Saturday 16 March 2013

Perjalanan menempuhi alam remaja

Assalamualaikum w.b.t semua. 

Dah lama rasa saya x update blog. hehe. Agak2-agak dah sebulan saya x update kan. Al-maklum la semester baru dah start. Before ni saya just introduce serba sedikit tentang background study saya. So, this entry saya akan cerita lebih mendalam tentang perjalanan study saya. Sekarang saya belajar dekat UiTM Shah Alam and mengambil jurusan Bachelor of Science (Hons) Mathematics :) 

After habis SPM, saya dapat tawaran Diploma Sains Kuantitatif di UiTM Merbok. First time dengar nama kos tu rasa macam pelik. Actually yang isi borong upu tu ayah saya. Saya memang menyerahkan sebulat-bulatnya kat ayah sebab time tu memang pening nak ambil kos apa. Bila dapat je tawaran dekat UiTM Merbok, ayah and mak happy giler sebabnya dekat dengan rumah. Selepas sesi pujuk-memujuk berlaku so saya terima la untuk further belajar dekat sana. So ini lah classmates saya dari saya part 1 - part 3 ;)

love uoolssss >.<
Alhamdulillah hasil berkat doa daripada semua orang especially my parents, saya berhasil maintainkan result saya dari part 1 sampai part 3. And time cuti semester part 3, saya ditawarkan untuk mengikuti fast-track bagi kos Bachelor of Science (Hons) Mathematics dimana saya tidak menamatkan zaman diploma but diserap terus masuk part 2 ke program degree :) Ya Allah! saya sangat-sangat lah bersyukur kerana diberi peluang ini.

Mesti uoolssss dengar mcm wow je kan bila dengar saya dapat kos ni. Betul x? (perasan pulak kan) hehe. setiap kali someone tanya ambil jurusan apa and saya jawab ambil math, WAJIB diowg akan cakap balik "mesti jadi cikgu @ lecturer kn?". Macam tahu-tahu je saya memang minat nak jadi seorang pengajar. Tapi bukan sekadar jadi seorang pengajar je if ambil kos saya ni sebab in UiTM who yang ambil kos math ni kira kena belajar accounting jugak sebab nama pun minor account kan :) Actually we alllsss boleh kerja in macam-macam bidang  such accountants, researcher, banker and boleh jugak kerja dekat industrial. 

So, adik-adik yang mana berminat sangat dengan kos mathematics boleh la datang ke Ekspo Selangkah ke UiTM yang akan diadakan pada :

Tarikh   : 23 - 24 Mac 2013
Masa    : 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam

Untuk dapat maklumat yang lebih lanjut, adik-adik boleh la layari http://www.selangkah.uitm.edu.my/ .
wassalam :)


p/s : rasa macam x berkasih sayang pulak bila bahasakan diri saya ni. so, next entry i will use my name "Aini". see uooolsss next entry :)



5 comments:

  1. guna panggilan 'aini' yang chomel yang ;)

    ReplyDelete
  2. aini...harapan dan doa dari saya...sulaiman a.k.a iman: moga aini diberkati,diberi kekuatan hadapi dugaan Allah pada hari2 mendatang..
    may god bless u

    ReplyDelete
  3. tq iman. insyaAllah mudah-mudahan. aminn :)

    ReplyDelete
  4. sempat lg promote selangkah..hehe

    ReplyDelete
  5. Hihihi. UiTM dihatiku la katakan :)

    ReplyDelete