Sunday 16 March 2014

Produk Untuk Kegunaan Selepas Bersalin I

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Bila suami kerja hujung minggu mula la isteri start rasa bosan pulak. haha. Duduk rumah bukannya buat apa sangat pun, lebih kepada rehat, goyang kaki dan online je. Masak pun simple-simple je. Tapi kalau start keluar, memang seharian la berjalan sakan . Nak buat kerja berat2 memang free2 la kena marah dengan suami. Yang peliknya time hujung2 nak bersalin ni la terlebih rajin pulak. Siap nak basuh tandas lagi. Adeh! haha.

Entry kali ni Aini nak share sikit mengenai produk-produk yang Aini akan guna masa berpantang nanti. First, produk Tanamera.  Aini tanya pendapat ramai mummy and mummy to be before beli produk ni. Lagipun Aini ada join group ibu2 dalam fb. hehe.





Disebabkan Aini nak fully bf baby, jadi memang Aini decide awal2 tak nak ambil produk yang ada jamu. Ramai suggest suruh Aini ambil Set Bersalin Tanamera ni termasuk la blogger terkenal, Ibu Fiska Medina. Kalau beli online atau masa normal price, harga set ni RM360 (Semenanjung) dan RM375 (Sabah & Sarawak). 

Aini dengan suami jenis suka pergi expo baby kalau nak borong sakan barang baby. Jimat oiii!  Masa expo baby di KLCC baru2 ni, Aini sempat grab set Tanamera dengan harga yang murah sangat2, RM330. Kebetulan time tu stok set Tanamera habis so bos kedai tu cakap dia sendiri akan COD. Terbaiklah abang! Bukan setakat set Tanamera ni je Aini dengan suami grab, kitorang siap borong set tilam kekabu dan set Tropika untuk baby lagi. haha. Nanti Aini akan update dalam next entry pasal set Tropika ni ok.


Jom Aini terangkan serba sedikit kenapa Aini pilih produk Tanamera ni.



Kotak dia sahaja pun dah menarik perhatian. hehe.


Dalam set ni ada 11 items. Paling best, set ni ada Pre and Postnatal Products. 


PRE AND POSTNATAL PRODUCTS


1) Cold Pressed Virgin Coconut Oil


Manfaat-manfaatnya:
  • Terbukti mampu mencegah, mengurangkan dan memudarkan tanda-tanda rekahan.
  • Sapukan pada bahagian yang cenderung mendapat rekahan: perut, peha, pinggul dan punggung.
  • Kaya dengan antioksidan semulajadi.
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati pada lapisan luar kulit.
  • Berfungsi antiseptik dan melembapkan kulit.
  • Sangat berkesan untuk tumit yang rekah.
  • Membantu mengekalkan tisu-tisu penghubung yang kuat dan kenyal.

2) Brown Formulation Body Soap


Manfaat-manfaatnya:
  • Menanggalkan kulit mati.
  • Meningkatkan peredaran darah dan memperbaiki masalah kulit secara menyeluruh.
  • Berkesan untuk mengeringkan ruam-ruam kulit dan kerengsaan kulit yang ringan.

3) Herbal Massage Oil


Manfaat-manfaatnya:

  • Merangsang peredaran darah.
  • Membantu menyingkirkan toksin dari badan.
  • Membantu melicin dan melembutkan kulit.
  • Menggalakkan pembuangan air berlebihan dan angin dalam badan.
  • Memberi khasiat dan menyegarkan semula kulit dan organ-organ penting dengan cara merangsang pengaliran darah.
  • Membantu sistem limfa untuk menyingkirkan bahan-bahan buangan di seluruh badan.

4) Herbal Massage Oil


Manfaat-manfaatnya:
  • Melegakan minda dan otot yang tegang.
  • Menenangkan tekanan emosi dan membantu tidur lebih nyenyak.
  • Menyegarkan dan menyerikan perasaan, meredakan kemarahan dan kegelisahan.
  • Digunakan secara tradisional untuk melegakan masalah migrain, sakit kepala, kemurungan, kegelisahan, gangguan emosi, ketakutan dan kelesuan.


