Friday 3 November 2017

Tips Memilih Warna Lipstick yang Sesuai

Assalamualaikum and hellooooo :)

Hari ni Aini nak share personal tips macam mana nak pilih color lipstick yang sesuai mengikut warna bibir. Semua orang berbeza, ada kulit cerah ada yang kulit gelap, ada bibir nipis ada bibir tebal, ada bibir cerah ada bibir gelap, ada bibir lembap dan ada bibir kering. 

Pernah tak terlintas macam ni,

"Eh, cantiknya dia pakai lipstick color tu! Nak beli color yang sama lah!"

Once dah beli and apply dekat bibir sendiri, rasa tak cantik. Kenapa dia pakai cantik, kita pakai tak cantik?? Haaaaa, sebab tu before decide nak beli kita kena tahu condition bibir sendiri. Okay, Aini bagi sedikit tips dan cadangan. Jom check bibir masing-masing! :)




1. Bibir Cerah vs Bibir Gelap


Yang ni issue paling common. Cerah atau gelap bibir kita bergantung kepada banyak faktor seperti melanin, lifestyle dan cara penjagaan bibir. Kalau anda memiliki warna kulit yang agak gelap, warna bibir anda maybe agak gelap sedikit sebab kandungan melanin banyak (melanin yang menentukan warna pada kulit). 

Kalau anda tidak mengambil berat penjagaan bibir pun akan menyebabkan bibir menjadi gelap dan kusam. Nak tahu antara sebabnya?


  • Lepas makan bibir tidak dicuci.
  • Pencuci muka sapu sekali di bahagian bibir.
  • Tidak memakai lip balm.
  • Tidak memakai scrub bibir.
  • Memakai lipstick yang mengandungi lead or kandungan bahan kimia yang tinggi (biasanya kalau warna lipstick tahan lama dan kekal, tandanya ia mengandungi kandungan bahan kimia yang tinggi).



Tips memilih lipstick



1. Rajin bersihkan bibir selepas makan, scrub bibir 2 or 3 kali seminggu. Boleh guna Mary Kay Satin Lips Shea Sugar Scrub untuk scrub bibir. Ia akan mengelupas secara lembut untuk melembut, menghalus dan mengilatkan bibir. 

2. Gunakan Mary Kay Satin Lips Shea Butter Balm untuk melembapkan bibir secara mendalam dan meninggalkannya dengan rasa segar.




3. Pakai lipstick yang teksturnya Matte sebab lipstick jenis ni pekat dan dapat tutup bibir yang gelap. Jadi tak nampak macam 'double layer'.

4. Elakkan pakai lipstick yang teksturnya Glossy sebab lipstick jenis ni agak nipis dan menampakkan bahagian bibir yang gelap.



Cadangan Mary Kay Lipstick


Mary Kay Gel-Semi Matte Lipstick


Mary Kay Gel-Semi Matte Lipstick




2. Kulit Cerah vs Kulit Gelap


Warna kulit pun berperanan penting untuk kita memilih warna lipstick yang sesuai. Kalau silap pilih warna boleh membuatkan kita kelihatan pelik atau pucat sepanjang hari. 

Jangan berasa rendah diri kalau berkulit gelap. Siapa kata orang yang berkulit gelap tak cantik? Cantik tau! Cuba tengok Beyonce, Rihanna, Bipasha Basu, semua berkulit gelap. Tapi cantik mengalahkan orang yang berkulit cerah. Betul tak? Yang penting, confident perlu ada dan pandai sesuaikan warna.



