Assalamualaikum.
Entry Aini kali ni khas untuk bride to be kat luar sana yang tengah mencari baju nikah and baju resepsi kawen korang. Bismillahirrahmanirrahim.. Aini nak sewakan my Nikah princess dress and sepersalinan Resepsi attires (ikut korang kalau x nak sewa baju lelaki pun). Ramai jugak dok tanya Aini x nak sewakan ke baju nikah and baju resepsi and ada jugak yang tanya dekat butik yang Aini tempah pasal attires Aini before sempat iols rasmi. Hahaha. Actually lepas majlis memang Aini dah plan nak sewakan, cuma ambil masa sikit nak update dalam blog. Kemalasan melanda! Lagipun time tu nikah dress and baju resepsi sebelah perempuan Aini tinggal di Sungai Petani. Now dah ada kat tangan :)
Nikah dress Aini ni datang dari idea Aini dengan husband sendiri taw. Memang nak baju nikah ala2 princess cutting gitu and nampak sopan. After dah decide design baju tu, kitorg pilih MinazBoutique as our official designer untuk ketiga2 majlis. Senangkan! So, bila Kak Pija (designer & owner Minaz) dengar idea we all, lelaju je Kak Pija design and touch up nikah dress impian Aini :) I love that design so much!
Kalau tengok Nikah dress Aini memang nampak simple sahaja. Penyeri dress ni kak Pija tambahkan ribbon besar dekat area pinggang and beads dekat lengan tangan dan dada plus set sekali dengan long veil. Aini dengan husband memang rancang nak pakai color putih time akad nikah sebab husband cakap nampak suci je bila pakai color putih. Sebab x nak nampak dull sangat so kitorang combine dengan color purple. Nikah attire husband Aini just baju melayu biasa je color putih and sampin color purple. Nak bagi nampak matching katakan :)
Details Nikah Dress (kalau nak buat baju resepsi pun ok) :
Nikah Dress : Dress cutting princess + Purple Beads + Ribbon Comel + Fully Lined + Concealed Zipper Sleeve for wudhu'
Theme : Off White + Milky Purple Detailing
Size : Can fits size S and M
Height : Dress ni memang jenis labuh sebab ada ekor panjang kat belakang tu. Tinggi Aini 162cm.
Nikah Dress full :
Korang boleh tengok dengan lebih dekat Nikah Dress Aini.
Lastly. Long Veil for solemnization.
Aini buka juga untuk sewa for those yang nak sewa long veil sahaja. Kalau x nak sewa pun depends korang ok :)
Long veil ni memang panjang taw. Area paras bawah pinggang Aini jugak. Material ialah kain chiffon + full lace dekat keliling veil + Purple Beads. Memang veil ni sangat ringan and senang terletak elok je atas kepala. Memang Aini recommend sangat2 sebab veil ni flowing sangat2 taw. Nama pun nak jadi princess kan :) Long veil ni Aini combine dengan shawl half moon dari Minazboutique jugak.
Anyone yang interested nak sewa Nikah Dress Aini dan Long Veil, boleh email Aini di ainiazhar91@gmail.com
Penyewa yang betul2 confirm nak sewa Nikah Dress, Aini akan bagi FREE sewa long veil untuk nikah. Kalau x nak sewa dress pun boleh je nak sewa long veil sahaja :)
Untuk sepersalinan untuk kedua-dua majlis resepsi Aini akan update malam ni ok. Stay tuned ye ;)
Sebelum tu, sesiapa yang nak order Shaklee, boleh lelaju email Aini di ainiazhar.shaklee@gmail.com
Sebelum tu, sesiapa yang nak order Shaklee, boleh lelaju email Aini di ainiazhar.shaklee@gmail.com
berapa ya harga?
ReplyDeleteberapa ya harga?
ReplyDelete