POSTNATAL PRODUCTS


1) Feminine Herbal Wash


Manfaat-manfaatnya:

  • Sesuai digunakan selepas bersalin baik secara normal mahupun secara pembedahan.
  • Bersalin secara normal: Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan.
  • Bersalin secara pembedahan: Berfungsi anti bakteria dan membantu membersihkan bahagian genital yang mengalami pendarahan selepas melahirkan anak.
  • Kaya dengan minyak pati untuk melegakan ketidakselesaan yang timbul dari luka jahitan pada bahagian genital dengan segera.
  • Berfungsi anti keradangan bagi membantu mengurangkan kebengkakkan dan mempercepatkan proses penyembuhan bahagian genital.
  • Mengecutkan tisu-tisu organ pembiakan dan menyahbau.
  • Menggalakkan penegangan otot-otot bahagian genital.

2) Herbal Bath


Manfaat-manfaatnya:

  • Kaya dengan minyak pati yang berkesan untuk menyegarkan dan menenangkan badan.
  • Melegakan otot-otot yang lesu dan tegang.
  • Menyahbau badan.
  • Mengandungi bahan yang bersifat anti keradangan.

3) Herbal Tea


Manfaat-manfaatnya:

  • Merangsang pembuangan darah beku dari rahim sepanjang tempoh pendarahan selepas bersalin.
  • Mengurangkan keradangan pada bahagian rahim dan bahagian genital.
  • Memanaskan badan dan menggalakkan peredaran darah.
  • Melegakan masalah sembelit.

4) Firming Herbal Blend Paste


Manfaat-manfaatnya:

  • Menguatkan dan menegangkan otot-otot perut.
  • Mengurangkan air berlebihan dalam badan.
  • Menegangkan kulit perut yang kendur.
  • Merangsang pengaliran darah ke bahagian perut.
  • Mengurangkan cacat cela dan tompok-tompok gelap yang mungkin timbul pada perut.

5) Abdominal Wrap / Bengkung


Manfaat-manfaatnya:

  • Rahsia untuk mendapat bentuk badan asal selepas bersalin.
  • Direka untuk mudah dipakai, dengan kain kapas yang tidak luntur dan lembut untuk keselesaan memakai sehingga 24 jam.
  • Direka bentuk untuk memberi mengemaskan perut yang kendur.
  • Memberi sokongan dari bawah dada hingga ke bawah punggung.
  • Membantu mengeluarkan angin dan takungan air berlebihan, menyembuh dan menegangkan otot perut.
  • Menggalakkan pengecutan rahim supaya pulih seperti sebelum hamil.
  • Menyokong postur belakang supaya tidak membongkok semasa menyusukan bayi.
  • Disyorkan pemakaian bengkung sekurang-kurangnya 12 jam setiap hari, dari hari pertama lepas bersalin sehingga ke hari 30 (sekurang-kurangnya).
  • Untuk ibu yang bersalin secara pembedahan, gunakan bengkung selepas jahitan kering dan sembuh, kebiasaannya selepas 14 hari.

6) Calming Herbal Blend Paste - 4 sachets x 2g


Manfaat-manfaatnya:

  • Mengurangkan rasa mengantuk atau letih.
  • Mengembalikan keseimbangan minda, menajamkan pemikiran dan memberikan rasa ketenangan.
  • Mencegah / meredakan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian mata akibat kekurangan tidur.
  • Menyegarkan minda.

7) Boreh Body Scrub - 4 sachets x 20gm


Manfaat-manfaatnya:

  • Mengurangkan air berlebihan dalam badan.
  • Menyegarkan dan menguatkan kembali otot-otot yang lesu,
  • Mengurangkan tompok-tompok gelap di sekitar bahagian perut dan ketiak.
  • Merangsang peredaran darah.

Haaaaa, best kan? Murah pun murah! Tradisional pun tradisional! haha. Kalau nak beli tungku herba dari Tanamera pun ada. Aini tak beli sebab Aini guna tungku turun temurun. hihi.

Nak tahu lebih lanjut pasal set ni, korang boleh like facebook abang ni.   Jadi, sesiapa yang berminat nak beli set ni dekat abang ni, pergi serbu page dia.  Bermacam-macam produk dan keperluan untuk ibu dan baby yang abang ni jual.  :)

Facebook :     Keperluan Ibu Berpantang


Produk kedua yang Aini akan guna selepas bersalin, Aini akan update dalam next entry ye. Panjang sangat entry kali ni :)


Saturday 15 March 2014

Happy 3rd Trimester

Assalamualaikum.