Tips memilih lipstick bagi yang berkulit gelap


1. Elakkan warna natural, coklat dan soft pink sebab warna-warna ini akan membuatkan warna bibir tenggelam. 

2. Pilih warna sedikit terang contohnya warna dark pink, berries, merah, coral dan oren.

3. Boleh juga pakai warna Metallic (jenis lipstick yang berkilat).

4. Tambah sedikit Mary Kay NouriShine Plus Lip Gloss di atas lipstick untuk bibir kelihatan segar dan sihat.



Cadangan Mary Kay Lipstick


1. Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick Crushed Berry

2. Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick Poppy Please

3. Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick Powerful Pink

4. Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick Always Apricot

5. Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick Mauve Movement

6. Mary Kay True Dimensions Lipstick Coral Bliss

7. Mary Kay True Dimensions Lipstick Citrus Flirt

8. Mary Kay True Dimensions Lipstick Sassy Fushia

9. Mary Kay True Dimensions Lipstick Wild About Pink

10. Mary Kay True Dimensions Lipstick Sizzling Red

11. Mary Kay True Dimensions Lipstick Firecracker

12. Mary Kay Lip Suede Mulberry Muse



Mary Kay True Dimensions Lipstick



Bagi yang berkulit cerah, biasanya semua warna boleh masuk. Tapi ada warna yang menampakkan anda biasa sahaja dan ada warna yang membuatkan anda kelihatan sangat wow!



Tips memilih lipstick bagi yang berkulit cerah


1. Pilih warna natural dan soft pink untuk penampilan "sweet" dan "young".

2. Pilih warna coral atau oren untuk penampilan "fresh".

3. Pilih warna terang seperti red, hot oren atau hot pink untuk penampilan berani dan lain dari yang lain.

4. Pilih warna coklat atau dark red untuk penampilan misteri (sesuai dipakai pada waktu malam).

5. Elakkan warna metallic (cerah atau gelap) sebab akan membuatkan bibir nampak terlalu pucat atau terlalu "over".

6. Tambah sedikit Mary Kay NouriShine Plus Lip Gloss di atas lipstick untuk bibir kelihatan segar dan sihat.



Cadangan Mary Kay Lipstick


1. Mary Kay Gel-Semi Matte Lipstick (all color)

2. Mary Kay True Dimensions Lipstick (all color)

3. Mary Kay True Dimensions Sheer Lipstick (all color)

4. Mary Kay Lip Suede (all color)



Mary Kay NouriShine Plus Lip Gloss






3. Bibir Nipis vs Bibir Tebal


Kalau anda memiliki bibir yang comel dan nipis, seeloknya pilih warna yang cerah dan bertekstur Glossy or Shine. Ia akan membuatkan bibir anda nampak lebih penuh.

Dan kalau anda memiliki bibir yang tebal atau sexy macam Angelina Jolie, pilihlah warna yang agak gelap dan bertekstur Matte untuk bibir kelihatan bersaiz sederhana.



