Sunday 16 March 2014

Produk Untuk Kegunaan Selepas Bersalin I

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Bila suami kerja hujung minggu mula la isteri start rasa bosan pulak. haha. Duduk rumah bukannya buat apa sangat pun, lebih kepada rehat, goyang kaki dan online je. Masak pun simple-simple je. Tapi kalau start keluar, memang seharian la berjalan sakan . Nak buat kerja berat2 memang free2 la kena marah dengan suami. Yang peliknya time hujung2 nak bersalin ni la terlebih rajin pulak. Siap nak basuh tandas lagi. Adeh! haha.

Entry kali ni Aini nak share sikit mengenai produk-produk yang Aini akan guna masa berpantang nanti. First, produk Tanamera.  Aini tanya pendapat ramai mummy and mummy to be before beli produk ni. Lagipun Aini ada join group ibu2 dalam fb. hehe.





Disebabkan Aini nak fully bf baby, jadi memang Aini decide awal2 tak nak ambil produk yang ada jamu. Ramai suggest suruh Aini ambil Set Bersalin Tanamera ni termasuk la blogger terkenal, Ibu Fiska Medina. Kalau beli online atau masa normal price, harga set ni RM360 (Semenanjung) dan RM375 (Sabah & Sarawak). 

Aini dengan suami jenis suka pergi expo baby kalau nak borong sakan barang baby. Jimat oiii!  Masa expo baby di KLCC baru2 ni, Aini sempat grab set Tanamera dengan harga yang murah sangat2, RM330. Kebetulan time tu stok set Tanamera habis so bos kedai tu cakap dia sendiri akan COD. Terbaiklah abang! Bukan setakat set Tanamera ni je Aini dengan suami grab, kitorang siap borong set tilam kekabu dan set Tropika untuk baby lagi. haha. Nanti Aini akan update dalam next entry pasal set Tropika ni ok.


Jom Aini terangkan serba sedikit kenapa Aini pilih produk Tanamera ni.



Kotak dia sahaja pun dah menarik perhatian. hehe.


Dalam set ni ada 11 items. Paling best, set ni ada Pre and Postnatal Products. 


PRE AND POSTNATAL PRODUCTS


1) Cold Pressed Virgin Coconut Oil


Manfaat-manfaatnya:
  • Terbukti mampu mencegah, mengurangkan dan memudarkan tanda-tanda rekahan.
  • Sapukan pada bahagian yang cenderung mendapat rekahan: perut, peha, pinggul dan punggung.
  • Kaya dengan antioksidan semulajadi.
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati pada lapisan luar kulit.
  • Berfungsi antiseptik dan melembapkan kulit.
  • Sangat berkesan untuk tumit yang rekah.
  • Membantu mengekalkan tisu-tisu penghubung yang kuat dan kenyal.

2) Brown Formulation Body Soap


Manfaat-manfaatnya:
  • Menanggalkan kulit mati.
  • Meningkatkan peredaran darah dan memperbaiki masalah kulit secara menyeluruh.
  • Berkesan untuk mengeringkan ruam-ruam kulit dan kerengsaan kulit yang ringan.

3) Herbal Massage Oil


Manfaat-manfaatnya:

  • Merangsang peredaran darah.
  • Membantu menyingkirkan toksin dari badan.
  • Membantu melicin dan melembutkan kulit.
  • Menggalakkan pembuangan air berlebihan dan angin dalam badan.
  • Memberi khasiat dan menyegarkan semula kulit dan organ-organ penting dengan cara merangsang pengaliran darah.
  • Membantu sistem limfa untuk menyingkirkan bahan-bahan buangan di seluruh badan.

4) Herbal Massage Oil


Manfaat-manfaatnya:
  • Melegakan minda dan otot yang tegang.
  • Menenangkan tekanan emosi dan membantu tidur lebih nyenyak.
  • Menyegarkan dan menyerikan perasaan, meredakan kemarahan dan kegelisahan.
  • Digunakan secara tradisional untuk melegakan masalah migrain, sakit kepala, kemurungan, kegelisahan, gangguan emosi, ketakutan dan kelesuan.


