Saturday 11 January 2014

Resepsi Attires to rent out

Assalamualaikum dan selamat malam.

Maaf lambat update entry untuk malam ni. Ampunnnnnnn! Aini layan husband balik kerja kejap. Prepare makanan untuk dia and sembang2 kejap :) Ni pun curi masa dia kejap nak update blog. Hehe. Entry kali ni Aini continue untuk entry before ni. Cuma entry yang ni nak rent out Resepsi attires pulak. Macam Nikah dress Aini jugak, idea untuk baju resepsi kedua2 majlis datang dari idea Aini and husband sendiri :)

Untuk attire majlis resepsi sebelah Aini, memang Aini nak sangat baju design peplum and husband punya attire nak baju design ala2 kot gitu. Baru nampak smart! Bila Aini beritahu designer nak macam tu terus je Kak Pija sketch and we love it! Sangat puas hati taw. Kalau tengok baju resepsi sebelah Aini, memang nampak sangat simple and biasa sahaja. Speciality baju ni terletak dekat color baju which is purple + turqoise ala2 hijau gitu. Memang nampak gorgeous sangat color tu. Aini x pernah nampak lagi orang combine color tu buat baju kahwin so Aini try and error je. Kaum kerabat Aini pun pelik Aini pilih color tu and diorang x boleh bayang langsung macammana combination color tu. Haha. Bila baju dah siap and ada depan mata, masing2 puji lawa :) Husband punya baju pulak color purple and sampin dia pun color purple. Designer cakap x nampak lawa sangat kalau lelaki pakai sampin color turqoise tu. Haha. Kalau korang perasan time majlis resepsi sebelah Aini, husband Aini pakai sampin yang sama time akad nikah. Jimat sangat taw! Lagipun akad nikah pakai kejap je sebab kitorang akad nikah after Isya'.


Details Reception Attires sebelah perempuan :
Aini's Attire : Peplum cutting + Detailing turqoise + Ribbon Comel di belakang + Fully Lined +  Concealed Zipper Sleeve for wudhu'
Theme : Purple + Turqoise Green Detailing
Size : Can fit to size S and M
Height : Kain die labuh jugak tapi kalau pakai high heels x sapu tanah la. Tinggi Aini 162 cm. 

Husband's Attire : Baju ala-ala kot + Sampin + Tengkolok
Theme : Purple
Material : Kain jenis duchess
Size : Size L and XL
Height : Tinggi husband Aini 172 cm.

Our Reception Attires : 




Korang boleh tengok dengan lebih dekat lagi baju reception sebelah Aini.







Sama juga macam Nikah Dress, untuk reception pun Aini nak sewakan juga Long veil. Panjang long veil ni sama macam long veil akad nikah Aini. Material ialah kain chiffon + full lace dekat keliling veil. Long veil ni Aini combine dengan shawl half moon dari Minazboutique jugak.


Untuk attire majlis resepsi sebelah husband, color maroon gold tu memang color pilihan husband Aini la. Tapi kalau design tu memang design Aini. Haha. Dress kali ni memang nampak vogue and sweet gitu. Yang paling menarik bila Kak Pija add up Ribbon dekat area lutut tu. Memang nampak unik kot :) Husband Aini punya baju style sama je macam majlis resepsi sebelah Aini. Dia cakap x payah susah2 buat design lain untuk dia Dah berkenan design tu cakap je la cik abang ooii! Malu nak mengaku la tu =P


Details Reception Attires sebelah lelaki :
Aini's Attire : Dress cutting ala2 duyung + Detailing gold  + Maroon beads + Ribbon Comel di lutut + Concealed Zipper Sleeve for wudhu'
Theme : Maroon + Gold Detailing
Size : Can fit to size S and M
Height : Kain dia memang labuh. Panjang sikit dekat area belakang. Tinggi Aini 162 cm. 

Husband's Attire : Baju ala-ala kot + Sampin + Tengkolok
Theme : Maroon Gold
Material : Kain jenis duchess
Size : Size L and XL
Height : Tinggi husband Aini 172 cm.

Our Reception Attires : 





Jom layan gambar lagi untuk kepuasan anda menengok :)






Boleh review Long veil untuk resepsi ni jugak :)



Alang-alang Aini dah update pasal baju resepsi ni, Aini nak tambah lagi dua item untuk disewa. Item pertama adalah bunga tangan. Kalau sesiapa yang sewa boleh email Aini ye :) Bunga tangan ni Aini tempah dekat Fleur. Korang kalau nak tempah theme korang sendiri boleh pegi tempah dekat website diorang :)

Custom made bouquet resepsi Aini :



Hand made bouquet resepsi husband : 



Second items adalah kasut akad nikah and resepsi kedua majlis. Aini pakai sekali je, tu pun time majlis. Merancang nak pakai time internship hari tu tapi x kesampaian bila baby hadir dalam perut Aini. Hehe. So Aini nak sewakan juga kasut2 ni daripada biar berhabuk dalam kotak tu :) 

Size : Size 6 - 7

Gambar bawah ni kasut yang Aini pakai time akad nikah. Pakai x sampai 1 jam je rasa. Bila dah masuk masjid dah bukak kasut tu. Hehe. Kasut ni Aini beli di Carlo Rino.


Kasut yang second ni Aini pakai time majlis resepsi sebelah Aini. Pakai seharian la jugak. Lama banyak dari akad nikah punya kasut :) Yang ni Aini beli di Treats Signature.

Kasut yang last ni of course Aini pakai time majlis resepsi sebelah husband. Sama jugak macam kasut before ni, Aini pakai seharian jugak. Kasut ni Aini beli last minute di Primavera.


Anyone yang interested nak sewa item-item yang Aini update ni, boleh email Aini di ainiazhar91@gmail.com

Penyewa yang betul2 confirm nak sewa satu set Resepsi Attires, Aini akan bagi FREE sewa long veil untuk resepsi korang. Kalau x nak sewa sepersalinan pun boleh je nak sewa samada attire perempuan SAHAJA atau long veil SAHAJA :)

No comments:

Post a Comment