Cadangan Mary Kay Lipstick untuk Bibir Nipis


1. Mary Kay Gel-Semi Matte Lipstick Powerful Pink

2. Mary Kay Gel-Semi Matte Lipstick Poppy Please

3. Mary Kay Gel-Semi Matte Lipstick Always Apricot

4. Mary Kay True Dimensions Lipstick Coral Bliss

5. Mary Kay True Dimensions Lipstick Firecracker

6. Mary Kay True Dimensions Lipstick Tangerine Pop

7. Mary Kay True Dimensions Lipstick Pink Cherie

8. Mary Kay True Dimensions Lipstick Color Me Coral

9. Mary Kay True Dimensions Lipstick First Blush

10. Mary Kay True Dimensions Lipstick Natural Beaute

11. Mary Kay True Dimensions Sheer Lipstick (all color)

12. Mary Kay Lip Suede Rose Blush


Cadangan Mary Kay Lipstick untuk Bibir Tebal


1. Mary Kay Gel-Semi Matte Lipstick Crushed Berry

2. Mary Kay Gel-Semi Matte Lipstick Midnight Red

3. Mary Kay Gel-Semi Matte Lipstick Rich Truffle

4. Mary Kay Gel-Semi Matte Lipstick Mauve Movement

5. Mary Kay Gel-Semi Matte Lipstick Bashful You

6. Mary Kay True Dimensions Lipstick Citrus Flirt 

7. Mary Kay True Dimensions Lipstick Rosette

8. Mary Kay True Dimensions Lipstick Sizzling Red

9. Mary Kay True Dimensions Lipstick Sassy Fuchsia

10. Mary Kay True Dimensions Lipstick Wild About Pink

11. Mary Kay Lip Suede Mulberry Muse


Mary Kay Lip Suede






4. Bibir Kering vs Bibir Lembap


Untuk bibir kering yang kering atau mengelupas, digalakkan untuk menggunakan Mary Kay Satin Lips Shea Butter Balm terlebih dahulu sebelum menggunakan lipstick. Tekstur yang bagus untuk bibir kering adalah jenis yang high moisture ataupun creme diikuti sapuan Mary Kay NouriShine Plus Lip Gloss. Bibir akan rasa lebih selesa dan kurang merekah. Elakkan Matte lipstick ye!

Untuk bibir lembap, anda bebas memilih apa-apa tekstur sebab bibir anda dah sihat :)




P/s : Kalau nak lagi tepat, test lipstick dekat bibir terus dan jangan test dekat tangan sebab warna tidak sama.


Mary Kay Gel Semi-Matte Crushed Berry


Macam mana nak dapatkan Mary Kay Lipstick ni? Haaaa tak payah risau sebab Aini Independent Beauty Consultant Mary Kay yang sah! hehe. So far, memang banyak sangat feedback yang best-best daripada pemakai yang menggunakan Mary Kay Lipstick ni. Mereka dapat rasakan perbezaan apabila memakai lipstick dari Mary Kay. Alang-alang bulan November ni ada promo Mary Kay Lip Suede, jadi ada set yang awesome untuk promo ni dari Mary Kay. 





Best kan promo bulan November ni? Aini pun dah grab dua set ni tau sebab cair sangat tengok color-color dia especially bila tahu dapat FREE bag comel tu. Ada yang tanya, kalau nak dapatkan consultation/guide mengenai produk Mary Kay yang lain boleh ke? Mesti la boleh! InsyaAllah, Aini akan bagi special consultation.


Boleh hubungi Aini untuk lebih lanjut.

Aini,

Senior Mary Kay Beauty Consultant







Nak tengok lebih banyak info-info tentang produk Mary Kay, boleh follow official Instagram Mary Kay Aini ;



@aini.marykay


Boleh juga follow official Facebook page Mary Kay Aini ;



Mary Kay by Sewa Baju Pengantin/Nikah/Resepsi



Oaky, tu je yang Aini nak share untuk entry kali ni. Harap tips ini dapat membantu anda memilih lipstick yang sesuai dengan bibir anda :)



Bye-bye!

Tuesday 31 October 2017

Best betul ke pakai set Mary Kay Botanical Effects?

Assalamualaikum and hye :)

Update blog cepat-cepat after Subuh before anak-anak bangun. haha.

Hari ni Aini nak share something untuk semua. Ramai yang datang mengadu dekat Aini, kulit muka breakout selepas menggunakan produk XYZ! Muka jadi pedih, merah-merah dan paling teruk berjerawat sehingga bernanah. huhu.

Nak tahu tak apa produk XYZ tu? Kebiasaannya produk atau set yang mengandungi krim siang dan malam, sabun pencuci yang berbuih. Lepas tu, bila terlupa je pakai sehari dua terus jerawat bercambah. huhu. Ataupun kulit jadi sensitif, terkena panas terik dah sunburn atau jadi pedih. Ada yang nak cuci muka, ambil wudhuk pun menangis. huhu.

