Monday, 13 January 2014

Demi Anak Sanggup Tangguh Pengajian?

Assalamualaikum.

Rasa macam kerap je kan Aini update blog. Haha. Hormon terlebih rajin baru sampai setelah sekian lama duduk menyorok =P Baca tajuk entry kat atas tu macam suspens je kan? Eh? Aini x habis degree lagi ke? Kena repeat latihan industri balik ke? Hehe. Alhamdulillah Aini officially tamat belajar as degree student di UiTM Shah Alam. Pejam celik pejam celik kejap je dah habis belajar and dah ada suami. Sekarang mengira detik nak dapat baby pulak. Syukur Alhamdulillah :) Allah s.w.t permudahkan jalan dan melengkapkan Aini sebagai seorang khalifah di muka bumi ni.


Berbalik kepada entry ni, Aini ada apply master bulan November tahun lepas and result permohonan dah keluar baru-baru ni. Alhamdulillah Aini dapat melanjutkan ke peringkat Sarjana di UiTM. Aini apply mode part time sebab fikir kesian kat baby pulak kalau ibu dia ambil mode full time. Keluar2 je baby terus ibu dia kena pegi kelas tiap2 hari. Haha. Aini dapat Master of Quantitaive Sciences and intake awal bulan March ni. 


Sekarang ni, Aini asyik fikir je samada nak continue atau tangguh belajar dulu. Priority sekarang adalah anak and bila dah fikir masak2, Aini tekad nak tangguh belajar dulu until bulan September ni. Keputusan Aini ni disokong kuat oleh suami dan keluarga. Demi anak, ibu tangguh belajar taw. Sila touching and menangis wahai anakku. Haha. Bila keluar nanti jadi anak yang dengar cakap ibu dan baba ye :) Ibu dan baba sentiasa mendoakan yang terbaik untuk baby. Kitorang excited nak tunggu baby keluar. Baba awak whatsapp ibu semalam ajak ibu pergi cari baby bedding untuk awak taw. Nampak x betapa excitednya baba! Ke sebab penat layan karenah ibu? Haha. Time mengandung ni Aini mintak makanan macam2 suruh suami belikan. Bukan sebarangan makanan taw. Nando's la, KFC la,Subway la, Big Apple la, Pizza Hut la, Domino's la, bla bla bla.. Kopak duit suami macam ni kalau tiap2 tahun mengandung. Haha. Nasib awak la sayang ;)


Ok. Aini nak pergi solat pastu nak masak sikit :) Kita jumpa next entry ye. Sebelum tu, sesiapa yang berminat nak dengan produk Shaklee ataupun nak jadi member Shaklee, bolehla email aini atau whatsapp/sms di

ainiazhar.shaklee@gmail.com

019-6580309

Aini akan bagi harga special serta Aini akan guide dan ajar cara makan yang betul untuk customer2 Aini :)




Saturday, 11 January 2014

Resepsi Attires to rent out

Assalamualaikum dan selamat malam.

Maaf lambat update entry untuk malam ni. Ampunnnnnnn! Aini layan husband balik kerja kejap. Prepare makanan untuk dia and sembang2 kejap :) Ni pun curi masa dia kejap nak update blog. Hehe. Entry kali ni Aini continue untuk entry before ni. Cuma entry yang ni nak rent out Resepsi attires pulak. Macam Nikah dress Aini jugak, idea untuk baju resepsi kedua2 majlis datang dari idea Aini and husband sendiri :)

Untuk attire majlis resepsi sebelah Aini, memang Aini nak sangat baju design peplum and husband punya attire nak baju design ala2 kot gitu. Baru nampak smart! Bila Aini beritahu designer nak macam tu terus je Kak Pija sketch and we love it! Sangat puas hati taw. Kalau tengok baju resepsi sebelah Aini, memang nampak sangat simple and biasa sahaja. Speciality baju ni terletak dekat color baju which is purple + turqoise ala2 hijau gitu. Memang nampak gorgeous sangat color tu. Aini x pernah nampak lagi orang combine color tu buat baju kahwin so Aini try and error je. Kaum kerabat Aini pun pelik Aini pilih color tu and diorang x boleh bayang langsung macammana combination color tu. Haha. Bila baju dah siap and ada depan mata, masing2 puji lawa :) Husband punya baju pulak color purple and sampin dia pun color purple. Designer cakap x nampak lawa sangat kalau lelaki pakai sampin color turqoise tu. Haha. Kalau korang perasan time majlis resepsi sebelah Aini, husband Aini pakai sampin yang sama time akad nikah. Jimat sangat taw! Lagipun akad nikah pakai kejap je sebab kitorang akad nikah after Isya'.


