Wednesday 4 December 2013

271013 Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby FM

Assalamualaikum..

Haihhhhhhh. Dah makin berhabuk dah blog ni. Ish3.. Ni gara-gara aura ibu buyung la nehhhh.. Oppppssssss! Terlepas cakap :) Ok2.. PENGUMUMAN! Alhamdulillah sekarang Aini officially jadi ibu buyung dah 19 minggu dah ;) Next entry Aini cerita ye pasal ni. Dah2! Jom kita fokus entry bulan ni. Bulan ok bukan minggu =P Actually dah lama Aini buat entry ni cuma dok buat ikan pekasam dalam draft tu. Hari ni tiba-tiba rasa nak post entry nii :)

Mesti masing-masing tertanya-tanya kan macam mana Irine boleh jemput Aini datang majlis aqiqah Medina kan? Betul x? hehe. Actually Amirul aka husband Irine tu official photographer Aini dengan suami untuk ketiga-tiga majlis. Bila dah jadi photographer kitorang pernah pegi rumah Irine so bermula detik & saat itu lah kitorang start kawan, bersms, berwhatsapp, berjumpa. ngeeee.. So itulah citenyerrr. x silap seminggu before majlis medina time tengah syok2 dating dengan suami tiba-tiba bunyi whatsapp masuk. Tingggggggg! Usya2 rupanya Irine aka blogger terkenal yang hantar msg and dia jemput datang Majlis Aqiqah Medina 27 Oktober 2013. First Aini dengan suami ingat majlis buat dekat rumah lama diorang di Saujana Impian rupa-rupanya buat dekat rumah baru diorang di Shah Alam. Nasib baik baca msg Irine 2 3 kali jugak dan Irine pun ada pesan tengok alamat betul-betul. Kalau x alamatnya kitorang makan kedai la hari tu =P


Memang cute sangat2 decoration untuk majlis aqiqah bambam FM neh. Adorable betul! Aini ngan suami dah berangan-angan dah bila dah kuar baby dalam peyut ni kitorang merancang nak buat majlis aqiqah jugak. InsyaAllah kalau ada rezeki :) Makanan yang dihidangkan pun sedap walaupun Aini makan sikit je sebab alah dengan nasi putih. Rugi betul :'( Tapi sayang sebab time tu Aini xde mood nak capture gambar untuk decoration luar tu. Sob sob! So kalau nak tengok decoration luar boleh lah terjah blog Irine Nadia Marcello ye :) Jom layan gambar yang Aini sempat capture!

ni decoration dalam rumah Irine


curik Fiska Medina kejap


dengan Irine :) sorry yangg sebab 
gambar ni je Fikri capture hari tu. Papepun 
 ibu Medina still maintain comel!


yang ni doorgift yang kitorang dapat :)
comel kan?


Thank you Irine sebab sudi jemput kitorang :) Semoga ukhwah kita fillah till JannahInsyaAllah. Peluk cium Medina untuk Aini ye :)

 p/s : Jangan lupa kirim gambar Medina banyak2 tiap2 malam ye ;) Nanti baby dalam peyut terkenan sikit kecomelan so bambam ni <3

Semoga kita berjumpa di lain entry. InsyaAllah :)
Assalamualaikum semua and have a nice day today!





Tuesday 1 October 2013

Bercinta dan menikah kerana Allah S.W.T ~14.08.13~

Assalamualaikum dan salam Selasa semua :)

Aini curik-curik masa je ni update blog time wat internship. hehehe.. Sorry na SV *kenyit mata sikit ;) Prototype untuk Escape dah siap hantar so goyang kaki kejap la dekat ofis ni. Tunggu next prototype pulak.
Kali ni Aini nak update entry pasal memori yang terindah sebagai seorang wanita. Eccceeeyyyhhhh ! 

Alhamdulillah selama 2 tahun Aini dengan Mr. F berkenalan dan selama 7 bulan juga Aini menjadi tunangan si Dia, akhirnya termeterailah hubungan kami berdua dengan ikatan yang suci lagi murni sebagai pasangan suami isteri. Sebelum ni just dipanggil tunang but now I'm her Mrs F. Weeeeeeeeeee ! Seronok sampai melompat-lompat. Tapi at the same time sedih jugak sebab dah x boleh nak manja-manja n gedik-gedik dengan parents. huhuhu :'( Kena behave dah sebab ada suami. Rindu pulak dekat mak ayah dan adik2 semua bila update entry ni. Waaaaaaaaaaaaaa nak balikkk Sungai Petani !

