Thursday 6 March 2014

Kehidupan Baru Bersama Orang Ketiga

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip sebuah entry yang memberi seribu makna dalam hidup Aini. Yang ni antara salah satu entry yang bermakna dalam hidup Aini selain entry pasal solemnization day dan majlis resepsi Aini. Entry ni tersimpan lama dah dalam draft, semenjak bulan September tahun lepas lagi. Sekarang Aini rasa masa yang sesuai untuk publish pada semua orang :)

As semua tahu, Aini salah seorang yang berkahwin pada usia remaja dimana dikategorikan as 'kahwin muda'. Bertunang time umur 21 tahun dan dinikahkan pun pada umur 21 tahun. Kalau ikut tahun, time tu umur 22 tahun tapi sebab tak cukup umur lagi dan lagipun dalam sijil nikah memang JAIK tulis umur 21 tahun :) Sebenarnya bukan permintaan Aini untuk menamatkan zaman bujang pada usia muda, tetapi permintaan suami sendiri untuk mengakhiri hubungan kami dengan ikatan yang sah disisi agama. Kalau ikutkan perancangan Aini, selepas habis pengajian Sarjana baru Aini akan fikir pasal kahwin tetapi kita hanya merancang Allah s.w.t yang menentukan. Apa yang boleh Aini gambarkan adalah Alhamdulillah. Totally hidup Aini berubah 360 darjah. Daripada hidup disisi keluarga, kini hidup berdua bersama suami tercinta :) First-first ayah agak keberatan untuk melepaskan anak kesayangan dia ke tangan suami. Sebabnya Aini masih lagi memegang status pelajar sepenuh masa Sarjana Muda dimana Aini akan tamat pengajian pada Januari 2014.  Tetapi niat suci suami akhirnya melembutkan hati ayah. Syukur Alhamdulillah :') 

Dianugerahkan suami yang sangat memahami situasi Aini as student dan dia banyak mengajar Aini erti hidup bersama. Satu pengalaman yang sangat manis apabila diberi peluang untuk hidup bersama orang yang dicintai. Selepas berkahwin, Aini dapat rasa betapa indahnya sebuah perkahwinan yang HALAL disisi Allah s.w.t. Ya Allah! Syukurnya Aini mendapat seorang imam yang selama ni Aini impikan :')




Lepas kami sah menjadi suami isteri, suami ada tanya Aini samada Aini dah bersedia ke nak ada cahaya mata sendiri dalam masa terdekat. Yelah, orang cakap muda lagi nak ada cahaya mata, enjoy dulu berdua dengan suami. Ditambah pula Aini akan menjalani latihan industri. Suami takut Aini x bersedia lagi. Tapi perasaan orang yang dah berkahwin ni lain macam sikit kalau korang nak tahu. InsyaAllah Aini bersedia menimang cahaya mata kalau diizinkan Allah s.w.t. Aini bersedia dari setiap sudut untuk menjadi seorang ibu dan faktor yang paling kuat iaitu sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada suami sendiri. Lagipun, suami memang suka dengan budak-budak. 

Selepas dua minggu kami balik dari honeymoon, Aini tergerak hati untuk check menggunakan pregnancy test yang dihadiahkan oleh classmates Aini as hadiah perkahwinan kitorang. Hahaha. Korang memang lawak ah kasi hadiah macam tu. Malu iols tau time bukak hadiah korang. Tambah-tambah depan suami. Rasa nak lari masuk bilik menyorok bawah katil je. Hahaha. Tiga kali check tetapi keputusan agak mengecewakan. Punya semangat nak ada cahaya mata sendiri. Lagipun Aini punya period tak datang-datang semenjak last period bulan Julai hari tu. Itu yang confident lebih tu. Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu betapa kecewanya Aini. Ok xpe, Aini senyapkan dahulu daripada pengetahuan suami. Mungkin tak ada rezeki lagi kot nak timang cahaya mata. 