Details Reception Attires sebelah perempuan :
Aini's Attire : Peplum cutting + Detailing turqoise + Ribbon Comel di belakang + Fully Lined +  Concealed Zipper Sleeve for wudhu'
Theme : Purple + Turqoise Green Detailing
Size : Can fit to size S and M
Height : Kain die labuh jugak tapi kalau pakai high heels x sapu tanah la. Tinggi Aini 162 cm. 

Husband's Attire : Baju ala-ala kot + Sampin + Tengkolok
Theme : Purple
Material : Kain jenis duchess
Size : Size L and XL
Height : Tinggi husband Aini 172 cm.

Our Reception Attires : 




Korang boleh tengok dengan lebih dekat lagi baju reception sebelah Aini.







Sama juga macam Nikah Dress, untuk reception pun Aini nak sewakan juga Long veil. Panjang long veil ni sama macam long veil akad nikah Aini. Material ialah kain chiffon + full lace dekat keliling veil. Long veil ni Aini combine dengan shawl half moon dari Minazboutique jugak.


Untuk attire majlis resepsi sebelah husband, color maroon gold tu memang color pilihan husband Aini la. Tapi kalau design tu memang design Aini. Haha. Dress kali ni memang nampak vogue and sweet gitu. Yang paling menarik bila Kak Pija add up Ribbon dekat area lutut tu. Memang nampak unik kot :) Husband Aini punya baju style sama je macam majlis resepsi sebelah Aini. Dia cakap x payah susah2 buat design lain untuk dia Dah berkenan design tu cakap je la cik abang ooii! Malu nak mengaku la tu =P


Details Reception Attires sebelah lelaki :
Aini's Attire : Dress cutting ala2 duyung + Detailing gold  + Maroon beads + Ribbon Comel di lutut + Concealed Zipper Sleeve for wudhu'
Theme : Maroon + Gold Detailing
Size : Can fit to size S and M
Height : Kain dia memang labuh. Panjang sikit dekat area belakang. Tinggi Aini 162 cm. 

Husband's Attire : Baju ala-ala kot + Sampin + Tengkolok
Theme : Maroon Gold
Material : Kain jenis duchess
Size : Size L and XL
Height : Tinggi husband Aini 172 cm.

Our Reception Attires : 





Jom layan gambar lagi untuk kepuasan anda menengok :)






Boleh review Long veil untuk resepsi ni jugak :)



Alang-alang Aini dah update pasal baju resepsi ni, Aini nak tambah lagi dua item untuk disewa. Item pertama adalah bunga tangan. Kalau sesiapa yang sewa boleh email Aini ye :) Bunga tangan ni Aini tempah dekat Fleur. Korang kalau nak tempah theme korang sendiri boleh pegi tempah dekat website diorang :)

Custom made bouquet resepsi Aini :



Hand made bouquet resepsi husband : 



Second items adalah kasut akad nikah and resepsi kedua majlis. Aini pakai sekali je, tu pun time majlis. Merancang nak pakai time internship hari tu tapi x kesampaian bila baby hadir dalam perut Aini. Hehe. So Aini nak sewakan juga kasut2 ni daripada biar berhabuk dalam kotak tu :) 

Size : Size 6 - 7

Gambar bawah ni kasut yang Aini pakai time akad nikah. Pakai x sampai 1 jam je rasa. Bila dah masuk masjid dah bukak kasut tu. Hehe. Kasut ni Aini beli di Carlo Rino.


Kasut yang second ni Aini pakai time majlis resepsi sebelah Aini. Pakai seharian la jugak. Lama banyak dari akad nikah punya kasut :) Yang ni Aini beli di Treats Signature.

Kasut yang last ni of course Aini pakai time majlis resepsi sebelah husband. Sama jugak macam kasut before ni, Aini pakai seharian jugak. Kasut ni Aini beli last minute di Primavera.