miss both of u so much <3

Eh? Lupa pulak nak bagitau tarikh dan detik bila Aini sah menjadi isteri Mr. F. Tapi mesti semua dah tau kan bila tengok tajuk entry ni. Tapi xpe la.. Aini nak gtaw jugak. hahahaha.. Tanggal 14 September 2013 detik 9.30 malam, dengan dua kali lafaz termeterailah ikatan suami isteri antara Ahmad Fikri Abdullah dengan Nur'Aini Azhar :) Syukur Alhamdulillah. Walaupun dua kali lafaz, Aini tetap tabik springg dengan suami sebab dia berjaya jugak tempuhi saat-saat nervous untuk menjadi seorang suami. Kali pertama x menjadi sebab suami terkejut tengok muka ayah dan dia x sangka ayah yang akan akad nikah sendiri. Suami cakap nampak ayah macam garang. hehehe.. Jangan terkejut taw ayah Aini sendiri yang akadkan. Wah ! Hebatlah ayah! Ayah cakap bila lagi dia nak ada peluang akad nikah anak perempuan sendiri. Al-maklum la Aini dengan adik bongsu Aini je perempuan :)

nampak x betapa garangnya ayah.. hehe

Gambar daripada photographer rasmi Aini, Vel Oliver aka Amirul x siap di edit lagi so kita  layan dulu gambar-gambar yang di capture oleh cousin Aini, Abg Ikram. Bila Aini dah dapat gambar daripada Amirul nanti, Aini share ye :)

before Aini dan suami sah menjadi suami isteri

Acara pembatalan air sembahyang




Bersama family mertua

Bersama kedua-dua family

Bersama insan-insan tersayang

Lastly, x lupa jugak kepada saudara-saudara Aini yang datang x kira jauh atau dekat yang banyak membantu Aini serta keluarga sepanjang majlis dilangsungkan. Terima kasih ! Sayang semua ketat-ketat <3



Thursday 26 September 2013

Persiapan Kahwin Part II

Assalamualaikum semua...

Fuhhhhh! Dah berjanggut Aini x update blog. Rasanya starting nak dekat-dekat date kahwin Aini anak tiri kan kejap blog ni. Al-maklum la dok busy jaga keperluan suami. Ecceehhhh... Maaf ye semua. Aini ada janji nak cite pasal preparation kahwin Aini kan? So hari ni Aini curi-curi update kejap eventhough sekarang Aini tengah intern dekat Celcom. Mintak ampun ye wahai Celcom. Keje dah settle so layan blog jap :)

Jom Aini cite serba sedikit tentang persiapan kahwin!

  • Designer Baju Kahwin

          First thing yang paling kita excited confirm2 la baju-baju yang nak dipakai time majlis nanti kan. Aini pun macam tu jugak. Excited sangat-sangat mencari designer yang mengikut citarasa Aini. Member baik Aini yang bernama Norsyuhada Johan la yang paling excited suruh pergi survey dekat Minazboutique ni. First survey Aini pergi dengan member-member baik Aini. Butik ni time Aini pergi tu terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi tapi sekarang ni butik Minaz sudah bertapak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. First time Aini masuk butik ni memang dah terpukau tahap nak pengsan dah. Betul-betul sangat up-to-date design-design baju diorang. Untuk baju-baju kahwin Aini deal dengan owner Minaz sendiri Kak Pija yang gorgeous. Ingat single mingle rupa-rupanya baru lepas pantang. hihihihi.. Sorry kak pija :) After sesi bincang membincang dengan kak Pija so terhasil lah baju-baju kahwin Aini. Tq so much kak Pija <3 I'm fall in love sampai pengsan dengan design-design kak Pija :) So sesiapa yang berminat nak tempah baju dari Minazboutique boleh la stalker link yang Aini bagi ye. Aini sangat-sangat lah recommend Kak Pija untuk jadi uollsss punya designer :) Jom layan gambar-gambar baju yang di design!