Alhamdulillah! Aini dah berjaya melepasi 1st and 2nd trimester yang sangat challenging tu dengan jayanya. Sekarang Aini dah genap 34 weeks. Yay! Means ada masa lagi dalam sebulan je lagi mengandung sebelum nak deliver :) Cepatnya Ya Allah! Rasa macam baru semalam je Aini pregnant tau. huhu. Kalau duduk sorang-sorang dekat rumah rasa macam tak nak kasi baby keluar lagi sebab nanti mesti rindu time preggy. haha. Boleh ke fikir macam tu? But bila berdua dengan suami rasa excited pulak nak tunggu baby keluar. Pelik-pelik kan? Paling best time pregnant ni, ramai sangat yang concern tentang kita. hihi. Best tau = P Tambah-tambah suami dengan both family. Apa yang kita nak makan mesti ditanggung bereh. Walaupun kadang-kadang nak makan benda yang manis-manis and berperisa chocolate. Selalunya suami la jadi mangsa (but kena dengar ceramah dulu dari dia before dapat). haha. But, kenangan manis semua ni. Time pregnant je rasa macam boleh mengada-ngada lebih sikit. Sebab pembawakan baby kot = P




Agak-agak jantina baby? heeeeee


Sekarang, pergerakan baby memang aktif sangat. Selalu sangat nampak perut dok gerak kiri kanan. Nak tergelak pun ada tau. haha. Tak taulah samada tu badan baby atau siku baby atau kaki baby atau apa ke. Amazing sangat. Time baby aktif ni la ambil peluang cakap sorang-sorang dengan baby dalam perut sampaikan suami dah tahu Aini cakap dengan siapa kalau dengar Aini cakap sorang-sorang. haha. Kalau ingat balik time 1st trimester dulu, memang tak percaya Aini boleh harungi dugaan morning sickness tu. Sampai badan jadi lembik dan hb pun selalu rendah. huhu. Time 2nd trimester pulak gejala makan nasi macam orang laki. Kalau ingat balik memang lawak. haha. Harap untuk 3rd trimester ni, Aini dapat harungi dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya. Amin :) Aini juga mengharapkan doa daripada keluarga dan kawan-kawan agar Aini dan baby selamat sehingga saat bersalin nanti: 'D 



Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Amin :'D
Tinggal lagi sebulan je lagi. Doakan Aini dan baby ye.

Dress from  Cala Qisya
Shawl from  ZoraScarf


Aini stop kat sini dulu sebab dah nak masuk waktu Magrib dan nak prepare dinner untuk suami yang tengah bekerja tu. hihi.



Thank you kawan-kawan ibu sebab datang jenguk ibu dan baby (padahal datang nak jenguk baby je) = P
Bulan 9 nanti time ibu sambung Master, baby menyorok dalam beg ibu ye. Time tu giliran baby pulak jenguk aunty semua :)


Next entry, Aini akan update pasal produk untuk kegunaan lepas bersalin dan checklist ibu dan baby. 
Stay tuned!

Saturday 8 March 2014

Pre-Loved To Let Go !

Assalamualaikum semua and Happy Women's Day!




Kali ni Aini punya entry lain sikit dari before-before ni. Sempena Hari Wanita Sedunia, hari ni Aini akan update beberapa helai tudung awnings untuk wardrobe clearance :) Bukan Aini punya tudung tetapi akak ipar Aini punya tudung. Aini tolong sahaja. Hehe.

Untuk mengelakkan kekeliruan sebelum nak order, Aini list kan beberapa perkara ye :

  • For SERIOUS BUYER only!
  • Pembelian ni, First come, First serve ok.
  • Reservation only 24 hours sahaja!
  • Kesemua koleksi tudung untuk pre-loved sale ni mostly baru pakai beberapa kali sahaja. Akak ipar nak let go sebab abah (ayah mertua) tak berkenan dengan tudung-tudung ni. Huhu.
  • Condition tudung 9/10, jangan risau still in good condition.
  • Kesemua tudung yang akan dijual sudah dicuci sebersih-bersihnya. Letak sabun dengan Softlan banyak-banyak lagi tau. Hehe. (Lawak je)
  • Harga yang dalam gambar ni TERMASUK dengan postage pos laju.

