Friday 4 April 2014

List Keperluan Ibu dan Baby AS

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.


Rasa macam kerap pulak Aini update blog kan. haha. Takut baby tak sabar keluar je. Nanti dalam pantang memang berhabuk la blog Aini ni. Sebab tu pantang ada masa terluang je Aini update terus. Takut ramai tertunggu-tunggu especially untuk entry kali. Entry kali ni paling excited Aini nak update. Sebab before ni hanya mampu baca checklist keperluan mommy to be yang lain. Maunya tak excited sebab kali ni diri sendiri yang update. haha. Tambah-tambah ni adalah 1st pengalaman preggy and 1st baby pulak tu. Mesti lah ibu dia excited terlampau. hihi.

Barang-barang baby and Aini yang nak bawak pergi hospital Alhamdulillah dah lengkap cuma yang sampingan-sampingan tu je yang tak lengkap lagi. Macam baby cot, stroller, breastpump and etc. Bukan tak penting tapi Aini dengan suami nak tunggu hujung bulan ni. Suami dapat bonus oiiii! Boleh melaram lebih sikit. Lawak je sayang tapi kalau betul pun apa salahnya. hihi. 

Suami dah pesan awal-awal, beli barang-barang baby time kandungan dah masuk 7 bulan. Lagipun baby AS kitorang ni pemalu sikit. Time 7 bulan baru tau jantina dia. Before ni asyik sorokkan je. haha. Tak best tau shopping barang baby tanpa tahu jantina dia. Mostly barang baby Aini tunggu masa expo baby sebab harga memang murah dari kebiasaan. Jimat duit and boleh beli banyak sikit. haha. Tu pun sampai sekarang rasa macam barang baby ada je yang tak cukup. Ibu dia rambang mata tiap-tiap kali pergi shopping mall. haha. Sekarang ni mesti WAJIB masuk kedai yang jual barangan baby. Pastu mula la merengek dekat suami nak beli. Nasib baik suami bukan jenis ikut semua kehendak yang wife dia ni nak, kalau tak memang satu pembaziran la. Sebab baby cepat membesar kan. Suami cakap tunggu baby keluar baru best kalau nak shopping barang sampingan lain. Amboiiiiii! Dia pulak excited nak membeli. haha.


Nampak tak betapa berisinya Aini. huhu.

Jadi, yang ni lah senarai keperluan barang-barang ibu dan baby di mana Aini ada refer dari mommy to be yang lain dan sendiri punya akal fikiran. Kalau korang nak copy paste pun takpe :)


Keperluan Baby AS 

1. Pakaian
  • Baju lengan panjang
  • Baju lengan pendek
  • Baju lubang-lubang
  • Seluar panjang
  • Rompers and jumpsuit
  • Mittens and booties
  • Topi
  • Bedung
  • Barut
  • Kain lampin
  • Sapu tangan

Ni antara baju yang Aini beli dan baju yang kawan-kawan bagi as hadiah kawen dulu. 

Ni antara koleksi topi, rompers, mittens & booties yang Aini sempat grab.

Nampak tak barut yang banyak-banyak tu? 5 helai je yang Aini beli, yang lain semua hadiah dari classmate UiTM Aini :) The rest tu adalah towel, blanket and bedung berzip.

2. Baby Care and Grooming

  • Towel
  • Besen mandi
  • Bakul untuk baju kotor/lampin
  • Detergent baby
  • Set mandian dan grooming
  • Cotton bud
  • Pengepit kuku
  • Kapas
  • Tissue wipe
  • Nappy cream
  • Pampers
  • Changing mat

Yang ni set mandian untuk newborn baby. Aini pilih set Tropika sebab mostly feedback dari customer cakap produk ni bagus untuk kulit baby yang sensitif.  Kalau berminat boleh pergi usya di sini.


3. Nursering (tempat baby tidur)
  • Baby cot
  • Set tilam kekabu
  • Blanket
  • Kelambu

Macam best je kalau baby cot macam ni. hehe. Pic credit to here.
Set tilam kekabu ni Aini beli dekat sini. 100% original kekabu tau :)


4. Feeding
  • Breast Pump
  • Botol susu
  • Bottle Sterilizer
  • Berus pembersih botol
  • Nipple cream
  • Nursing pad (washable & disposal)
  • Cooler set bag
  • Nursing pillow
  • Nursing bra
  • Termos

Untuk breastpump memang Aini dah cakap dekat suami nak guna Medela Freestyle. hehe


5. Travel & lain-lain
  • Bag baby
  • Baby car seat
  • Stroller
  • Baby carrier
  • Playmat
  • Bouncer Rocker
Stroller memang Aini dengan suami dah decide nak beli jenis SCR Innova Sport ni. Nampak elegent gitu! Plus jual sekali dengan car seat. Boleh guna jugak untuk stroller. Jimat kan? hehe. Yang penting baby boleh facing kita ataupun orang ramai.

Rasanya Aini dengan suami beli Bassinet kot untuk baby lepak-lepak kat bawah. Lagipun baby boleh tidur dengan selesa kalau ibu dia tengah masak. Kalau terjaga je just hinjutkan je benda alah ni. haha. Baby cot confirm-confirm kat atas kan. 



Keperluan Ibu AS 

1. Hospital
  • Buku merah
  • Hp charger / Powerbank
  • Stokin (3-4 pasang)
  • Panties pakai buang
  • Maternity pad
  • Cardigan
  • Selipar toilet
  • Baju extra (senang yang berbutang)
  • Kain batik (4-5 helai)
  • Buku, Al-Quran
  • Toiletries 
  • Buku nota dan pen
  • Makanan (biskut, milo)

2. Berpantang
  • Set bersalin
  • Pati ikan haruan

Set berpantang confirm-confirm la Aini akan ambil set Tanamera dengan set Shaklee. Kalau nak beli produk Tanamera ni boleh pergi sini. Kalau untuk set Shaklee pulak boleh pm Aini terus di 019-6580309.

Aini stop kat sini dulu ye sebab nak pergi siap-siap. Nak dating ngan suami jap. hihi. Ibu buyung ni teringin nak makan bubur nasi kat Shah Alam. Nak dekat-dekat bersalin ni kena makan puas-puas dulu.

Bye!

No comments:

Post a Comment