 Persalinan Akad Nikah

Persalinan Majlis Resepsi Perempuan


Persalinan Majlis Resepsi Lelaki

  • MUA (make-up artist)
          Settle bab designer baju, so Aini move on dengan MUA pulak. Sape x nak menawan oiii time majlis. Bagi husband terbeliak mata sikit tengok. hehehee.. Aini jenis cerewet jugak nak mencari MUA ni sebab Aini x nak la make-up yang melampau-lampau tu. Nanti hilang la kecantikan asli kann. Search punya search Alhamdulillah Aini jumpa dengan Sis Nana yang cute ni. Aini tengok dekat page Sis Nana memang naturel 100% la cara make-up die. So Aini decide nak hire Sis Nana terus untuk jadi MUA untuk ketiga-tiga majlis Aini. Ameeeekk kau! Tamak betul smpai booking tiga-tiga majlis :) Sebab Aini pikir malas nak cari MUA lain. Takut terkena make-up time tunang dulu. Ya Allah! Sangat-sangat lah x puas hati sebab kita mintak die make-up simple je tapi amekkk. Sekilo rasa bedak tertempek kat muka. huhuhu.. Sesiapa rasa nak amek Sis Nana as korang punya MUA boleh la pegi link yang Aini bagi tu ye. Memang best la make-up dari Sis Nana. Brand yang dipakai pun memang tiptop!


  • Wedding Photographer
          Next, wedding photographer. Kali ni mesti ramai yang excited pasal photographer yang Aini amek. Siapa x kenal kan dengan blogger terkenal Irine Nadia Marcello. Tapi bukan Irine la yang jadi photographer Aini but husband Irine yang kitorang hire :) Memang affordable la price yang Amirul kasi kat kitorang dan yang paling best service die. Yang paling Aini ngan husband x sangka time majlis resepsi sebelah husband. Amirul dengan baik hatinya bawak lagi 2 orang member die untuk photoshoot kitorang. Memang puas hati sangat la kan. So anyone yang nak amek Amirul as korang punya photographer boleh la pegi usya link yang Aini bagi tu ye ;)



  • Wedding Planner
          Lastly, Aini nak promote sikit pasal wedding planner Aini. Aini amek Zaha Planner cawangan Sungai Petani. Kebetulan owner die husband lecturer Aini dekat UiTM Merbok dulu. Aini rapat jugak dengan Madam Anis so dapat la student price :) Majlis sebelah Aini x buat pelamin so Aini gantikan dengan hiasan photobooth. Means Aini amek pakej dekat diorang termasuk hiasan dewan + hiasan meja makan pengantin + hiasan photobooth. Cadang nak amek sekali hiasan untuk bilik tidur pengantin tapi mak excited ajak Aini hias sendiri bilik pengantin. So terpaksa cancel la nak tempah :) Tema yang Aini mintak ala-ala garden yang bertemakan purple white. Memang nak pengsan la kan tengok hiasan yang diorang buat. Tunggu apa lagi uollss cepat gi booking dengan Zaha Planner. Jangan risau sesiapa yang x stay dekat Sungai Petani sebab diorang ada cawangan di KL dengan Ipoh jugak.

Aini sempat update setakat ni je sebab masa kerja pun dah nak habis kan. Next update insyaAllah bila-bila. hehehehe :) See u guys next entry!

Assalamualaikum and have a nice day :)

Friday 2 August 2013

Persiapan Kahwin Part I

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk update blog ni.. Aini curik-curik masa je ni.. Banyak lagi benda yang x settle.. huhu.. Masa makin berjalan.. Tup2 tinggal lagi 13 hari je lagi.. Hah?? 13 hari?? Errrkkkkkkk? Still ada lagi benda yang x siap.. Terutamanya pasal diri sendiri.. hehehe.. Sebab dok busy prepare pasal kebendaan untuk kahwin je.. Preparation untuk diri sendiri pun x settle lagi.. Ish3..  Uols ada tips x? Jom kongsi sama-sama :) 

Semua tahu Aini still as student and Aini x de masa sangat nak prepare untuk wedding ni. Aini memang totally 100% serah dekat mak and ayah je.. Tapi hati bakal pengantin mana kan yg x nak buat sendiri preparation wedding sendiri kan.. So Aini mintak mak ayah tinggal kan bab2 hantaran dengan hiasan bilik pengantin dekat Aini.. Nak jugak ada hasil tangan sendiri untuk bakal suami kan.. hehehe.. gatal! =P Hantaran Aini buat sendiri.. Mr. F punya hantaran pun die hentam suruh Aini buatkan.. Ish3.. Lepas ni Aini WAJIB mintak claim kat Mr. F la as upah buatkan hantaran untuk die.. Penat tau.. hihi.. Totally Aini buat 13 dulang hantaran.. Actually 7 balas 5 tapi Aini saja buat lagi 2 dulang lebih sebab ada dengar ura-ura ada cousin and mak menakan (mak sedara) nak bagi jugak.. Alhamdulillah rezeki :) Hantaran sebelah lelaki dah siap.. Just nak touch-up sikit-sikit je lagi.. Hantaran sebelah den x siap lagi.. huhu.. Dok tertangguh sebab Aini demam 4 hari baru-baru ni.. Demam nervous kot.. Eh? hahaha.. Semalam Aini dengan mak dah siapkan bilik pengantin.. Wah? Kreatif jugak rupanya Aini.. (perasan) hahaha.. Tapi mak la yang banyak membantu dan memberi idea.. Sayang mak! Muahx! Selebihnya Aini tolong untuk doorgift nak bagi tetamu je.. 