Anyone yang interested nak sewa item-item yang Aini update ni, boleh email Aini di ainiazhar91@gmail.com

Penyewa yang betul2 confirm nak sewa satu set Resepsi Attires, Aini akan bagi FREE sewa long veil untuk resepsi korang. Kalau x nak sewa sepersalinan pun boleh je nak sewa samada attire perempuan SAHAJA atau long veil SAHAJA :)

Nikah Dress untuk Disewa

Assalamualaikum.

Entry Aini kali ni khas untuk bride to be kat luar sana yang tengah mencari baju nikah and baju resepsi kawen korang. Bismillahirrahmanirrahim.. Aini  nak sewakan my Nikah princess dress and sepersalinan Resepsi attires (ikut korang kalau x nak sewa baju lelaki pun). Ramai jugak dok tanya Aini x nak sewakan ke baju nikah and baju resepsi and ada jugak yang tanya dekat butik yang Aini tempah pasal attires Aini before sempat iols rasmi. Hahaha. Actually lepas majlis memang Aini dah plan nak sewakan, cuma ambil masa sikit nak update dalam blog. Kemalasan melanda! Lagipun time tu nikah dress and baju resepsi sebelah perempuan Aini tinggal di Sungai Petani. Now dah ada kat tangan :) 

Nikah dress Aini ni datang dari idea Aini dengan husband sendiri taw. Memang nak baju nikah ala2 princess cutting gitu and nampak sopan. After dah decide design baju tu, kitorg pilih MinazBoutique as our official designer untuk ketiga2 majlis. Senangkan! So, bila Kak Pija (designer & owner Minaz) dengar idea we all, lelaju je Kak Pija design and touch up nikah dress impian Aini :) I love that design so much!

Kalau tengok Nikah dress Aini memang nampak simple sahaja. Penyeri dress ni kak Pija tambahkan ribbon besar dekat area pinggang and beads dekat lengan tangan dan dada plus set sekali dengan long veil. Aini dengan husband memang rancang nak pakai color putih time akad nikah sebab husband cakap nampak suci je bila pakai color putih. Sebab x nak nampak dull sangat so kitorang combine dengan color purple. Nikah attire husband Aini just baju melayu biasa je color putih and sampin color purple. Nak bagi nampak matching katakan :)



Details Nikah Dress (kalau nak buat baju resepsi pun ok) :
Nikah Dress : Dress cutting princess + Purple Beads + Ribbon Comel + Fully Lined + Concealed Zipper Sleeve for wudhu'
Theme : Off White + Milky Purple Detailing
Size : Can fits size S and M
Height : Dress ni memang jenis labuh sebab ada ekor panjang kat belakang tu. Tinggi Aini 162cm.

Nikah Dress full :



Korang boleh tengok dengan lebih dekat Nikah Dress Aini.






Lastly. Long Veil for solemnization.
Aini buka juga untuk sewa for those yang nak sewa long veil sahaja. Kalau x nak sewa pun depends korang ok :)


Long veil ni memang panjang taw. Area paras bawah pinggang Aini jugak. Material ialah kain chiffon + full lace dekat keliling veil + Purple Beads. Memang veil ni sangat ringan and senang terletak elok je atas kepala. Memang Aini recommend sangat2 sebab veil ni flowing sangat2 taw. Nama pun nak jadi princess kan :) Long veil ni Aini combine dengan shawl half moon dari Minazboutique jugak.


Anyone yang interested nak sewa Nikah Dress Aini dan Long Veil, boleh email Aini di ainiazhar91@gmail.com

Penyewa yang betul2 confirm nak sewa Nikah Dress, Aini akan bagi FREE sewa long veil untuk nikah. Kalau x nak sewa dress pun boleh je nak sewa long veil sahaja :)

Untuk sepersalinan untuk kedua-dua majlis resepsi Aini akan update malam ni ok. Stay tuned ye ;)


Sebelum tu, sesiapa yang nak order Shaklee, boleh lelaju email Aini di ainiazhar.shaklee@gmail.com




Friday, 10 January 2014

Supplements apa yang sesuai time preggy?

Assalamualaikum and Hye! :)

Hari ni Aini nak cerita supplements apa yang Aini consume dari awal Aini mengandung sampai la sekarang ni. Mostly preggy woman mesti akan tertanya-tanya supplements apa yang sesuai. Macam Aini dolu-dolu jugak :) Mungkin entry ni boleh bantu mana-mana wanita yang tengah preggy ataupun yang sedang berusaha untuk dapat baby.