Pengalaman Aini sendiri, after Aini habis pantang anak sulung, Aini pakai one of produk XYZ. Kesan dia Ya Allah, memang sangat effective. Dalam masa sebulan Aini pakai memang flawless sangat muka Aini. Aini pulak jenis pakai konsisten dan muka Aini jenis jarang sangat naik jerawat. Aini keep pakai and sampai Aini pregnant anak no dua, Aini dah stop consume produk XYZ tu. Nak tahu kenapa Aini berhenti? Sebab orang cakap tak elok consume any produk time preggy. I jenis follow the rule je. haha. Start Aini berhenti pakai produk XYZ tu, muka Aini dah start naik jerawat kecil-kecil and muka pun berubah jadi kusam. Sedih kan. huhu. Kira lebih kurang dah dua tahun Aini stop pakai produk XYZ. Sebab start anak Aini no dua tu berusia 11 bulan, Aini jatuh hati dengan produk Mary Kay. Sampai sekarang Aini setia dengan produk Mary Kay. I love Mary Kay! Ecewahhhh!




So, kalau anda adalah orang yang sensitif macam Aini cerita ni, boleh cuba dengan set sensitif dari Mary Kay ni iaitu Botanical Effects. Set ni Aini suggest kepada pengguna yang mengalami masalah;
  • kulit sensitif
  • kulit berjerawat
  • kulit menipis
  • kulit pedih
  • pengguna peeling produk
  • yang mengalami masalah di atas


Botanical Effects terdiri dari tiga formula mengikut jenis kulit iaitu Formula 1 (kulit kering + sensitif), Formula 2 (kulit normal/combination) dan Formula 3 (kulit berminyak). Aini akan tanya lebih lanjut mengenai kulit anda before sebelum mencadangkan formula yang terbaik. Sekiranya anda mendapati formula yang diberikan tidak sesuai, jangan risau kerana Mary Kay mempunyai 90 hari jaminan kepuasan pengguna. Dengan syarat, anda kena beli dengan Beauty Consultant yang sah dari Mary Kay. 


Fungsi setiap satu produk dalam Set Botanical Effects


Antara produk yang ada dalam Set Botanical Effects ialah:

  • Cleanser / Pencuci: membersih segala kekotoran, makeup, habuk dan hama agar muka kita bersih, sihat dan lembut. Botanical Cleanser in tidak berbuih kerana pencuci yang berbuih mengandungi satu bahan kimia yang membuatkan kulit wajah kita bertambah kering. Dan lama kelamaan kulit akan menjadi  mengelupas dan bertambah nipis dan sensitif.
  • Mask : membantu menanggalkan sel-sel kulit mati, mengecilkan pori-pori, membersihkan pori-pori tersumbat, menganjalkan kulit dan membersihkan muka dari blackhead dan whitehead. Jika kita konsisten pakai mask, pipi kita akan menjadi anjal seperti dicucuk botox. 
  • Freshen / Toner : membantu membersihkan muka dari saki-baki makeup setelah dicuci dengan cleanser. Mengetatkan dan mengecilkan liang roma yang terbuka. Kita perlu pakai freshen selepas pakai cleanser atau mask untuk menutup kembali pori-pori.
  • Hydrate / Moisturizer / Pelembap : membantu melembapkan kulit wajah sepanjang hari. Tanpa pemakaian hydrate, wajah kelihatan kurang bermaya/kusam, gelap, jeragat dan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus mula kelihatan. Nak nampak awet muda perlu sentiasa pakai hydrate. 



Satu set ni tahan hingga 6-7 bulan. Memang berbaloi sangat kulit jadi cantik dan puas hati sangat tau! Jom Aini tunjuk, antara testimoni-testimoni yang guna set Botanical Effects ni.











Khusus kepada anda yang mengalami masalah kulit di luar sana, ingin mendapatkan skincare yang terbaik, boleh hubungi Aini melalui Whatsapp. InsyaAllah Aini akan berikan konsultasi yang terbaik secara PERCUMA. Khas buat customer yang purchase melalui Aini, Aini akan guide dan consult cara menggunakan set Botanical Effects dengan cara yang betul sepertimana yang Aini amalkan sendiri.


