Monday 13 January 2014

Demi Anak Sanggup Tangguh Pengajian?

Assalamualaikum.

Rasa macam kerap je kan Aini update blog. Haha. Hormon terlebih rajin baru sampai setelah sekian lama duduk menyorok =P Baca tajuk entry kat atas tu macam suspens je kan? Eh? Aini x habis degree lagi ke? Kena repeat latihan industri balik ke? Hehe. Alhamdulillah Aini officially tamat belajar as degree student di UiTM Shah Alam. Pejam celik pejam celik kejap je dah habis belajar and dah ada suami. Sekarang mengira detik nak dapat baby pulak. Syukur Alhamdulillah :) Allah s.w.t permudahkan jalan dan melengkapkan Aini sebagai seorang khalifah di muka bumi ni.


Berbalik kepada entry ni, Aini ada apply master bulan November tahun lepas and result permohonan dah keluar baru-baru ni. Alhamdulillah Aini dapat melanjutkan ke peringkat Sarjana di UiTM. Aini apply mode part time sebab fikir kesian kat baby pulak kalau ibu dia ambil mode full time. Keluar2 je baby terus ibu dia kena pegi kelas tiap2 hari. Haha. Aini dapat Master of Quantitaive Sciences and intake awal bulan March ni. 


Sekarang ni, Aini asyik fikir je samada nak continue atau tangguh belajar dulu. Priority sekarang adalah anak and bila dah fikir masak2, Aini tekad nak tangguh belajar dulu until bulan September ni. Keputusan Aini ni disokong kuat oleh suami dan keluarga. Demi anak, ibu tangguh belajar taw. Sila touching and menangis wahai anakku. Haha. Bila keluar nanti jadi anak yang dengar cakap ibu dan baba ye :) Ibu dan baba sentiasa mendoakan yang terbaik untuk baby. Kitorang excited nak tunggu baby keluar. Baba awak whatsapp ibu semalam ajak ibu pergi cari baby bedding untuk awak taw. Nampak x betapa excitednya baba! Ke sebab penat layan karenah ibu? Haha. Time mengandung ni Aini mintak makanan macam2 suruh suami belikan. Bukan sebarangan makanan taw. Nando's la, KFC la,Subway la, Big Apple la, Pizza Hut la, Domino's la, bla bla bla.. Kopak duit suami macam ni kalau tiap2 tahun mengandung. Haha. Nasib awak la sayang ;)


Ok. Aini nak pergi solat pastu nak masak sikit :) Kita jumpa next entry ye. Sebelum tu, sesiapa yang berminat nak dengan produk Shaklee ataupun nak jadi member Shaklee, bolehla email aini atau whatsapp/sms di

ainiazhar.shaklee@gmail.com

019-6580309

Aini akan bagi harga special serta Aini akan guide dan ajar cara makan yang betul untuk customer2 Aini :)




1 comment:

  1. Wahhh. Tak sabaq nak jadi uncle tersporting nihh. Hehheee

    ReplyDelete