Untuk order, boleh hantar details macam ni pada Aini ye :)

NAMA :
ALAMAT :
NO. PHONE :
CODE TUDUNG :
EMAIL :
dan hantarkan order pada
ainiazhar91@gmail.com


TUDUNG AWNING FAREEDA




CODE 1
RM 95.00



CODE 2
RM 120.00



TUDUNG AWNING ALA-ALA FAREEDA



CODE 3
RM 30.00



CODE 4
RM 30.00


Thursday 6 March 2014

Kehidupan Baru Bersama Orang Ketiga

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip sebuah entry yang memberi seribu makna dalam hidup Aini. Yang ni antara salah satu entry yang bermakna dalam hidup Aini selain entry pasal solemnization day dan majlis resepsi Aini. Entry ni tersimpan lama dah dalam draft, semenjak bulan September tahun lepas lagi. Sekarang Aini rasa masa yang sesuai untuk publish pada semua orang :)

As semua tahu, Aini salah seorang yang berkahwin pada usia remaja dimana dikategorikan as 'kahwin muda'. Bertunang time umur 21 tahun dan dinikahkan pun pada umur 21 tahun. Kalau ikut tahun, time tu umur 22 tahun tapi sebab tak cukup umur lagi dan lagipun dalam sijil nikah memang JAIK tulis umur 21 tahun :) Sebenarnya bukan permintaan Aini untuk menamatkan zaman bujang pada usia muda, tetapi permintaan suami sendiri untuk mengakhiri hubungan kami dengan ikatan yang sah disisi agama. Kalau ikutkan perancangan Aini, selepas habis pengajian Sarjana baru Aini akan fikir pasal kahwin tetapi kita hanya merancang Allah s.w.t yang menentukan. Apa yang boleh Aini gambarkan adalah Alhamdulillah. Totally hidup Aini berubah 360 darjah. Daripada hidup disisi keluarga, kini hidup berdua bersama suami tercinta :) First-first ayah agak keberatan untuk melepaskan anak kesayangan dia ke tangan suami. Sebabnya Aini masih lagi memegang status pelajar sepenuh masa Sarjana Muda dimana Aini akan tamat pengajian pada Januari 2014.  Tetapi niat suci suami akhirnya melembutkan hati ayah. Syukur Alhamdulillah :') 

Dianugerahkan suami yang sangat memahami situasi Aini as student dan dia banyak mengajar Aini erti hidup bersama. Satu pengalaman yang sangat manis apabila diberi peluang untuk hidup bersama orang yang dicintai. Selepas berkahwin, Aini dapat rasa betapa indahnya sebuah perkahwinan yang HALAL disisi Allah s.w.t. Ya Allah! Syukurnya Aini mendapat seorang imam yang selama ni Aini impikan :')




Lepas kami sah menjadi suami isteri, suami ada tanya Aini samada Aini dah bersedia ke nak ada cahaya mata sendiri dalam masa terdekat. Yelah, orang cakap muda lagi nak ada cahaya mata, enjoy dulu berdua dengan suami. Ditambah pula Aini akan menjalani latihan industri. Suami takut Aini x bersedia lagi. Tapi perasaan orang yang dah berkahwin ni lain macam sikit kalau korang nak tahu. InsyaAllah Aini bersedia menimang cahaya mata kalau diizinkan Allah s.w.t. Aini bersedia dari setiap sudut untuk menjadi seorang ibu dan faktor yang paling kuat iaitu sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada suami sendiri. Lagipun, suami memang suka dengan budak-budak. 

Selepas dua minggu kami balik dari honeymoon, Aini tergerak hati untuk check menggunakan pregnancy test yang dihadiahkan oleh classmates Aini as hadiah perkahwinan kitorang. Hahaha. Korang memang lawak ah kasi hadiah macam tu. Malu iols tau time bukak hadiah korang. Tambah-tambah depan suami. Rasa nak lari masuk bilik menyorok bawah katil je. Hahaha. Tiga kali check tetapi keputusan agak mengecewakan. Punya semangat nak ada cahaya mata sendiri. Lagipun Aini punya period tak datang-datang semenjak last period bulan Julai hari tu. Itu yang confident lebih tu. Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu betapa kecewanya Aini. Ok xpe, Aini senyapkan dahulu daripada pengetahuan suami. Mungkin tak ada rezeki lagi kot nak timang cahaya mata. 