Disini Aini nak ambil kesempatan untuk jemput semua datang ke Walimatul Urus Ahmad Fikri & Nur'Aini pada 15 Ogos 2013 di Dewan MPSP (K) Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah dan 24 Ogos 2013 di Dewan Serbaguna Taman Melati, Kuala Lumpur. Jika nak taw peta boleh pegi ke link FB Aini ye :) https://www.facebook.com/events/354893477972624/


Kita jumpa lagi next entry.. Assalamualaikum dan selamat berbuka :)

Saturday 13 July 2013

Debaran Semakin....... Dubdap! Dubdap!

Assalamualaikum semua..

Haiiihhhhh... rasa macam dah berkurun Aini x update blog kan.. Mesti semua x sabar kan apa entry kali ni yang akan Aini post.. hehehe.. ntah2 semua x kisah pun Aini update ke idok blog (perasan je =p ) Alhamdulillah Final Exam dah pun selesai 9 Julai hari tu and that's mean Aini sudah tamat belajar as student's Bachelor Science (Hons.) of Mathematics di UiTM Shah Alam. Cuma berdebar untuk tunggu presentation Final Year Project this coming Tuesday dan result untuk Final Exam je la sekarang ni.. huhu..


Yay2! :) Suka la sangat kan padahal Aini ada lagi satu semester untuk Latihan Industri.. Alhamdulillah untuk Latihan Industri Aini dapat dekat Celcom Axiata dekat Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Dekat dengan bakal rumah dan mungkin rezeki nak kahwin kot ;) Allah permudahkan segala urusan. Syukur Alhamdulillah :)


Lepas habis je presentation hari Selasa ni, Aini akan terbang balik Sg petani cepat-cepat sebab nak urus pasal Aini punya majlis perkahwinan la.. Tup-tup lagi 33 hari lagi Aini akan tamatkan zaman bujang Aini.. Waaaaaaaaaa... x boleh perangai macam budak-budak lagi.. dah x boleh merengek macam baby dengan mak ayah kalau nak beli pape barang.. huhuhu.. Preparation x banyak sangat Aini buat sebab stay kat kolej kan. Just Aini handle pasal kad kahwin, baju kahwin and hantaran je. Tapi Aini request dekat mak nak decorate sendiri hantaran untuk sebelah Aini dan sebelah Mr. F. Nasib baik mak ok je and balik ni baru Aini akan kalut-kalut nak decorate :) Sekarang Aini muhasabah diri dengan membaca buku-buku persediaan untuk kahwin nanti.. hehehe..


Nanti-nanti Aini update lagi pasal persiapan kahwin-kahwin Aini ye.. Assalamualaikum...

Saturday 18 May 2013

HIV Test II

Assalamualaikum dan salam sabtu..

Alhamdulillah akhirnya settle jugak bab HIV :) Tapi Aini nasihatkan kepada sapa-sapa yang bakal berkahwin pergi Klinik Kerajaan awal-awal taw. Sebabnya terlalu lama untuk menunggu. huhu.. Aini ngan Mr. F sampai di Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 8.15 pagi. First sampai kitorang kena isi borang untuk ambil ujian + borang kesihatan. After dah isi borang-borang baru boleh ambil no giliran. Dalam 30 minit kitorang menunggu barulah ada nurse panggil untuk ambil BMI + tekanan darah and after that ada sorang nurse beritahu Mr. F yang kitorang punya no giliran untuk ambil test HIV lambat lagi. Dia siap nasihatkan kitorang pergi breakfast dulu. So kitorang decide pergi breakfast dulu and makan kenyang-kenyang sebab nervous punya pasal (Aini sorang je nervous.. Mr. F rilex selamba badak je dia.. :p ) Dalam pukul 9.45 pagi kitorang sampai balik kat klinik tapi memang lambat lagi no giliran kitorang. Aini apa lagi ambil kesempatan habiskan novel je la (hantu novel). Bosan menunggu kot. Time tu bawa novel Kata Tak Rindu karya Siti Nur Dhuha so marathon novel tu je la alamatnya :) Alang-alang dah cerita pasal novel kan and Aini memang suggest sangat-sangat kepada sesiapa "Hantu Novel" tu beli lah novel karya Siti Nur Dhuha ni. Tersangat-sangat lah best. Boleh didapati dimana-mana kedai buku dan bolehlah layari laman web http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp?idpr=549 untuk baca sinopsis mengenai novel ni.