POSTNATAL PRODUCTS


1) Feminine Herbal Wash


Manfaat-manfaatnya:

  • Sesuai digunakan selepas bersalin baik secara normal mahupun secara pembedahan.
  • Bersalin secara normal: Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan.
  • Bersalin secara pembedahan: Berfungsi anti bakteria dan membantu membersihkan bahagian genital yang mengalami pendarahan selepas melahirkan anak.
  • Kaya dengan minyak pati untuk melegakan ketidakselesaan yang timbul dari luka jahitan pada bahagian genital dengan segera.
  • Berfungsi anti keradangan bagi membantu mengurangkan kebengkakkan dan mempercepatkan proses penyembuhan bahagian genital.
  • Mengecutkan tisu-tisu organ pembiakan dan menyahbau.
  • Menggalakkan penegangan otot-otot bahagian genital.

2) Herbal Bath


Manfaat-manfaatnya:

  • Kaya dengan minyak pati yang berkesan untuk menyegarkan dan menenangkan badan.
  • Melegakan otot-otot yang lesu dan tegang.
  • Menyahbau badan.
  • Mengandungi bahan yang bersifat anti keradangan.

3) Herbal Tea


Manfaat-manfaatnya:

  • Merangsang pembuangan darah beku dari rahim sepanjang tempoh pendarahan selepas bersalin.
  • Mengurangkan keradangan pada bahagian rahim dan bahagian genital.
  • Memanaskan badan dan menggalakkan peredaran darah.
  • Melegakan masalah sembelit.

4) Firming Herbal Blend Paste


Manfaat-manfaatnya:

  • Menguatkan dan menegangkan otot-otot perut.
  • Mengurangkan air berlebihan dalam badan.
  • Menegangkan kulit perut yang kendur.
  • Merangsang pengaliran darah ke bahagian perut.
  • Mengurangkan cacat cela dan tompok-tompok gelap yang mungkin timbul pada perut.

5) Abdominal Wrap / Bengkung


Manfaat-manfaatnya:

  • Rahsia untuk mendapat bentuk badan asal selepas bersalin.
  • Direka untuk mudah dipakai, dengan kain kapas yang tidak luntur dan lembut untuk keselesaan memakai sehingga 24 jam.
  • Direka bentuk untuk memberi mengemaskan perut yang kendur.
  • Memberi sokongan dari bawah dada hingga ke bawah punggung.
  • Membantu mengeluarkan angin dan takungan air berlebihan, menyembuh dan menegangkan otot perut.
  • Menggalakkan pengecutan rahim supaya pulih seperti sebelum hamil.
  • Menyokong postur belakang supaya tidak membongkok semasa menyusukan bayi.
  • Disyorkan pemakaian bengkung sekurang-kurangnya 12 jam setiap hari, dari hari pertama lepas bersalin sehingga ke hari 30 (sekurang-kurangnya).
  • Untuk ibu yang bersalin secara pembedahan, gunakan bengkung selepas jahitan kering dan sembuh, kebiasaannya selepas 14 hari.

6) Calming Herbal Blend Paste - 4 sachets x 2g


Manfaat-manfaatnya:

  • Mengurangkan rasa mengantuk atau letih.
  • Mengembalikan keseimbangan minda, menajamkan pemikiran dan memberikan rasa ketenangan.
  • Mencegah / meredakan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian mata akibat kekurangan tidur.
  • Menyegarkan minda.

7) Boreh Body Scrub - 4 sachets x 20gm


Manfaat-manfaatnya:

  • Mengurangkan air berlebihan dalam badan.
  • Menyegarkan dan menguatkan kembali otot-otot yang lesu,
  • Mengurangkan tompok-tompok gelap di sekitar bahagian perut dan ketiak.
  • Merangsang peredaran darah.

Haaaaa, best kan? Murah pun murah! Tradisional pun tradisional! haha. Kalau nak beli tungku herba dari Tanamera pun ada. Aini tak beli sebab Aini guna tungku turun temurun. hihi.

Nak tahu lebih lanjut pasal set ni, korang boleh like facebook abang ni.   Jadi, sesiapa yang berminat nak beli set ni dekat abang ni, pergi serbu page dia.  Bermacam-macam produk dan keperluan untuk ibu dan baby yang abang ni jual.  :)

Facebook :     Keperluan Ibu Berpantang


Produk kedua yang Aini akan guna selepas bersalin, Aini akan update dalam next entry ye. Panjang sangat entry kali ni :)


No comments:

Post a Comment