Thursday 3 April 2014

Produk Untuk Kegunaan Selepas Bersalin II

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan dalam last entry, this time Aini akan update untuk produk kedua yang Aini akan guna selepas bersalin nanti :) Maaf sebab lambat update. Al-maklum lah sekarang ni Aini dah masuk 9 bulan. Tengah tunggu masa je ni. Haha. Kalut prepare untuk last preparation before baby keluar. Excited pulak rasa!




Masa berpantang lah masa paling mencabar, jadi kena pandai pilih set bersalin mana yang bagus. Bukan senang nak berjaga malam, dalam keadaan badan yang sakit dan menyusukan anak. Tambah-tambah kalau baby nak dengan ibu dia je. Perrrghhhhh!

Jadi, untuk produk kedua ni of course Aini akan pilih produk Shaklee. Dari zaman anak dara sampai la dah jadi mak budak, Aini still akan consume Shaklee. Cewaaaahhhhh! Kenapa Aini pilih set Shaklee? Semua produknya senang dimakan dan kesannya insyaAllah serta merta. Semuanya vitamin dari sumber semulajadi tau, bukan ubat bukan jamu. Lepas dua minggu selepas bersalin dah boleh consume.

Kalau ambil jamu, susu badan kita akan panas dan anak akan cirit-birit dan senang kena jaundis. Set Shaklee tak macam tu dan sebab tu ramai yang consume Shaklee. Set bersalin ni sama je dengan set kehamilan. Badan Aini sangat cergas and sometimes rasa macam tak mengandung je. Boleh ke rasa macam tu? haha :') Syukur atas rezeki kesihatan yang Allah S.W.T. beri kat Aini. Walaupun Aini dah 9 bulan preggy, still ada orang tak percaya. Jalan-jalan and dating dengan suami kat shopping mall bukan macam orang mengandung 9 bulan. haha. Mungkin faktor peyut Aini yang comel je kot :)



Antara set bersalin yang boleh diambil.

Makan dari awal mengandung sampai berpantang masih makan produk yang sama. Tak perlu tukar pun cuma perlu tambah Zinc Complex, Lechitin dan Alfalfa je. Yang lain maintain sama. Haaaaaaa, multipurpose dan jimat kan? :) Lepas pantang, boleh consume terus as set keluarga sihat. Kepada ibu-ibu di luar sana yang nak bf baby sampai umur 2 tahun, korang boleh maintain consume set ni sebab boleh banyakkan susu and yang paling best boleh kembalikan tubuh badan kita macam sebelum mengandung dulu. Tergodakan? haha.

Cara makan pun tak banyak beza dengan waktu biasa. Just telan pil sahaja, tak perlu susah-susah reneh akar kayu dan minum pati haruan yang bau hamis tu. Naik kembang pulak tekak Aini. huhu.

Jom Aini kongsi cara makan set berpantang Shaklee ni :


Cara Makan Set Berpantang Shaklee


1. Pagi

  • Bangun tidur (masa perut kosong), ambil Zinc Complex untuk penyerapan maksimum. Elakkan makan bersama makanan dan minuman bersusu.
  • Kemudian, sebelum sarapan, minum ESP dua sudu besar dicampurkan bersama minuman kegemaran (seperti susu Dutchlady Strawberry atau Choc). Jangan guna air panas, bergas/berkarbonat dan berkafein (seperti kopi dan teh). 
  • Selepas sarapan (1 jam selepas sarapan), ambil B-Complex satu biji. Jika badan berasa sangat letih, baru ambil dua biji. Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, patahkan pil dan makan.
  • Jangan lupa minum air masak 3 liter sehari :)

2. Tengahari


  • Selepas lunch, ambil Vita-C satu biji. 
  • Ambil Vita-Lea satu biji. Jangan diambil bersama produk tenusu.
  • Sekiranya hendak menambahkan susu badan, ambil Lechitin dan Alfalfa Complex

3. Malam

  • Ambil Ostematrix empat biji untuk keperluan harian (kalsium). Pengeluaran susu badan akan ambil kalsium dari tulang dan gigi. Jadi, ibu-ibu memang kena makan Ostematrix ni. Kalau tidak gigi akan rosak dan tulang belakang akan sakit.
  • Boleh kena osteoprosis tau. Ostematrix sangat bagus untuk atasi masalah sembelit.
  • Kenapa kita sembelit masa hamil dan selepas bersalin? Hormon progestron akan membuatkan usus kita beroperasi lebih cekap. Air dan zat akan diserap dalam usus untuk bekalan ibu dan anak bagi penghasilan susu.


InsyaAllah kalau ikut cara makan yang Aini syorkan ni, badan akan cergas bertenaga. Luka jahitan semasa bersalin pun akan cepat sembuh luar dan dalam kerana zink diserap dengan maksimum. Baju zaman dulu-dulu pun still boleh pakai lagi. Jimat duit suami kan. hehe.

Untuk bulan April ni, Ostematrix ada promotion tau. Bestkan? Apa tunggu lagi! Jom grab cepat-cepat before stok habis :)


Perlukan nasihat dan pandangan? Nak order? Boleh cepat-cepat whatsapp/sms/email Aini :

Whatsapp/Call : 019-6580309
Email : nuraini.azhar91@gmail.com
SID : 1093402


No comments:

Post a Comment