Berbalik pasal test HIV, pukul 11.30 pagi baru lah no giliran kami dipanggil and time tu Aini memang cuak sangat-sangat sebab pasangan-pasangan lain yang buat test HIV masa tu time diorang keluar je mesti ada tanda cucuk dekat area tengah-tengah lengan. Bila tengok tu memang bertambah cuak + nak nangis la sebab Aini memang bermusuh dengan Abang Jarum ni. huhuhu.. Mr. F dengan selambanya cakap "Alaaaaa,,bukan sakit pun.. Sekejap je kena.. If nak nangis jugak nangis je la.. Tu pun kalau rasa x malu la.. " Kurang asam jawa punya fiancee.. Dush! Dush! Dengan berat hati Aini terpaksa jugak la masuk dalam bilik tu. Tapi x masuk sorang-sorang la sebab Mr. F teman sekali masuk. Means kitorang kena cucuk at the same time. Tapi ada surprise taw time nak kena cuck tu. hehehe.. Maybe abang-abang nurse tu kesian dekat Aini kot so kitorang just kena ambil darah dekat hujung jari je. Dalam hati jantung asyik menari-nari je sebab seronok x payah cucuk dengan jarum panjang. Kitorang dapat result dalam pukul 12.30 tengahari and Alhamdulillah Aini dan Mr. F dijauhi dari serangan HIV :) Means dengan senang hati bolehlah kitorang kahwin. hehehehe... Gatal nooooooo :p




p/s : Esok Aini ada modul Finishing Scholl. Excited pulak untuk sesi interview :)

Tuesday 14 May 2013

HIV Test I

Assalamualaikum semua :)

Malam ni tiba-tiba rasa nak cerita pasal HIV Test. Semua orang sedia maklum sapa-sapa yang nak kawen mesti WAJIB ambil test HIV dulu baru boleh proceed dengan borang nikah kan. Aini adalah antara calon yang kena buat test HIV ni. Cuak jugak nak buat sebab Aini ni penakut sikit. hehehe.. So tengahari tadi after kelas, Mr. F ambil Aini dekat UiTM sebab nak pergi test HIV sama-sama dekat Klinik Kementerian Kesihatan Shah Alam Seksyen 7. Before pergi cocok kitorang gi makan-makan dulu (takut Aini pengsan sebab x makan). hahahaha... Lepas dah ready kitorang pun dengan semangatnya pergi la klinik dekat seksyen 7 tu. Tapi kitorang dapat berita kurang baik bila nurse tu cakap kitorang terlambat sikit je sebab untuk sesi petang tu dah full. Rasa kecewa jugak (padahal dalam hati rasa fuuuuhhhhh selamat!) :) Nurse tu cakap setiap pasangan pihak diorang allocate 30 minit. Untuk sesi petang diorang just ambil 5 pasangan je. So nurse tu suggest esok datang awal-awal pagi but we cannot make it because Mr. F kerja esok pagi. huhuhu... Mr. F x putus asa so Mr. F ajak Aini pergi Klinik Kementerian Kesihatan Shah Alam Seksyen 19 pulak. Sekali lagi berita yang kurang baik jugak kitorang dapat (full jugak dekat sana). For the third time 
Mr. F ajak buat dekat klinik swasta terus. hahahaha.. Nampak x betapa semangatnya Mr. F nak buat test HIV :) Bila kitorang sampai kat sana ada sorang akak ni cakap test HIV dah x boleh buat dekat klinik swasta sebab JAKIM dah x bagi. Maybe takut ada pihak yang cuba tipu kot. Mr. F try call Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk dapat confirmation and memang betul akak tu cakap. So kitorang decide nak buat test HIV hari khamis ni and pagi-pagi buta kitorang akan terpacak dekat klinik kerajaan Seksyen 7 tu . hehehe... Kitorang nak buat cepat-cepat sebab nak proceed dengan borang nikah pihak lelaki sebab Aini nak siapkan borang nikah pihak perempuan time Aini balik Kedah 23hb Mei nanti. So memerlukan borang nikah lelaki jugak. Sebab lepas tu Aini dah x balik Kedah sampai hujung bulan Julai nanti. Al-maklum la busy dengan test, final exam, Final Year Project (FYP) bagai :(  Wish me gudluck ye kawan-kawan!




