Tuesday 14 May 2013

HIV Test I

Assalamualaikum semua :)

Malam ni tiba-tiba rasa nak cerita pasal HIV Test. Semua orang sedia maklum sapa-sapa yang nak kawen mesti WAJIB ambil test HIV dulu baru boleh proceed dengan borang nikah kan. Aini adalah antara calon yang kena buat test HIV ni. Cuak jugak nak buat sebab Aini ni penakut sikit. hehehe.. So tengahari tadi after kelas, Mr. F ambil Aini dekat UiTM sebab nak pergi test HIV sama-sama dekat Klinik Kementerian Kesihatan Shah Alam Seksyen 7. Before pergi cocok kitorang gi makan-makan dulu (takut Aini pengsan sebab x makan). hahahaha... Lepas dah ready kitorang pun dengan semangatnya pergi la klinik dekat seksyen 7 tu. Tapi kitorang dapat berita kurang baik bila nurse tu cakap kitorang terlambat sikit je sebab untuk sesi petang tu dah full. Rasa kecewa jugak (padahal dalam hati rasa fuuuuhhhhh selamat!) :) Nurse tu cakap setiap pasangan pihak diorang allocate 30 minit. Untuk sesi petang diorang just ambil 5 pasangan je. So nurse tu suggest esok datang awal-awal pagi but we cannot make it because Mr. F kerja esok pagi. huhuhu... Mr. F x putus asa so Mr. F ajak Aini pergi Klinik Kementerian Kesihatan Shah Alam Seksyen 19 pulak. Sekali lagi berita yang kurang baik jugak kitorang dapat (full jugak dekat sana). For the third time 
Mr. F ajak buat dekat klinik swasta terus. hahahaha.. Nampak x betapa semangatnya Mr. F nak buat test HIV :) Bila kitorang sampai kat sana ada sorang akak ni cakap test HIV dah x boleh buat dekat klinik swasta sebab JAKIM dah x bagi. Maybe takut ada pihak yang cuba tipu kot. Mr. F try call Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk dapat confirmation and memang betul akak tu cakap. So kitorang decide nak buat test HIV hari khamis ni and pagi-pagi buta kitorang akan terpacak dekat klinik kerajaan Seksyen 7 tu . hehehe... Kitorang nak buat cepat-cepat sebab nak proceed dengan borang nikah pihak lelaki sebab Aini nak siapkan borang nikah pihak perempuan time Aini balik Kedah 23hb Mei nanti. So memerlukan borang nikah lelaki jugak. Sebab lepas tu Aini dah x balik Kedah sampai hujung bulan Julai nanti. Al-maklum la busy dengan test, final exam, Final Year Project (FYP) bagai :(  Wish me gudluck ye kawan-kawan!




No comments:

Post a Comment