Tuesday 1 October 2013

Bercinta dan menikah kerana Allah S.W.T ~14.08.13~

Assalamualaikum dan salam Selasa semua :)

Aini curik-curik masa je ni update blog time wat internship. hehehe.. Sorry na SV *kenyit mata sikit ;) Prototype untuk Escape dah siap hantar so goyang kaki kejap la dekat ofis ni. Tunggu next prototype pulak.
Kali ni Aini nak update entry pasal memori yang terindah sebagai seorang wanita. Eccceeeyyyhhhh ! 

Alhamdulillah selama 2 tahun Aini dengan Mr. F berkenalan dan selama 7 bulan juga Aini menjadi tunangan si Dia, akhirnya termeterailah hubungan kami berdua dengan ikatan yang suci lagi murni sebagai pasangan suami isteri. Sebelum ni just dipanggil tunang but now I'm her Mrs F. Weeeeeeeeeee ! Seronok sampai melompat-lompat. Tapi at the same time sedih jugak sebab dah x boleh nak manja-manja n gedik-gedik dengan parents. huhuhu :'( Kena behave dah sebab ada suami. Rindu pulak dekat mak ayah dan adik2 semua bila update entry ni. Waaaaaaaaaaaaaa nak balikkk Sungai Petani !

miss both of u so much <3

Eh? Lupa pulak nak bagitau tarikh dan detik bila Aini sah menjadi isteri Mr. F. Tapi mesti semua dah tau kan bila tengok tajuk entry ni. Tapi xpe la.. Aini nak gtaw jugak. hahahaha.. Tanggal 14 September 2013 detik 9.30 malam, dengan dua kali lafaz termeterailah ikatan suami isteri antara Ahmad Fikri Abdullah dengan Nur'Aini Azhar :) Syukur Alhamdulillah. Walaupun dua kali lafaz, Aini tetap tabik springg dengan suami sebab dia berjaya jugak tempuhi saat-saat nervous untuk menjadi seorang suami. Kali pertama x menjadi sebab suami terkejut tengok muka ayah dan dia x sangka ayah yang akan akad nikah sendiri. Suami cakap nampak ayah macam garang. hehehe.. Jangan terkejut taw ayah Aini sendiri yang akadkan. Wah ! Hebatlah ayah! Ayah cakap bila lagi dia nak ada peluang akad nikah anak perempuan sendiri. Al-maklum la Aini dengan adik bongsu Aini je perempuan :)

nampak x betapa garangnya ayah.. hehe

Gambar daripada photographer rasmi Aini, Vel Oliver aka Amirul x siap di edit lagi so kita  layan dulu gambar-gambar yang di capture oleh cousin Aini, Abg Ikram. Bila Aini dah dapat gambar daripada Amirul nanti, Aini share ye :)

before Aini dan suami sah menjadi suami isteri

Acara pembatalan air sembahyang




Bersama family mertua

Bersama kedua-dua family

Bersama insan-insan tersayang

Lastly, x lupa jugak kepada saudara-saudara Aini yang datang x kira jauh atau dekat yang banyak membantu Aini serta keluarga sepanjang majlis dilangsungkan. Terima kasih ! Sayang semua ketat-ketat <3