Sunday 15 June 2014

My Precious Time

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu.


Macam dijanjikan, last entry Aini ada cakap nak flashback masa Baby AS dilahirkan. Actually dah ada dalam draft dah dari 16/6/2014 lagi. haha. Baru teringat nak update. Adeh! Maaf kawan2. Jom throwback kisah 8 bulan lepas. 🙈 Now anak iols dah besar panjang dah. 8 bulan. hihi.

Permata hati ibu

Malam tu Aini punya la dok menyembang sakan dengan ayah, mak ngan suami. Tiba-tiba rasa macam ada cecair mengalir. haha. Bila check ingatkan air 'syi syi' rupa-rupanya air ketuban. Aini tau pun sebab Aini menjerit panggil mak datang tengok. Punya la tak tahu bezakan air syi syi dengan air ketuban. haha. Bila bagitau suami dengan ayah, diorang punya la panik sampaikan suruh admit hospital balik. Tuan badan rilex je sebab dah fobia kena admit before ni. Boring tahap melampau dok terperap dalam bilik tu. haha. Aini decide tak nak admit lagi sebab leaking sikit je. Suami memang tak boleh tido la malam tu sebab risau tapi Aini hentam tido je. Act as nothing happen. hehe. Bila fikir balik macam hero giler, boleh ibu buat tak tau. Sorry Ammara Sofea.

Masa Subuh tu leaking lagi tapi kali ni basah sampai kena tilam. So this time memang nekad nak pegi hospital sebab takut baby lemas. Sebab search kt google memang possibility baby lemas tinggi if air ketuban leaking. Tapi still tunggu sampai azan Subuh berkumandang. Lepas solat Subuh, suami terus pecut ke Pusrawi. 

Pukul 6:30 am, Aini admit di Pusrawi dan terus masuk dalam labour room. Macam biasa nurse masuk untuk buat CTG. Contraction selang 15 minit lagi time tu cuma air ketuban still leaking. Kebetulan Dr. Fidak ada kursus di Shah Alam so nurse-nurse la yang take care Aini pagi tu. Hari tu memang Aini minta makan macam-macam. Al-maklum la nak berpantang selama 44 hari. hihi. Nanti kempunan pulak tengok orang lain makan.

Pukul 9:30 pm tu baru Dr. Fidak sampai dan dia terus check bukaan. Still bukaan Aini 2 cm. Dr cakap lambat lagi nak bersalin ni. huhu. Dr suggest masukkan air je kalau nak cepatkan bukaan. Aini discuss dengan mak dulu sebab cuak. Then Aini decide masukkan air je. Mak cakap sakit sama je cuma cepat atau lambat je bezanya. Pukul 10:30 pm, Dr masukkan air dan Dr jangkakan Aini bersalin pukul 3:30 am and above. Dia cakap anak sulung lambat sikit. Siap Dr balik rumah lagi tukar baju tidur. haha. Comel betul Dr ni. 😘 Pukul 11:15 pm, Aini dah start rasa sakit dan masa tu contraction makin kerap. Disebabkan suami tak sampai hati tengok Aini sakit lama, so dia decide suruh ambil suntikan Epidural. Terharu iols. huhu. Lagipun time sakit nak bersalin tu nurse check Aini demam. 39 darjah celcius tau. Time tu tak fikir dah demam, fikir sakit nak bersalin je. 

Doktor pakar yang suntik Epidural tu cakap, Aini akan rasa kebas 30 minit selepas ambil suntikan tu. Tak sampai 15 minit Aini dah rasa kebas. Doktor tu terkejut sebab cepat sangat. haha. Pukul 1:15 am, Aini rasa nak meneran dah. Sepatutnya bila dah kena suntikan Epidural tu memang tak akan rasa pape tapi Aini rasa. Doktor memang terkejut beruk la kan. haha. Memang lawak la time tu. Tapi Dr. Fidak cakap bagus juga Aini dapat rasa meneran tapi tak rasa sakit. Senang proses nak bersalin tu. Syukur Alhamdulillah!

Alhamdulillah, tepat 2:07 am pada 28 April 2014, Aini selamat melahirkan puteri tercinta, Ammara Sofea binti Ahmad Fikri. Aini dan suami bersyukur tak terhingga. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan yang diberikan kepada kami suami isteri. 

Ibu love u sayang! 💋

Saat melahirkan Ammara Sofea adalah saat yang paling indah bagi Aini dan suami. Moment tu tak akan Aini lupakan. Sekarang baru Aini tahu perasaan seorang ibu. huhu. Bau fresh syurga tu sampai sekarang Aini teringat. Heaven sangat!

Sama tak macam muka ibu? hehe.

Next entry Aini update bila ada masa ye. Thank you and love u all! 😘





No comments:

Post a Comment