Assalamualaikum dan Happy Monday pagi buta-buta ni. haha
Macam suspense je kan tajuk entry Aini pepagi ni. haha. Ni penangan teman suami tengok bola la ni. Sebab tu update entry yang bukan-bukan. Bosan kot. huhu. Tapi nampak gaya macam ramai kawan-kawan Aini yang tertanya-tanya gender baby Aini. Mostly teka baby boy. Kenapa ye? haha. Rasa sekarang macam dah ada yang tahu. Papepun untuk confirmation kita tunggu dan lihat bila baby AS keluar bulan ni. Whether Aini's junior or Fikri's junior? hihi.
Kalau ikut doktor, dalam 5 bulan tu memang dah nampak dah boy or girl. Mommy to be semua confirm excited nak tahu kan. Macam Aini dengan suami jugak la but our precious terlampau malu pulak. Rasa perangai pemalu tu ikut baba dia. Ibu dia bukan tak tahu malu tapi tak de la pemalu sangat macam baba dia. haha. Teringat zaman degree dulu bila Aini masuk persatuan sama dengan suami. Masa tu Aini student baru masuk, part 2 dan suami masa tu dah part 5 and kebetulan suami timbalan presiden persatuan yang Aini join tu. Bayangkan masa first meeting dengan budak-budak baru, suami Aini just perkenalkan nama dan kos dia je. Padahal member dia yang lain cakap bukan main banyak lagi tau. Siap datang sembang-sembang lagi. Dalam hati Aini memang dah cop suami bajet macho. haha. Memang Aini anti tahap kaw-kaw la dekat suami time tu. Tapi orang tua-tua cakap jangan tak suka sangat dekat someone tu, nanti sayang-sayang pulak. Pap! Terkena batang hidung sendiri. haha. Now, he is my nyawa tau. Love u!
Bila ibu ajak baba selfie. haha |
Sepanjang pregnant, Aini memang rajin sangat baca dan google tentang baby. Paling suka baca part tanda-tanda baby girl atau baby boy. Maunya tak beria sebab masa kandungan Aini 7 bulan baru tahu. haha.
Aini nak listkan apa yang Aini alami time preggy ni :
- Morning sickness yang teruk sampai kandungan masuk 4 bulan. Lepas tu continue balik time kandungan nak masuk 8 bulan. Baby anti nasi putih. huhu
- Memang Aini suka makan makanan masam-masam. (sampaikan ada stok asam dalam kereta suami. haha)
- Time 1st trimester Aini alah bau suami. Sometimes tu Aini suruh suami tidur lambat sikit supaya biar Aini tidur dulu. Kejamkan? haha. Nak buat macammana dah wife awak ni tak boleh bau =P
- Asal masuk bilik air je muntah. Suami syak Aini tak boleh bau shower gel selain Shokubutsu. Last2 shower gel Lux yang selama ni Aini guna kena campak pegi toilet sebelah. haha
- Tak boleh bau makanan mentah sampaikan suami yang kena masak time awal preggy dulu. haha. Even sekarang pun suami still masak :)
- Suka bangun lambat especially time suami pergi kerja. haha.
- Suka make-up tapi bukan over mana pun. Just kalau nak keluar rumah tu mesti wajib pakai bedak, eye-liner, blusher dengan lip balm. haha
Masing-masing muka tak sabar nak dukung baby AS. Dukung anak menakan dulu pun jadi la. haha |
Sekarang Aini nak list pulak teori dan pendapat orang lain yang Aini jumpa dalam incik google. Tapi jangan percaya tau. Baca untuk suka-suka je :)
1) Kadar degupan jantung. Kalau baby boy, kadar degupan jantung baby kurang daripada 140 degupan seminit. Kalau baby girl, lebih cepat daripada 140 seminit. (Aini tak survey pulak baby punya kadar degupan jantung. Asalkan berdegup syukur Alhamdulillah.)
2) Bentuk perut ibu. Kalau baby boy, perut ibu memboyot ke hadapan, kelihatan tajam dan perut rendah. Kalau baby girl, perut ibu bulat dan tinggi. (Aini tengok perut Aini tak de lah tajam pun tapi semua orang cakap perut Aini tajam dan semenjak masuk 9 bulan ni perut Aini nampak rendah. haha. Doktor cakap tu sebab dah tiba masa dah.)
3) Muka ibu. Kalau baby boy, muka ibu sangat berseri. Kalau baby girl, muka ibu tak berseri sebab baby ambil semua seri tu. haha. (Aini rasa sama je muka Aini kalau seri ke tak seri. Sebab tiap-tiap hari suami puji cantik. haha =P )
4) Morning sickness. Kalau baby boy, ibu tidak mengalami morning sickness masa 1st trimester. Kalau baby girl, ibu mengalami morning sickness masa 12 minggu pertama kehamilan. (Aini punya morning sickness pelik sebab nak hujung-hujung ni pun still ada. haha)
5) Cermin. Kalau baby boy, ibu suka lihat cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan mata ibu membesar. Kalau baby girl, ibu suka lihat cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan mata ibu tidak mengembang. (Aini memang pantang nampak cermin mesti telek muka sendiri punya la lama. Bab mata tu tak pasti pulak.)
6) Mengidam. Kalau baby boy, ibu mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging. Kalau baby girl, ibu mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula. (Aini memang tak suka benda manis-manis ni cuma aiskrim dengan jus buah-buahan tu memang makanan favourite la. hihi)
7) Kulit. Kalau baby boy, kulit ibu menjadi kering. Kalau baby girl, kulit ibu lembut. (Rasa memang kulit Aini lembut sejak azali lagi. haha. Perasan betul =P Cuma time awal preggy dulu, bibir Aini memang selalu kering.)
8) Nombor. Kalau baby boy, apabila ibu mencampurkan umur ibu semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap. Kalau baby girl, jumlahnya ganjil. ( 21 + 8 = 29. Ganjil! haha)
9) Rambut. Kalau baby boy, rambut ibu menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil. Kalau baby girl, rambut ibu semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil. (Rasa macam sama je sebelum dan semasa hamil.)
10) Keadaan tidur. Kalau baby boy, ibu tidur mengiring ke kiri. Kalau baby girl, ibu mengiring ke kanan. (Aini memang tidur mengiring ke kiri sebab doktor nasihat tidur mengiring ke kiri. Kalau sebelum hamil memang Aini tidur mengiring ke kanan.)
11) Panggilan. Kalau baby boy, perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah baba atau dada. Kalau baby girl, perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah mama. (Haaaaaaa, yang ni tak valid untuk Aini sebab tak pernah ada anak lagi before ni. haha)
Kalau ada something yang korang nak tambah, anda dialu-alukan. Cuma Aini harap korang jangan percaya tau. Sebagai have fun je. Kalau sama tu hanya kebetulan je. hihi.
Suami dah habis tengok game bola dia and mood dia happy pulak tu sebab team Liverpool menang so boleh lah Aini tidur dengan tenang. haha.
Selamat malam semua!
No comments:
Post a Comment