Sunday 28 April 2013

Karnival Kahwin Cancel Last Minute?

Assalamualaikum w.b.t.

Seperti semua tahu Aini ada cakap nak pergi Karnival Kahwin dekat entry before ni. huhuhu.. Sangat-sangat lah tidak bernasib baik. Untuk makluman semua, event ni diwar-warkan berlangsung pada 26,27 & 28 April 2013 di Perkampungan Asli Gunung Keriang, Kedah tapi event tu cancel last minute sebab penganjur event tu tukar tarikh after PRU pulak :( X ada rezeki la tu namanya. Patut la banner yang diorang tampal dekat Sungai Petani dah hilang sehari before event. Aini and family baru dapat information ni bila dah sampai dekat sana and ayah Aini pergi tanya pakcik guard dekat Muzium Padi. Pakcik tu cakap diorang ada announce dalam Radio Kedah. hahahaha.. Memang patut la kitorang x taw sebab jarang buka Radio Kedah ni. Nak buat macammana dah x ada rezeki kan so kami pulang dengan hati yang walang. *statement poyo* 



Kita tinggalkan bab Karnival Kahwin ni and fokus balik ke alam student :) Esok last day mid-semester break untuk student UiTM so Aini akan bertolak dari Sungai Petani esok bertemankan ayah and adik Aini no 2 (dia ni belajar dekat Royal Military College and now dah Form 4). Bermulalah episod busy and kemalasan nak belajar. hahaha.. Actually x puas lagi cuti tapi nanti ada lagi cuti 5 hari sempena PRU. Bagi sesiapa yang mendaftar mengundi, undian adalah ditangan anda. So pilihlah lah pemimpin yang dapat memimpin negara kita dengan adil dan saksama :)




Thursday 25 April 2013

Rumah atau Dewan?

Assalamualaikum semua :)

Mesti masing-masing tertanya-tanya kan dengan caption Aini dekat atas tu. hehehe.. Sekarang Aini tengah pening lalat nak buat majlis resepsi dekat rumah atau dewan. Before ni parents Aini memang cadang nak buat kat dewan je sebab senang and x de la penat sangat kan after majlis tu. But lately ni parents Aini asyik cakap lebih baik buat kat rumah. 

Nasib baik dewan x confirm lagi dengan Rektor UiTM Kedah. hehehe.. Actually Aini and family dah set nak buat dekat Dewan Serbaguna UiTM Kedah. Aini yang bagi idea nak buat kat situ. Aini dulu ex-student UiTM Kedah so terasa nak buat dekat situ and at the same time Aini still lagi bergelar as student UiTM. Lagipun incik tunang pun ex-student UiTM jugak. Al-maklum la UiTM Dihatiku :) Sebulan yang lepas ayah Aini dah buat proposal untuk buat majlis resepsi dekat UiTM tu and dapat respon dari pihak UiTM. Setiausaha Rektor call and cakap kitorang punya proposal dah masuk meeting and dah diluluskan. Alhamdulillah :) Just untuk bayaran untuk pakej dewan tu ayah Aini kena bertentang mata dengan Rektor sendiri sebab pihak UiTM x tahu nak letak berapa harga. X pernah lagi sapa-sapa guna dewan tu as majlis resepsi. Kira Aini first la if jadi buat kat sana.Tapi atas kesibukan dua-dua pihak sampai sekarang x dapat nak dating. Mungkin sebab x confirm lagi dengan pihak Uitm so parents Aini cadang nak buat kat rumah je.

At the same time, Incik Tunang (Mr. F) pun cakap family sebelah Mr. F pun cadang nak buat kat rumah baru family Mr. F jugak. hahaha.. So cute sebab dua-dua family fikir benda yang sama :) tapi sebelah keluarga Mr. F pun x confirm lagi. Tambahan pula family Mr. F dah tempah dah Dewan Taman Melati, Gombak. Masing-masing dalam dilema sekarang ni.



If pendapat kawan-kawan semua tempat mana yang better untuk buat resepsi kitorang?? Boleh jugak share dari segi bajet and environment. Terima kasih ye :)



Sunday 21 April 2013

Spend times sementara masih bujang :)

Assalamualaikum uoolllsssss :)

Hmmmmm,,finally terupdate jugak blog untuk post yang ke-4 :) maaf ye lambat update sebab busy dengan quiz and test (padahal busy spend time dengan running man je.. hehehe). Now Aini sudah selamat mendarat di bumi Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Alhamdulillah dah ada dekat rumah dari semalam lagi :) Happy semacam je bila boleh tidur dalam bilik sendiri ;) Al-maklum la UiTM bagi cuti mid-sem selama seminggu. Yeeeeeehooooooooooo!!!!