AINI,
Whatsapp : 019.658.0309
Your Mary Kay Beauty Consultant

FOLLOW OFFICIAL INSTAGRAM MARY KAY AINI:

@aini.maryk

FOLLOW OFFICIAL PAGE FACEBOOK MARY KAY AINI:

Mary Kay by Sewa Baju Pengantin/Nikah/Resepsi

Friday 6 October 2017

Free Cruise Trip to Phuket

Assalamualaikum hye :) 


Lamanya tak bersiaran dalam blog ni. Dah berhabuk dah blog Aini ni. Sorry korang! Macam busy sangat kan life Aini selama 3 tahun ni. Hahaha. Maybe sebab busy dengan pengajian Sarjana and jaga anak-anak kot. Anak-anak? Alhamdulillah Aini dah upgrade jadi ibu kepada dua orang anak tau! Next post Aini cerita pengalaman Aini bersalin anak kedua dalam kereta. Dalam kereta tau bukan hospital. Hihi. 

Dah setahun dua bulan dah

Dan alhamdulillah jugak Aini berjaya habiskan pengajian Sarjana Aini. Yayyyy! 15hb ni dah konvo. Yihuuuuu! Doakan Aini kuat istiqamah untuk sambung perjuangan di peringkat doktor falsafah pulak. InsyaAllah, aminn.

Finally, Master in Quantitative Sciences

Sekarang Aini bekerja sebagai Technology Consultant dekat salah sebuah partner company Microsoft. At the same time, Aini jugak jadi Beauty Consultant (BC) Mary Kay. Ramai tanya best ke jadi BC Mary Kay. Ehhhhh, mesti la best korang! Senang je tau! Dalam Mary Kay ni kita akan menghadiri kelas formal and non-formal bersama sisterhood Mary Kay. Nak tahu untuk apa? Mesti lah untuk upgrade dan top up ilmu. Sebab tu BC Mary Kay, BC yang bertauliah! 

Time attend kelas ESRS

Yang bestnya tiap-tiap bulan dapat hadiah dan income dari Mary Kay. Best kan? Bulan ni paling best bila Mary Kay announce boleh pergi Cruise Trip ke Phuket secara PERCUMA! Wow, best kan? Siapa la tak best dapat pergi trip secara percuma. Melompat-lompat Aini tau! Haha. Dan dan dan Aini boleh bawa 5 orang untuk join Aini jalan-jalan naik cruise ke Phuket selama 4 hari 3 malam. Yayyyyy! Fully sponsored by company Mary Kay tau! Aini mencari 5 orang yang serius dan berminat sahaja. Cepat pm Aini! Mungkin anda salah seorang yang bertuah. 



NUR'AINI AZHAR,
Whatsapp : 019-658.0309
Your Mary Kay Beauty Consultant

FOLLOW FACEBOOK & INSTAGRAM AINI :

FB : NUR'AINI AZHAR
IG : aini.maryk

Sunday 15 June 2014

My Precious Time

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu.


Macam dijanjikan, last entry Aini ada cakap nak flashback masa Baby AS dilahirkan. Actually dah ada dalam draft dah dari 16/6/2014 lagi. haha. Baru teringat nak update. Adeh! Maaf kawan2. Jom throwback kisah 8 bulan lepas. 🙈 Now anak iols dah besar panjang dah. 8 bulan. hihi.

Permata hati ibu

Malam tu Aini punya la dok menyembang sakan dengan ayah, mak ngan suami. Tiba-tiba rasa macam ada cecair mengalir. haha. Bila check ingatkan air 'syi syi' rupa-rupanya air ketuban. Aini tau pun sebab Aini menjerit panggil mak datang tengok. Punya la tak tahu bezakan air syi syi dengan air ketuban. haha. Bila bagitau suami dengan ayah, diorang punya la panik sampaikan suruh admit hospital balik. Tuan badan rilex je sebab dah fobia kena admit before ni. Boring tahap melampau dok terperap dalam bilik tu. haha. Aini decide tak nak admit lagi sebab leaking sikit je. Suami memang tak boleh tido la malam tu sebab risau tapi Aini hentam tido je. Act as nothing happen. hehe. Bila fikir balik macam hero giler, boleh ibu buat tak tau. Sorry Ammara Sofea.

