Saturday 18 May 2013

HIV Test II

Assalamualaikum dan salam sabtu..

Alhamdulillah akhirnya settle jugak bab HIV :) Tapi Aini nasihatkan kepada sapa-sapa yang bakal berkahwin pergi Klinik Kerajaan awal-awal taw. Sebabnya terlalu lama untuk menunggu. huhu.. Aini ngan Mr. F sampai di Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 8.15 pagi. First sampai kitorang kena isi borang untuk ambil ujian + borang kesihatan. After dah isi borang-borang baru boleh ambil no giliran. Dalam 30 minit kitorang menunggu barulah ada nurse panggil untuk ambil BMI + tekanan darah and after that ada sorang nurse beritahu Mr. F yang kitorang punya no giliran untuk ambil test HIV lambat lagi. Dia siap nasihatkan kitorang pergi breakfast dulu. So kitorang decide pergi breakfast dulu and makan kenyang-kenyang sebab nervous punya pasal (Aini sorang je nervous.. Mr. F rilex selamba badak je dia.. :p ) Dalam pukul 9.45 pagi kitorang sampai balik kat klinik tapi memang lambat lagi no giliran kitorang. Aini apa lagi ambil kesempatan habiskan novel je la (hantu novel). Bosan menunggu kot. Time tu bawa novel Kata Tak Rindu karya Siti Nur Dhuha so marathon novel tu je la alamatnya :) Alang-alang dah cerita pasal novel kan and Aini memang suggest sangat-sangat kepada sesiapa "Hantu Novel" tu beli lah novel karya Siti Nur Dhuha ni. Tersangat-sangat lah best. Boleh didapati dimana-mana kedai buku dan bolehlah layari laman web http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp?idpr=549 untuk baca sinopsis mengenai novel ni.



Berbalik pasal test HIV, pukul 11.30 pagi baru lah no giliran kami dipanggil and time tu Aini memang cuak sangat-sangat sebab pasangan-pasangan lain yang buat test HIV masa tu time diorang keluar je mesti ada tanda cucuk dekat area tengah-tengah lengan. Bila tengok tu memang bertambah cuak + nak nangis la sebab Aini memang bermusuh dengan Abang Jarum ni. huhuhu.. Mr. F dengan selambanya cakap "Alaaaaa,,bukan sakit pun.. Sekejap je kena.. If nak nangis jugak nangis je la.. Tu pun kalau rasa x malu la.. " Kurang asam jawa punya fiancee.. Dush! Dush! Dengan berat hati Aini terpaksa jugak la masuk dalam bilik tu. Tapi x masuk sorang-sorang la sebab Mr. F teman sekali masuk. Means kitorang kena cucuk at the same time. Tapi ada surprise taw time nak kena cuck tu. hehehe.. Maybe abang-abang nurse tu kesian dekat Aini kot so kitorang just kena ambil darah dekat hujung jari je. Dalam hati jantung asyik menari-nari je sebab seronok x payah cucuk dengan jarum panjang. Kitorang dapat result dalam pukul 12.30 tengahari and Alhamdulillah Aini dan Mr. F dijauhi dari serangan HIV :) Means dengan senang hati bolehlah kitorang kahwin. hehehehe... Gatal nooooooo :p




p/s : Esok Aini ada modul Finishing Scholl. Excited pulak untuk sesi interview :)

Tuesday 14 May 2013

HIV Test I

Assalamualaikum semua :)

Malam ni tiba-tiba rasa nak cerita pasal HIV Test. Semua orang sedia maklum sapa-sapa yang nak kawen mesti WAJIB ambil test HIV dulu baru boleh proceed dengan borang nikah kan. Aini adalah antara calon yang kena buat test HIV ni. Cuak jugak nak buat sebab Aini ni penakut sikit. hehehe.. So tengahari tadi after kelas, Mr. F ambil Aini dekat UiTM sebab nak pergi test HIV sama-sama dekat Klinik Kementerian Kesihatan Shah Alam Seksyen 7. Before pergi cocok kitorang gi makan-makan dulu (takut Aini pengsan sebab x makan). hahahaha... Lepas dah ready kitorang pun dengan semangatnya pergi la klinik dekat seksyen 7 tu. Tapi kitorang dapat berita kurang baik bila nurse tu cakap kitorang terlambat sikit je sebab untuk sesi petang tu dah full. Rasa kecewa jugak (padahal dalam hati rasa fuuuuhhhhh selamat!) :) Nurse tu cakap setiap pasangan pihak diorang allocate 30 minit. Untuk sesi petang diorang just ambil 5 pasangan je. So nurse tu suggest esok datang awal-awal pagi but we cannot make it because Mr. F kerja esok pagi. huhuhu... Mr. F x putus asa so Mr. F ajak Aini pergi Klinik Kementerian Kesihatan Shah Alam Seksyen 19 pulak. Sekali lagi berita yang kurang baik jugak kitorang dapat (full jugak dekat sana). For the third time 
Mr. F ajak buat dekat klinik swasta terus. hahahaha.. Nampak x betapa semangatnya Mr. F nak buat test HIV :) Bila kitorang sampai kat sana ada sorang akak ni cakap test HIV dah x boleh buat dekat klinik swasta sebab JAKIM dah x bagi. Maybe takut ada pihak yang cuba tipu kot. Mr. F try call Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk dapat confirmation and memang betul akak tu cakap. So kitorang decide nak buat test HIV hari khamis ni and pagi-pagi buta kitorang akan terpacak dekat klinik kerajaan Seksyen 7 tu . hehehe... Kitorang nak buat cepat-cepat sebab nak proceed dengan borang nikah pihak lelaki sebab Aini nak siapkan borang nikah pihak perempuan time Aini balik Kedah 23hb Mei nanti. So memerlukan borang nikah lelaki jugak. Sebab lepas tu Aini dah x balik Kedah sampai hujung bulan Julai nanti. Al-maklum la busy dengan test, final exam, Final Year Project (FYP) bagai :(  Wish me gudluck ye kawan-kawan!