi honeymoon, Aini memang suggest sangat-sangat datang ke Bali. Suasana romantik sangat taw :) 

Ok bye.
Salam :)