Saturday 26 April 2014

260414 Due Date??

Assalamualaikum.

Apa aktiviti korang hujung minggu ni? Mesti keluar jalan-jalan dengan family tercinta kan. Aktiviti Aini? huhu. Aini kena kuarantin stay kat rumah je. Kalau ikutkan hati memang nak terbang pergi Shah Alam dah hari ni sebab ada expo baby kat SACC. Tapi terhalang dek suami and ayah. haha. Untuk pengetahuan korang, hari ni kandungan Aini genap 40 weeks dah.


Tiap-tiap hari ibu awak kerja counting days guna apps ni je lah. Excited tau! hihi :)

Mesti ramai yang tertanya-tanya samada baby dah keluar ke belum. Betul tak? haha. Baby AS ni saja nak main tuk cak tuk cak dengan semua orang, tambah-tambah dengan ibu dia ni. huhu. Dari last week dah ada tanda-tanda baby nak keluar tapi tak keluar-keluar lagi. Sampaikan semalam suami dengan ayah suruh pergi Pusrawi dah sebab Aini tumpah darah. Panik diorang kalah Aini. Walaupun tahu Aini dah call Dr. Fidak awal-awal tanya samada necessary ke nak pergi hospital. Doktor cakap normal sebab pagi tu Aini baru lepas buat VE and doktor cakap dah bukak 3cm. Cuma kena tunggu beberapa hari je lagi untuk baby keluar. Alhamdulillah setakat sekarang baby semua ok and doktor cakap tak payah induce pun even dah sampai due date. hihi. Syukur Alhamdulillah!

Doktor sarankan rehat kat rumah je sebab kalau Aini pergi semalam memang confirm-confirm kena tahan dalam wad sampai dah deliver. Bosan kot kena tahan dalam wad. Bukan boleh buat apa pun. Nak makan pape pun terhad. haha. Cuma kalau tumpah darah sekali lagi, baru doktor suruh pergi hospital. Alhamdulillah sampai sekarang tak ada lagi tumpah darah. Sekarang ni Aini cuma tunggu air ketuban pecah je tak pun baby kurang gerak < 9 kali dalam masa 12 jam. 


Ni result CTG yang Aini buat semalam. Graf yang atas tu heartbeat baby dan graf yang bawah tu kekerapan contraction Aini.

Baby tak puas lagi kot stay dalam tommy ibu dia tapi ibu dengan baba dia pulak yang tak sabar sangat nak tengok in real life. haha. Ayahwan dia lagi la excited sampaikan sanggup datang dari Kedah semata-mata nak tunggu cucu dia keluar. Kira setiap minggu la ulang-alik dari Kedah ke KL ni. Thank you ayahwan! hihi. Maktok, nekma, tok ayah, ayah & mak menakan dia pun excited jugak tunggu baby keluar. Cepat keluar ye baby. Ramai yang tunggu awak keluar ni. haha.


Perut Aini bukan besar macam dalam gambar ni tau. Ada alat untuk CTG dekat perut tu. Sebab tu nampak besar semacam je. haha

Sekali lagi Aini mohon doa dari kalian semua. Semoga Aini dan baby dipermudahkan dalam segala urusan dan selamat semuanya. Amin. Jikalau Aini ada buat salah silap atau ada sakitkan hati sesiapa dengan sengaja ataupun tidak sengaja, minta dimaafkan. Jikalau Aini ada terhutang something, minta dihalalkan ='(

No comments:

Post a Comment