Next, kami berdua warming honeymoon pulak di Terengganu. Kebetulan kawan baik Aini kahwin 30 Ogos. Time kenduri tu, Aini makan tapai banyak sangat sampaikan Aini pelik. Bayangkan dekat rumah kenduri Aini hentam makan tapai je. Tapi buat tak tahu je la. Mungkin sebab lama tak makan kot. Nasib dah jadi bini orang je kalau tak kena reject awal-awal dah jadi calon bini. Haha. Selamat Pengantin Baru ye sahabat dunia akhiratku, Nurmadia binti Mohd Talib dan pasangan. Sayang kamu lillahita'ala.




Balik dari Terengganu, Aini ajak suami pergi farmasi Guardian untuk beli Upt Test. Tapi kali ni Aini beli versi 'digital' punya. Penangan tak puas hati punya pasal. Haha. Selamba je beli tanpa rasa segan silu. Hihi. Yang versi digital ni terus keluar dekat screen samada kita pregnant atau tak pregnant. Siap tulis sekali berapa minggu kandungan kita. Aini beli dengan harga RM 29.90. Tapi x de la balik-balik tu terus check, rasa macam gelojoh sangat pulak. Haha. Baca dekat internet, waktu paling sesuai untuk test up ialah pada awal-awal pagi masa bangun Subuh. Punya excited nak test, keesokan paginya Aini bangun punyalah awal. Tapi suami tiada di rumah sebab dia kerja shift malam and dia tak tahu pun Aini nak test pagi tu. Heeeeee. Lepas buat test, Aini biarkan upt tu sekejap dalam bilik then Aini pergi mandi. Suami nak balik kerja katakan. Kena la bagi wangi-wangi sikit :) Lepas je mandi, Aini terus masuk bilik tengok keputusan upt tu. Syukur Alhamdulillah! 




So, inilah hasilnya :')
Aini beli upt digital jenis "Clearblue". Terpapar dekat screen tu 'pregnant, 3+". Means, kalau 3+, kalau check dekat doktor maybe kandungan Aini dalam 4 weeks.

Kalau ikutkan hati, nak je whatsapp gambar tu dekat suami, tapi Aini hold dulu tunggu dia balik rumah. Nak kasi surprise katakan. Hehe. Bila suami masuk je bilik, terus Aini tunjuk keputusan upt tu. Automatic dapat pelukan, ciuman dan ucapan terima kasih daripada suami :') Terpancar muka bahagia suami masa tu. Punya la excited, suami terus bagitau parents dia and Aini terus bagitau parents Aini. Family kitorang suruh pergi check dekat doktor. Empat hari lepas tu baru kitorang pergi check. Alhamdulillah doktor sahkan Aini hamil 4 minggu. Betul cakap orang yang naluri ibu ni selalunya tepat. 



Time ni kandungan dah mencecah 5 bulan.

Now, Aini sudah masuk 32 weeks and sedang berusaha menjaga zuriat Aini dengan penuh kasih sayang. Kalau nak tahu, Aini kena morning sickness sampai kandungan mencecah 4 bulan. Tak boleh makan nasi putih dan bau sabun mandi. Nasi kena berGORENG sahaja dan suami kena gorengkan. Haha. Nampak tak betapa mengadanya. Asyik-asyik muntah je. Bila dah masuk 5 bulan, selera makan Aini makin bertambah pulak. Sampaikan suami pernah tegur, Aini punya kuantiti nasi macam orang lelaki makan. Haha. Nak buat macammana yangg oiiii! Baby pun tumpang sekaki :) But now, bila dah masuk 7 bulan, Aini dah start tak boleh makan nasi langsung :'( Tak tahu la sampai bila pulak alah ni. Malam-malam asyik sesak nafas. Mak cakap normal sebab kandungan dah makin besar. InsyaAllah ibu kuat demi anak ibu.


Last but not least, thanks sebab spend masa baca entry Aini kali ni :)
Doakan baby dalam kandungan Aini sihat dan cepat membesar. Doakan Aini juga supaya tiada sebarang masalah sepanjang kehamilan Aini. InsyaAllah Baby AS akan keluar bulan April ni :')