Sunday 28 April 2013

Karnival Kahwin Cancel Last Minute?

Assalamualaikum w.b.t.

Seperti semua tahu Aini ada cakap nak pergi Karnival Kahwin dekat entry before ni. huhuhu.. Sangat-sangat lah tidak bernasib baik. Untuk makluman semua, event ni diwar-warkan berlangsung pada 26,27 & 28 April 2013 di Perkampungan Asli Gunung Keriang, Kedah tapi event tu cancel last minute sebab penganjur event tu tukar tarikh after PRU pulak :( X ada rezeki la tu namanya. Patut la banner yang diorang tampal dekat Sungai Petani dah hilang sehari before event. Aini and family baru dapat information ni bila dah sampai dekat sana and ayah Aini pergi tanya pakcik guard dekat Muzium Padi. Pakcik tu cakap diorang ada announce dalam Radio Kedah. hahahaha.. Memang patut la kitorang x taw sebab jarang buka Radio Kedah ni. Nak buat macammana dah x ada rezeki kan so kami pulang dengan hati yang walang. *statement poyo* 



Kita tinggalkan bab Karnival Kahwin ni and fokus balik ke alam student :) Esok last day mid-semester break untuk student UiTM so Aini akan bertolak dari Sungai Petani esok bertemankan ayah and adik Aini no 2 (dia ni belajar dekat Royal Military College and now dah Form 4). Bermulalah episod busy and kemalasan nak belajar. hahaha.. Actually x puas lagi cuti tapi nanti ada lagi cuti 5 hari sempena PRU. Bagi sesiapa yang mendaftar mengundi, undian adalah ditangan anda. So pilihlah lah pemimpin yang dapat memimpin negara kita dengan adil dan saksama :)




Thursday 25 April 2013

Rumah atau Dewan?

Assalamualaikum semua :)

Mesti masing-masing tertanya-tanya kan dengan caption Aini dekat atas tu. hehehe.. Sekarang Aini tengah pening lalat nak buat majlis resepsi dekat rumah atau dewan. Before ni parents Aini memang cadang nak buat kat dewan je sebab senang and x de la penat sangat kan after majlis tu. But lately ni parents Aini asyik cakap lebih baik buat kat rumah. 

Nasib baik dewan x confirm lagi dengan Rektor UiTM Kedah. hehehe.. Actually Aini and family dah set nak buat dekat Dewan Serbaguna UiTM Kedah. Aini yang bagi idea nak buat kat situ. Aini dulu ex-student UiTM Kedah so terasa nak buat dekat situ and at the same time Aini still lagi bergelar as student UiTM. Lagipun incik tunang pun ex-student UiTM jugak. Al-maklum la UiTM Dihatiku :) Sebulan yang lepas ayah Aini dah buat proposal untuk buat majlis resepsi dekat UiTM tu and dapat respon dari pihak UiTM. Setiausaha Rektor call and cakap kitorang punya proposal dah masuk meeting and dah diluluskan. Alhamdulillah :) Just untuk bayaran untuk pakej dewan tu ayah Aini kena bertentang mata dengan Rektor sendiri sebab pihak UiTM x tahu nak letak berapa harga. X pernah lagi sapa-sapa guna dewan tu as majlis resepsi. Kira Aini first la if jadi buat kat sana.Tapi atas kesibukan dua-dua pihak sampai sekarang x dapat nak dating. Mungkin sebab x confirm lagi dengan pihak Uitm so parents Aini cadang nak buat kat rumah je.

At the same time, Incik Tunang (Mr. F) pun cakap family sebelah Mr. F pun cadang nak buat kat rumah baru family Mr. F jugak. hahaha.. So cute sebab dua-dua family fikir benda yang sama :) tapi sebelah keluarga Mr. F pun x confirm lagi. Tambahan pula family Mr. F dah tempah dah Dewan Taman Melati, Gombak. Masing-masing dalam dilema sekarang ni.



If pendapat kawan-kawan semua tempat mana yang better untuk buat resepsi kitorang?? Boleh jugak share dari segi bajet and environment. Terima kasih ye :)



Sunday 21 April 2013

Spend times sementara masih bujang :)

Assalamualaikum uoolllsssss :)

Hmmmmm,,finally terupdate jugak blog untuk post yang ke-4 :) maaf ye lambat update sebab busy dengan quiz and test (padahal busy spend time dengan running man je.. hehehe). Now Aini sudah selamat mendarat di bumi Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Alhamdulillah dah ada dekat rumah dari semalam lagi :) Happy semacam je bila boleh tidur dalam bilik sendiri ;) Al-maklum la UiTM bagi cuti mid-sem selama seminggu. Yeeeeeehooooooooooo!!!!

But ada surprise pulak bila sampai rumah. Haaaaaaa,, cuba teka surprise apa yang Aini dapat? Jeng3.... dalam diam-diam barang-barang kesayangan Aini termasuk katil tempat Aini beradu, almari pakaian yang Aini guna untuk sumbat pakaian and rak novel-novel semua hilang. Tiba-tiba je.. hahaha. Rupa-rupanya mak and ayah Aini pindahkan semua dekat bilik adik-adik lelaki Aini. Lebih kurang macam ni la dialog between Aini and mak (cakap dalam loghat Kedah ok).

Kak long : Mak, mana habis semua barang-barang kak long?
Mak        : Laaaaaaa,, mak pindah semua dekat bilik depa la. (bilik adik-adik lelaki)
Kak long : Pasai pa pulak kena pindah pulak dekat bilik depa?
Mak       : Kak long kan nak kawen dah. Kena la ada katil baru almari baru. Mak cadang nak tambah air- cond gak dalam bilik tu. (kat rumah memang tak pasang air-cond sebab kawasan rumah berdekatan dengan bukit. So tiap-tiap hari ada angin sepoi-sepoi.)
Kak long : Susah ja mak ni. Tak payah la pasang air-cond tu. (tapi dalam hati nak + terharu dengan mak and  ayah). 
Mak        : Tak pa aih. Nanti mak ngan ayah pun boleh guna jugak (sambil senyum ngan ayah).
Kak long : Ikut mak la. Kak long tak kisah (dalam hati rasa nak nanges ja).

So sekarang ni Aini tido atas tilam tanpa katil je bertemankan adik bongsu (adik perempuan satu-satunya yang Aini ada). Cadang cuti ni nak amek kesempatan untuk study subjek Algebraic Structures + Simulation + Entrepreneurship. Sebab start kelas nanti ada test menanti untuk ketiga-tiga subjek ni :( But at the same time nak kena fikir jugak pasal persiapan majlis kahwin  nanti. Pening den nak buat apa lagi. huhuhuhu... Mak ajak pergi survey untuk hiasan dewan nanti and hari Jumaat ni bersamaan 26 April 2013 ada Ekspo Pengantin dekat mana ntah. hehehehe. Lupa pulak nak tanya dekat mana sebab terlampau excited. Waaaaahhhhhh,, tiba-tiba excited pulak kan nak pergi  Tak sabarnya nak pergi Ekspo Pengantin :) Al-maklum la before ni pergi saja cuci-cuci mata. Kali ni pergi sebab ada tujuan penting. Tu yang terover excited tu. hehehehe... (Ya Allah..gatalnya minah niiii....)



Nanti Aini update ok pasal Ekspo Pengantin ni and tidak lupa pasal persiapan kahwin jugak :)