Tuesday 6 May 2014

Welcome Baby AS!

             Assalamualaikum.

Hari ni genap 9 hari anak ibu lahir di dunia ini. Anak ibu lahir pada 28hb April 2014 jam 2:07 pagi di Hospital Pusrawi. 


Selama ni ibu reveal nama unofficial as Baby As je. Now, ibu nak reveal nama official anak ibu ni. Ibu dengan baba bersepakat namakan anak ibu ni sebagai Ammara Sofea binti Ahmad Fikri. Mesti ramai tertanya-tanya maksud di sebalik nama yang Aini dan suami pilih kan. hihi. Ammara bermaksud seorang yang beriman dan Sofea bermaksud menawan / cantik. 

Nak tengok gambar baby? hehe. Nanti Aini upload ye tapi bukan sekarang. InsyaAllah bila baby dah mencecah umur 40 hari. Kalau tak sabar jugak nak tengok, jemput lah datang melawat Aini ye. haha.

Ok lah. Aini update sampai sini sahaja. Al-maklum la bila ada anak ni. Ni pun curi-curi update time baby tidur. haha. Kejap lagi bila baby jaga, memang nak full perhatian dari ibu dia je. Manja betul anak ibu ngan baba ni.

See u all next entry :)