But ada surprise pulak bila sampai rumah. Haaaaaaa,, cuba teka surprise apa yang Aini dapat? Jeng3.... dalam diam-diam barang-barang kesayangan Aini termasuk katil tempat Aini beradu, almari pakaian yang Aini guna untuk sumbat pakaian and rak novel-novel semua hilang. Tiba-tiba je.. hahaha. Rupa-rupanya mak and ayah Aini pindahkan semua dekat bilik adik-adik lelaki Aini. Lebih kurang macam ni la dialog between Aini and mak (cakap dalam loghat Kedah ok).

Kak long : Mak, mana habis semua barang-barang kak long?
Mak        : Laaaaaaa,, mak pindah semua dekat bilik depa la. (bilik adik-adik lelaki)
Kak long : Pasai pa pulak kena pindah pulak dekat bilik depa?
Mak       : Kak long kan nak kawen dah. Kena la ada katil baru almari baru. Mak cadang nak tambah air- cond gak dalam bilik tu. (kat rumah memang tak pasang air-cond sebab kawasan rumah berdekatan dengan bukit. So tiap-tiap hari ada angin sepoi-sepoi.)
Kak long : Susah ja mak ni. Tak payah la pasang air-cond tu. (tapi dalam hati nak + terharu dengan mak and  ayah). 
Mak        : Tak pa aih. Nanti mak ngan ayah pun boleh guna jugak (sambil senyum ngan ayah).
Kak long : Ikut mak la. Kak long tak kisah (dalam hati rasa nak nanges ja).

So sekarang ni Aini tido atas tilam tanpa katil je bertemankan adik bongsu (adik perempuan satu-satunya yang Aini ada). Cadang cuti ni nak amek kesempatan untuk study subjek Algebraic Structures + Simulation + Entrepreneurship. Sebab start kelas nanti ada test menanti untuk ketiga-tiga subjek ni :( But at the same time nak kena fikir jugak pasal persiapan majlis kahwin  nanti. Pening den nak buat apa lagi. huhuhuhu... Mak ajak pergi survey untuk hiasan dewan nanti and hari Jumaat ni bersamaan 26 April 2013 ada Ekspo Pengantin dekat mana ntah. hehehehe. Lupa pulak nak tanya dekat mana sebab terlampau excited. Waaaaahhhhhh,, tiba-tiba excited pulak kan nak pergi  Tak sabarnya nak pergi Ekspo Pengantin :) Al-maklum la before ni pergi saja cuci-cuci mata. Kali ni pergi sebab ada tujuan penting. Tu yang terover excited tu. hehehehe... (Ya Allah..gatalnya minah niiii....)



Nanti Aini update ok pasal Ekspo Pengantin ni and tidak lupa pasal persiapan kahwin jugak :) 

Saturday 23 March 2013

Memorable Memories I

Assalamualaikum uuoolssss :)

As semua tahu, Aini sekarang sudah menjadi tunangan orang. Syukur alhamdulillah pada 26 Januari yang lepas, famili tunang datang membawa rombongan. hehehe. Rasa gementar jugak la sebab menjadi tunangan orang di usia yang muda and still in student's status. But at the same time rasa terharu sangat-sangat sebab family kami berdua tidak menghalang :)  

Actually pada mula-mula kami x merancang pun nak tunang and kawen by this year. Nak kumpul duit dulu untuk next planning. We all merancang after Aini dapat kerja or maybe after Aini habiskan degree but kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.


Ayah pun ada cakap if betul-betul nak kawen, bakal husband mestilah mempunyai pendapatan yang cukup (gaji kena above then 3k). ngeeee... Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan kami berdua untuk mendirikan rumahtangga. Tup3 selang beberapa hari incik tunang dapat offer kerja yang lebih suitable dari before ni + gaji yang menepati syarat-syarat ayah :) Mungkin Allah bagi hint untuk kawen awal. hehehe.

Incik tunang minta restu and permission daripada his parents and Alhamdulillah mereka setuju. His parents rancang nak datang rumah bulan Disember tahun lepas but atas kekangan Aini as student yang memang time tu busy dengan test and final exams so kami postpone majlis tu bulan Januari 2013.

