Friday 13 June 2014

Our Precious One, Ammara Sofea

Assalamualaikum.

Sebulan lebih tak berupdate blog ni sebab Aini berada dalam tempoh berpantang. Alhamdulillah sekarang sudah masuk 47 hari :) Ni pun Aini curi-curi update sebab anak tengah tido. Kejap lagi berjaga la tu mintak susu. haha. Alamak! Baru cakap dah jaga dah anak. Jap ye! huhu.

......

.................


Ok, dah boleh continue mengarang balik. Anak dah tido. haha.


Time ni fresh dari ladang tau. hehe. Tapi nurse lapkan dulu la air ketuban yg melekat dekat baby.


Last post Aini dah bagitau nama anak kan. Aini dengan suami berpakat namakan Baby AS sebagai Ammara Sofea binti Ahmad Fikri. Nak panggil Ammara boleh Sofea boleh. Nak panggil Baby AS pun boleh. haha. Lebih afdal panggil Ammara Sofea la kan.

Mesti ramai tertanya-tanya nape nama anak kitorang sebijik macam nama anak artis, Eira Syazira tu kan. Cuma ejaan anak dia je lain. Amarra Sofea Ros. haha. Actually semua ni kebetulan je tau. Suami memang dari awal preggy lagi cakap kalau dapat baby boy nak namakan anak sebagai Ammar.Tup2 scan dapat baby girl. Sebab tu la letak nama Ammara. Aini pulak dari dulu lagi memang minat nama Sofea. So bila digabungkan jadilah Ammara Sofea. Tak sangka pulak sama nama dengan anak artis. haha.

Dah settle bab nama, nak cerita balik waktu-waktu nak bersalin macam panjang je. haha.  Sebab sekarang tengah excited melayan anak. Nanti bila ada masa Aini flashback waktu baby AS nak keluar. InsyaAllah next entry kot :)

Aini selamat melahirkan Ammara Sofea masa kandungan 40 minggu 2 hari. Rasa macam cepat je masa berlalu. Rasa macam baru je kahwin and now Aini dengan suami dah ada anak sendiri. Rasa bersyukur sangat-sangat Ya Allah!



Gambar Ammara Sofea dengan maktok lepas keluar dari perut ibu. Before maktok pegang, ibu dah pegang dulu dah. Bau fresh dari oven lagi tau. Bau dari syurga. Ibu tak akan lupa bau tu sayang. Sayu sangat hati ibu bila tengok awak keluar dengan selamat dari perut ibu. huhu.




Time baby keluar dari perut Aini, benda pertama yang Aini nampak ialah rambut baby yang lebat tu. haha. Memang ikut sebijik macam baba dia punya rambut. Bila doktor letak baby atas badan Aini sambil jahit tu, mata baby asyik tengok Aini je. Ya Allah! Betapa gembiranya Aini masa tu. Memang lengkap kehidupan Aini. Dengan suami teman start Aini kena admit sampai la Aini discharge. Memang terharu sangat-sangat. huhu.Thank you suami!





Harta Aini dunia akhirat. sobsob.
Anak manja baba sungguh :)

Agak-agak ikut muka Aini ke suami? haha.




Lepas discharge dari hospital, bermula lah kehidupan Aini sebagai seorang ibu. Totally berubah 360 darjah. haha. Keutamaan sekarang adalah anak. Tanggungjawab Aini sekarang dah terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab sebagai isteri dan tanggungjawab sebagai seorang ibu.


Ammara Sofea baru 21 hari


Masa ni Ammara Sofea baru lepas kena cukur rambut. Bukan main diam lagi time kena cukur dengan bidan tu. Masa nak mandi je bising sikit sebab air sejuk sangat. haha.

Okey lah. Aini continue next time pulak ok. Baby dah bangun. haha.

No comments:

Post a Comment