Next, kami berdua warming honeymoon pulak di Terengganu. Kebetulan kawan baik Aini kahwin 30 Ogos. Time kenduri tu, Aini makan tapai banyak sangat sampaikan Aini pelik. Bayangkan dekat rumah kenduri Aini hentam makan tapai je. Tapi buat tak tahu je la. Mungkin sebab lama tak makan kot. Nasib dah jadi bini orang je kalau tak kena reject awal-awal dah jadi calon bini. Haha. Selamat Pengantin Baru ye sahabat dunia akhiratku, Nurmadia binti Mohd Talib dan pasangan. Sayang kamu lillahita'ala.




Balik dari Terengganu, Aini ajak suami pergi farmasi Guardian untuk beli Upt Test. Tapi kali ni Aini beli versi 'digital' punya. Penangan tak puas hati punya pasal. Haha. Selamba je beli tanpa rasa segan silu. Hihi. Yang versi digital ni terus keluar dekat screen samada kita pregnant atau tak pregnant. Siap tulis sekali berapa minggu kandungan kita. Aini beli dengan harga RM 29.90. Tapi x de la balik-balik tu terus check, rasa macam gelojoh sangat pulak. Haha. Baca dekat internet, waktu paling sesuai untuk test up ialah pada awal-awal pagi masa bangun Subuh. Punya excited nak test, keesokan paginya Aini bangun punyalah awal. Tapi suami tiada di rumah sebab dia kerja shift malam and dia tak tahu pun Aini nak test pagi tu. Heeeeee. Lepas buat test, Aini biarkan upt tu sekejap dalam bilik then Aini pergi mandi. Suami nak balik kerja katakan. Kena la bagi wangi-wangi sikit :) Lepas je mandi, Aini terus masuk bilik tengok keputusan upt tu. Syukur Alhamdulillah! 




So, inilah hasilnya :')
Aini beli upt digital jenis "Clearblue". Terpapar dekat screen tu 'pregnant, 3+". Means, kalau 3+, kalau check dekat doktor maybe kandungan Aini dalam 4 weeks.

Kalau ikutkan hati, nak je whatsapp gambar tu dekat suami, tapi Aini hold dulu tunggu dia balik rumah. Nak kasi surprise katakan. Hehe. Bila suami masuk je bilik, terus Aini tunjuk keputusan upt tu. Automatic dapat pelukan, ciuman dan ucapan terima kasih daripada suami :') Terpancar muka bahagia suami masa tu. Punya la excited, suami terus bagitau parents dia and Aini terus bagitau parents Aini. Family kitorang suruh pergi check dekat doktor. Empat hari lepas tu baru kitorang pergi check. Alhamdulillah doktor sahkan Aini hamil 4 minggu. Betul cakap orang yang naluri ibu ni selalunya tepat. 



Time ni kandungan dah mencecah 5 bulan.

Now, Aini sudah masuk 32 weeks and sedang berusaha menjaga zuriat Aini dengan penuh kasih sayang. Kalau nak tahu, Aini kena morning sickness sampai kandungan mencecah 4 bulan. Tak boleh makan nasi putih dan bau sabun mandi. Nasi kena berGORENG sahaja dan suami kena gorengkan. Haha. Nampak tak betapa mengadanya. Asyik-asyik muntah je. Bila dah masuk 5 bulan, selera makan Aini makin bertambah pulak. Sampaikan suami pernah tegur, Aini punya kuantiti nasi macam orang lelaki makan. Haha. Nak buat macammana yangg oiiii! Baby pun tumpang sekaki :) But now, bila dah masuk 7 bulan, Aini dah start tak boleh makan nasi langsung :'( Tak tahu la sampai bila pulak alah ni. Malam-malam asyik sesak nafas. Mak cakap normal sebab kandungan dah makin besar. InsyaAllah ibu kuat demi anak ibu.


Last but not least, thanks sebab spend masa baca entry Aini kali ni :)
Doakan baby dalam kandungan Aini sihat dan cepat membesar. Doakan Aini juga supaya tiada sebarang masalah sepanjang kehamilan Aini. InsyaAllah Baby AS akan keluar bulan April ni :')



No comments:

Post a Comment