Masa Subuh tu leaking lagi tapi kali ni basah sampai kena tilam. So this time memang nekad nak pegi hospital sebab takut baby lemas. Sebab search kt google memang possibility baby lemas tinggi if air ketuban leaking. Tapi still tunggu sampai azan Subuh berkumandang. Lepas solat Subuh, suami terus pecut ke Pusrawi. 

Pukul 6:30 am, Aini admit di Pusrawi dan terus masuk dalam labour room. Macam biasa nurse masuk untuk buat CTG. Contraction selang 15 minit lagi time tu cuma air ketuban still leaking. Kebetulan Dr. Fidak ada kursus di Shah Alam so nurse-nurse la yang take care Aini pagi tu. Hari tu memang Aini minta makan macam-macam. Al-maklum la nak berpantang selama 44 hari. hihi. Nanti kempunan pulak tengok orang lain makan.

Pukul 9:30 pm tu baru Dr. Fidak sampai dan dia terus check bukaan. Still bukaan Aini 2 cm. Dr cakap lambat lagi nak bersalin ni. huhu. Dr suggest masukkan air je kalau nak cepatkan bukaan. Aini discuss dengan mak dulu sebab cuak. Then Aini decide masukkan air je. Mak cakap sakit sama je cuma cepat atau lambat je bezanya. Pukul 10:30 pm, Dr masukkan air dan Dr jangkakan Aini bersalin pukul 3:30 am and above. Dia cakap anak sulung lambat sikit. Siap Dr balik rumah lagi tukar baju tidur. haha. Comel betul Dr ni. 😘 Pukul 11:15 pm, Aini dah start rasa sakit dan masa tu contraction makin kerap. Disebabkan suami tak sampai hati tengok Aini sakit lama, so dia decide suruh ambil suntikan Epidural. Terharu iols. huhu. Lagipun time sakit nak bersalin tu nurse check Aini demam. 39 darjah celcius tau. Time tu tak fikir dah demam, fikir sakit nak bersalin je. 

Doktor pakar yang suntik Epidural tu cakap, Aini akan rasa kebas 30 minit selepas ambil suntikan tu. Tak sampai 15 minit Aini dah rasa kebas. Doktor tu terkejut sebab cepat sangat. haha. Pukul 1:15 am, Aini rasa nak meneran dah. Sepatutnya bila dah kena suntikan Epidural tu memang tak akan rasa pape tapi Aini rasa. Doktor memang terkejut beruk la kan. haha. Memang lawak la time tu. Tapi Dr. Fidak cakap bagus juga Aini dapat rasa meneran tapi tak rasa sakit. Senang proses nak bersalin tu. Syukur Alhamdulillah!

Alhamdulillah, tepat 2:07 am pada 28 April 2014, Aini selamat melahirkan puteri tercinta, Ammara Sofea binti Ahmad Fikri. Aini dan suami bersyukur tak terhingga. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan yang diberikan kepada kami suami isteri. 

Ibu love u sayang! 💋

Saat melahirkan Ammara Sofea adalah saat yang paling indah bagi Aini dan suami. Moment tu tak akan Aini lupakan. Sekarang baru Aini tahu perasaan seorang ibu. huhu. Bau fresh syurga tu sampai sekarang Aini teringat. Heaven sangat!

Sama tak macam muka ibu? hehe.

Next entry Aini update bila ada masa ye. Thank you and love u all! 😘





Friday 13 June 2014

Our Precious One, Ammara Sofea

Assalamualaikum.

Sebulan lebih tak berupdate blog ni sebab Aini berada dalam tempoh berpantang. Alhamdulillah sekarang sudah masuk 47 hari :) Ni pun Aini curi-curi update sebab anak tengah tido. Kejap lagi berjaga la tu mintak susu. haha. Alamak! Baru cakap dah jaga dah anak. Jap ye! huhu.

......

.................


Ok, dah boleh continue mengarang balik. Anak dah tido. haha.