Alhamdulillah majlis pertunangan kami berdua berjalan dengan lancar and hasil perbincangan kedua-dua belah pihak kami berdua insyaAllah akan diijabkabulkan bulan August tahun ni. Doakan kami berdua ye uoolssss :)


After this, kena fikir tentang persiapan untuk majlis perkahwinan pulak sebab tinggal lagi 4 bulan lebih lagi and kekangan masa sebab i'm still a student and this semester, i will do my Final Year Project (FYP). So untuk next-next entry Aini will update pasal persiapan or checklist untuk majlis kawen nanti and memories before menamatkan zaman bujang :) 


Kita jumpa next entry and take care ye ;)
Assalamualaikum.

p/s : doakan iiiooolllsss untuk quiz Algebraic Structures this coming wednesday ok :)


Saturday 16 March 2013

Perjalanan menempuhi alam remaja

Assalamualaikum w.b.t semua. 

Dah lama rasa saya x update blog. hehe. Agak2-agak dah sebulan saya x update kan. Al-maklum la semester baru dah start. Before ni saya just introduce serba sedikit tentang background study saya. So, this entry saya akan cerita lebih mendalam tentang perjalanan study saya. Sekarang saya belajar dekat UiTM Shah Alam and mengambil jurusan Bachelor of Science (Hons) Mathematics :) 

After habis SPM, saya dapat tawaran Diploma Sains Kuantitatif di UiTM Merbok. First time dengar nama kos tu rasa macam pelik. Actually yang isi borong upu tu ayah saya. Saya memang menyerahkan sebulat-bulatnya kat ayah sebab time tu memang pening nak ambil kos apa. Bila dapat je tawaran dekat UiTM Merbok, ayah and mak happy giler sebabnya dekat dengan rumah. Selepas sesi pujuk-memujuk berlaku so saya terima la untuk further belajar dekat sana. So ini lah classmates saya dari saya part 1 - part 3 ;)

love uoolssss >.<
Alhamdulillah hasil berkat doa daripada semua orang especially my parents, saya berhasil maintainkan result saya dari part 1 sampai part 3. And time cuti semester part 3, saya ditawarkan untuk mengikuti fast-track bagi kos Bachelor of Science (Hons) Mathematics dimana saya tidak menamatkan zaman diploma but diserap terus masuk part 2 ke program degree :) Ya Allah! saya sangat-sangat lah bersyukur kerana diberi peluang ini.

Mesti uoolssss dengar mcm wow je kan bila dengar saya dapat kos ni. Betul x? (perasan pulak kan) hehe. setiap kali someone tanya ambil jurusan apa and saya jawab ambil math, WAJIB diowg akan cakap balik "mesti jadi cikgu @ lecturer kn?". Macam tahu-tahu je saya memang minat nak jadi seorang pengajar. Tapi bukan sekadar jadi seorang pengajar je if ambil kos saya ni sebab in UiTM who yang ambil kos math ni kira kena belajar accounting jugak sebab nama pun minor account kan :) Actually we alllsss boleh kerja in macam-macam bidang  such accountants, researcher, banker and boleh jugak kerja dekat industrial. 

So, adik-adik yang mana berminat sangat dengan kos mathematics boleh la datang ke Ekspo Selangkah ke UiTM yang akan diadakan pada :

Tarikh   : 23 - 24 Mac 2013
Masa    : 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam

Untuk dapat maklumat yang lebih lanjut, adik-adik boleh la layari http://www.selangkah.uitm.edu.my/ .
wassalam :)


p/s : rasa macam x berkasih sayang pulak bila bahasakan diri saya ni. so, next entry i will use my name "Aini". see uooolsss next entry :)



Monday 28 January 2013

Sesi menfamouskan diri

Assalamualaikum.



Hye uuooolllssss! First of all mesti introduction about diri sendiri kan. Mmg lumrah kita as khalifah Allah untuk memperkenalkan diri. Nama diberi Nur'Aini binti Azhar. Tahun ni kira 22 tahun tp now still available 21 tahun (perasan muda kejap) :) I'm already engaged and insyaAllah, wife-to-be by August this year. Doa2 kan ye kawan-kawan. Occupation? urrrmmmm,, still a full time student at UiTM Shah Alam. Mengambil jurusan Bachelor of Science (Hons) Mathematics. Berasal dari Sungai Petani, Kedah but bakal menetap area kL or Selangor. peace2!


time we allsss muda belia dahulu
                     


Love them so so much. Muahx! Muahx! Ok lah. Next entry will coming. so stay tuned and 
Assalamualaikum ;)