Assalamualaikum.
Macam gempak tak tajuk entry Aini kali ni? Ke statement macam bajet artis je? haha. Hari ni saja nak cerita pengalaman bila first time jadi ibu ni. Sebelum tu saja nak bagitau semua orang, kandungan Aini sudah mencecah usia 39 minggu 4 hari. Wow! Cepatnya. Fuhhhhhhh! Nebes iols. Doakan yang terbaik ye untuk Aini dan baby AS =)
Fresh dari ladang ni. hahaha. 38 weeks 6 days punya gambar. Macam belon dah tummy bila nak dekat due date ni. |
Hari Khamis lepas bersamaan 17hb April 2014 tepat pukul 2.30 pagi, Aini dengan suami kelam kelibut bersiap-siap pergi Pusrawi. Sebabnya Aini rasa contraction dari pukul 9.30 malam (16hb April 2014) lagi. Kejap-kejap contraction kejap-kejap contraction (time tu main agak je contraction tu macammana. haha.) Sebab baby first kan. Mau kami berdua tak cuak. Takut terberanak malam tu je. huhu. Mak ayah Aini pun terkejut kitorang keluar pagi-pagi buta. haha. Time tu angkut semua barang dah takut apa-apa jadi kat hospital.
Sampai-sampai kat Pusrawi, suami pergi daftar dulu kat ruangan emergency. After dah settle, orang yang bertugas time tu bagi wheel chair kat Aini sebab dia nak tolak Aini naik tingkat 4. Tapi Aini tak nak duduk atas tu sebab rasa larat lagi nak berjalan. Terkejut beruk abang tu. haha. Lagipun orang tua-tua cakap kena berjalan banyak kalau nak cepat deliver. Kan mommy2 kan? :)
Terus dapat tag nama. haha. Teringat zaman sekolah dulu-dulu. |
Nurse kat wad bersalin tu terus bawa Aini dan suami masuk dalam salah satu bilik kat situ. Aini tak perasan pape lagi pasal bilik tu. Bila Aini dah tukar pakai baju hospital baru Aini dok belek-belek keadaan bilik tu. Rupa-rupanya diorang letak Aini dalam labour room untuk Caesarean punya. Fuhhhhh! Bertambah kus semangat bila nampak peralatan untuk operate tuu. Ngeri! Lepas dah settle tukar baju, nurse masuk untuk buat Cardiotocography (CTG). CTG ni untuk monitor heartbeat baby dan kekerapan contraction yang berlaku. Test ni ambil masa 45 minit jugak la sampaikan Aini boleh upload gambar dalam insta. haha. Bila tengok result contraction memang ada cuma tak kerap sangat. Aini dengan muka toyanya tanya nurse tu.
Aini : Nurse, sebenarnya real contraction tu macammana? hehe.. Saya blur lagi sebenarnya (sambil senyum-senyum kambing).
Nurse : Real contraction tu berlaku apabila perut berasa keras dan menegang. Kekerapan yang berlaku adalah selang 5 minit. Kalau kejap-kejap perut rasa menegang tu dipanggil Braxton Hicks. Untuk situasi awak, memang berlakunya real contraction cuma selang 20 minit.
Aini : Oooooooo.. Macam tu rupanya real contraction. Sebelum ni ingat real contraction tu bila rasa senak-senak kat perut. haha.. Terima kasih nurse.
Nurse : Sama-sama. Ok, lepas ni akan ada doktor/bidan datang untuk buat VE.
Aini : VE? Apa tu nurse? (dengan muka blur)
Nurse : Oh, VE tu untuk ukur bukaan serviks awak berapa.
Nampak tak betapa pucatnya muka Aini lepas kena VE. huhu |
Aini kena tahan dalam labour room tu sampai pukul 11.30 pagi. Sampaikan suami kena ambil emergency leave (EL). Aini tak boleh tidur dalam labour room tu. Bosan gila tau. huhu. Part paling touching bila teringat suami tak tidur dari balik kerja lagi. Pukul 5 pagi baru boleh tidur, tu pun terjaga pukul 6 pagi sebab dengar azan Subuh. Punya kesian sampaikan Aini ajak dia tidur atas katil sekali dengan Aini. Sweetkan? Ala-ala honeymoon gitu. haha. Tapi sejam je la suami merasa honeymoon atas katil dalam labour room tu sebab pukul 6.10 pagi tu, nurse masuk sebab buat test CTG lagi. Contraction Aini selang 15 minit time tu. Baby punya heartbeat pun dengar kuat. Excited kitorang! hihi. Lepas solat Subuh, suami sambung balik tidur tapi atas kerusi la. Aini memang tak boleh tidur cuma pukul 10 pagi tu terlelap kejap. Terjaga sebab nurse masuk sebab buat check up. Time tu baru nurse cakap boleh balik sebab doktor suruh balik rehat kat rumah dulu sebab rumah Aini dekat je dengan Pusrawi. Lagipun keesokan harinya memang Aini ada appointment dengan doktor.
Nyenyaknya suami tidur. Thank you honey sebab teman b semalaman sampaikan korban waktu tidur. Walaupun sayang penat kerja seharian. Sobsobsob :'( |
Keesokkan harinya, Aini dengan suami jumpa Dr. Noor Fidak. Berat baby pun dah naik 3.2kg dah tapi berat ibu turun pulak. huhu. Doktor cakap baby punya kedudukan memang dah cantik dah cuma ketebalan rahim Aini je tak senipis kertas lagi untuk deliver. Time tu memang kena buat VE lagi la. huhu. Tapi doktor buat tak sakit tau. Memang tak rasa pun time doktor masukkan tu. Doktor cakap suruh tunggu je. Mungkin baby tak nak keluar lagi. Nak tunggu date yang sesuai. haha. Saja nak manja-manja dalam perut ibu lagi la tu. Tak puas dok swimming lagi kot. Doktor pun cakap ibu dia pun jalan aktif lagi. haha. Cuma hari tu, tiba-tiba Aini punya tekanan darah tinggi. First time tinggi, kalau tak before ni rendah je tak pun normal. Doktor suruh tunggu kejap sebab dia nak test sekali lagi. If still tinggi, memang Aini kena admit balik and kena induce. Memang kena bersalin paksa la. huhu. Nasib baik back to normal. Fuhhh! Doktor cakap ibu baby nebes sangat la tu nak bersalin. haha.
Baby kasi chance ibu dengan baba ambil gambar berdua dulu. haha |
Disebabkan Aini rasa bukan dalam masa terdekat baby nak keluar, so Aini suruh ayah balik Kedah dulu. Sebab adik Aini yang bongsu still sekolah rendah. Kesian pulak kat dia kena ponteng sekolah sebab akak dia nak bersalin. huhu. Cuma ayah tinggalkan mak je la dengan Aini. Ayah cakap kalau bawak balik mak pun, maktok tak duduk diam punya kat sana sebab teringat cucu. haha. Al-maklum la cucu sulung. Cakap dekat maktok je padahal ayahwan pun sama. Esok ayahwan pun nak terbang jumpa cucu. Nak tunggu jugak kot-kot cucu keluar time ayahwan datang. haha.
Harap semua doakan semoga Aini dengan baby selamat ye. Doakan jugak semoga Aini dipermudahkan semasa bersalin nanti. Amin.
No comments:
Post a Comment