Time ni fresh dari ladang tau. hehe. Tapi nurse lapkan dulu la air ketuban yg melekat dekat baby.


Last post Aini dah bagitau nama anak kan. Aini dengan suami berpakat namakan Baby AS sebagai Ammara Sofea binti Ahmad Fikri. Nak panggil Ammara boleh Sofea boleh. Nak panggil Baby AS pun boleh. haha. Lebih afdal panggil Ammara Sofea la kan.

Mesti ramai tertanya-tanya nape nama anak kitorang sebijik macam nama anak artis, Eira Syazira tu kan. Cuma ejaan anak dia je lain. Amarra Sofea Ros. haha. Actually semua ni kebetulan je tau. Suami memang dari awal preggy lagi cakap kalau dapat baby boy nak namakan anak sebagai Ammar.Tup2 scan dapat baby girl. Sebab tu la letak nama Ammara. Aini pulak dari dulu lagi memang minat nama Sofea. So bila digabungkan jadilah Ammara Sofea. Tak sangka pulak sama nama dengan anak artis. haha.

Dah settle bab nama, nak cerita balik waktu-waktu nak bersalin macam panjang je. haha.  Sebab sekarang tengah excited melayan anak. Nanti bila ada masa Aini flashback waktu baby AS nak keluar. InsyaAllah next entry kot :)

Aini selamat melahirkan Ammara Sofea masa kandungan 40 minggu 2 hari. Rasa macam cepat je masa berlalu. Rasa macam baru je kahwin and now Aini dengan suami dah ada anak sendiri. Rasa bersyukur sangat-sangat Ya Allah!



Gambar Ammara Sofea dengan maktok lepas keluar dari perut ibu. Before maktok pegang, ibu dah pegang dulu dah. Bau fresh dari oven lagi tau. Bau dari syurga. Ibu tak akan lupa bau tu sayang. Sayu sangat hati ibu bila tengok awak keluar dengan selamat dari perut ibu. huhu.




Time baby keluar dari perut Aini, benda pertama yang Aini nampak ialah rambut baby yang lebat tu. haha. Memang ikut sebijik macam baba dia punya rambut. Bila doktor letak baby atas badan Aini sambil jahit tu, mata baby asyik tengok Aini je. Ya Allah! Betapa gembiranya Aini masa tu. Memang lengkap kehidupan Aini. Dengan suami teman start Aini kena admit sampai la Aini discharge. Memang terharu sangat-sangat. huhu.Thank you suami!





Harta Aini dunia akhirat. sobsob.
Anak manja baba sungguh :)

Agak-agak ikut muka Aini ke suami? haha.




Lepas discharge dari hospital, bermula lah kehidupan Aini sebagai seorang ibu. Totally berubah 360 darjah. haha. Keutamaan sekarang adalah anak. Tanggungjawab Aini sekarang dah terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab sebagai isteri dan tanggungjawab sebagai seorang ibu.


Ammara Sofea baru 21 hari


Masa ni Ammara Sofea baru lepas kena cukur rambut. Bukan main diam lagi time kena cukur dengan bidan tu. Masa nak mandi je bising sikit sebab air sejuk sangat. haha.

Okey lah. Aini continue next time pulak ok. Baby dah bangun. haha.

Tuesday 6 May 2014

Welcome Baby AS!

             Assalamualaikum.

Hari ni genap 9 hari anak ibu lahir di dunia ini. Anak ibu lahir pada 28hb April 2014 jam 2:07 pagi di Hospital Pusrawi. 


Selama ni ibu reveal nama unofficial as Baby As je. Now, ibu nak reveal nama official anak ibu ni. Ibu dengan baba bersepakat namakan anak ibu ni sebagai Ammara Sofea binti Ahmad Fikri. Mesti ramai tertanya-tanya maksud di sebalik nama yang Aini dan suami pilih kan. hihi. Ammara bermaksud seorang yang beriman dan Sofea bermaksud menawan / cantik. 

Nak tengok gambar baby? hehe. Nanti Aini upload ye tapi bukan sekarang. InsyaAllah bila baby dah mencecah umur 40 hari. Kalau tak sabar jugak nak tengok, jemput lah datang melawat Aini ye. haha.

Ok lah. Aini update sampai sini sahaja. Al-maklum la bila ada anak ni. Ni pun curi-curi update time baby tidur. haha. Kejap lagi bila baby jaga, memang nak full perhatian dari ibu dia je. Manja betul anak ibu ngan baba ni.

See u all next entry :)

Saturday 26 April 2014

260414 Due Date??

Assalamualaikum.

Apa aktiviti korang hujung minggu ni? Mesti keluar jalan-jalan dengan family tercinta kan. Aktiviti Aini? huhu. Aini kena kuarantin stay kat rumah je. Kalau ikutkan hati memang nak terbang pergi Shah Alam dah hari ni sebab ada expo baby kat SACC. Tapi terhalang dek suami and ayah. haha. Untuk pengetahuan korang, hari ni kandungan Aini genap 40 weeks dah.


Tiap-tiap hari ibu awak kerja counting days guna apps ni je lah. Excited tau! hihi :)

Mesti ramai yang tertanya-tanya samada baby dah keluar ke belum. Betul tak? haha. Baby AS ni saja nak main tuk cak tuk cak dengan semua orang, tambah-tambah dengan ibu dia ni. huhu. Dari last week dah ada tanda-tanda baby nak keluar tapi tak keluar-keluar lagi. Sampaikan semalam suami dengan ayah suruh pergi Pusrawi dah sebab Aini tumpah darah. Panik diorang kalah Aini. Walaupun tahu Aini dah call Dr. Fidak awal-awal tanya samada necessary ke nak pergi hospital. Doktor cakap normal sebab pagi tu Aini baru lepas buat VE and doktor cakap dah bukak 3cm. Cuma kena tunggu beberapa hari je lagi untuk baby keluar. Alhamdulillah setakat sekarang baby semua ok and doktor cakap tak payah induce pun even dah sampai due date. hihi. Syukur Alhamdulillah!

Doktor sarankan rehat kat rumah je sebab kalau Aini pergi semalam memang confirm-confirm kena tahan dalam wad sampai dah deliver. Bosan kot kena tahan dalam wad. Bukan boleh buat apa pun. Nak makan pape pun terhad. haha. Cuma kalau tumpah darah sekali lagi, baru doktor suruh pergi hospital. Alhamdulillah sampai sekarang tak ada lagi tumpah darah. Sekarang ni Aini cuma tunggu air ketuban pecah je tak pun baby kurang gerak < 9 kali dalam masa 12 jam. 


Ni result CTG yang Aini buat semalam. Graf yang atas tu heartbeat baby dan graf yang bawah tu kekerapan contraction Aini.

Baby tak puas lagi kot stay dalam tommy ibu dia tapi ibu dengan baba dia pulak yang tak sabar sangat nak tengok in real life. haha. Ayahwan dia lagi la excited sampaikan sanggup datang dari Kedah semata-mata nak tunggu cucu dia keluar. Kira setiap minggu la ulang-alik dari Kedah ke KL ni. Thank you ayahwan! hihi. Maktok, nekma, tok ayah, ayah & mak menakan dia pun excited jugak tunggu baby keluar. Cepat keluar ye baby. Ramai yang tunggu awak keluar ni. haha.


Perut Aini bukan besar macam dalam gambar ni tau. Ada alat untuk CTG dekat perut tu. Sebab tu nampak besar semacam je. haha

Sekali lagi Aini mohon doa dari kalian semua. Semoga Aini dan baby dipermudahkan dalam segala urusan dan selamat semuanya. Amin. Jikalau Aini ada buat salah silap atau ada sakitkan hati sesiapa dengan sengaja ataupun tidak sengaja, minta dimaafkan. Jikalau Aini ada terhutang something, minta dihalalkan ='(