22 weeks

Ramai jugak member2 Aini tanya berapa minggu dah preggy, makan supplements apa time preggy, bila due date, baby boy or gugurl. Wow! Banyaknya soalan. Hehehe.. Alhamdulillah sekarang ni kandungan Aini dah masuk 25 minggu and insyaAllah due date 26 April 2014 :) Doakan Aini ye kawan2. Untuk boboy or gugurl, baby malu lagi nak gtaw aunty2 and uncle2 semua. Punya la ibu and baba dia excited nak tahu, last2 baby elok je dok praktis cara nak sembahyang bila dia keluar nanti. Moga jadi anak yang solehah dan soleh ye sayang! 


Anak ibu nakal jugak dalam peyut. Pupuk kang =P

Time 1st trimester, Aini memang alami morning sickness yang sangat teruk. Orang cakap morning sickness tapi Aini bukan kira morning je. Tengahari, petang, malam pun sickness jugak. Huhuhu.. Demi baby ibu tahan jugak :) Sampaikan makan nasi putih pun x boleh jugak taw. Nasi tu WAJIB ada rasa. Pantang masuk bilik air je mesti wekkkkkk. Bukan main2 punya sickness. Huhuhu.. Tapi alhamdulillah sickness Aini stop sampai kandungan masuk 2nd trimester. Fuhhhhhh lega! After tu Aini makan je semua benda. Pantang nampak makanan mesti mengada2 mintak kat suami nak jugak. Ibu awak ni manja taw time preggy ni. Kesian baba awak kena layan karenah ibu. Hahahaha.. 

Bila dah lepas morning sickness tu, memang Aini keja nak berjalan je. Pantang husband je cuti mesti ajak keluar jalan2 jugak. Giant pun jadilah asalkan jalan2 luar kawasan rumah. Hahaha.. Teruk benor! Nasib la husband jenis melayan je bini dia mintak apa pun :) Kalau preggy tiap2 tahun memang kopak la duit dia. Hehe.. Dah terlajak sembang dah ni so jom patah balik. Berbalik pada entry ni, Aini nak kongsikan sikit  tentang supplements apa yang bagus untuk bakal2 ibu patut consume time preggy ni. Tambah2 kalau 1st experience macam Aini ni. 

Time 1st trimester, vitamin yang paling diperlukan untuk ibu2 mengandung ni ialah Folic Acid. Bila dah masuk 2nd trimester, kena makan vitamin kalsium pulak sebab time ni ibu2 sangatlah memerlukan kalsium yang banyak sebab baby ambil kalsium dari kita. Bila 3rd trimester, fish oil (Omega) diperlukan untuk pembentukan otak baby yang baik. Antara suppliments yang Aini consume ialah vitamin2 dari SHAKLEE. Selain dapat khasiat yang bagus untuk baby dalam kandungan, ianya bagus jugak untuk kulit ibu yang tengah preggy. Certain ibu mengandung akan alami syndrom perubahan hormon dari segi kulit dan hormon. Alhamdulillah pengalaman Aini sendiri masa tengah preggy ni, kulit Aini x kusam bila amal vitamin2 (set hamil) dari Shaklee. Aini juga masih bertenaga dan ada mood nak touch up supaya kelihatan berseri2 macam anak dara dulu. Hehe.. Ramai cakap Aini nampak "seri mengandung" and cakap Aini akan dapat baby gurl. Amboiiii! Tapi husband cakap dia rasa dapat baby boy sebab nampak Aini berseri sangat. Ehem3!

Ubat2 yang doktor bagi memang ok tapi kita mesti nak yang lebih baik untuk baby kita masa lahir nanti kan? Alhamdulillah setakat sekarang rekod kesihatan Aini dekat Klinik Kerajaan x de masalah langsung :) Berat pun naik maintain je, tidak terlalu kurang and tidak terlalu berat. Intermediate je.

Perlu ke makan suppliments sewaktu mengandung ni?

Bagi Aini sendiri, suppliment2 ni sangatlah penting untuk membantu dari segi kesihatan baby dan ibu. Tambah2 kalau sesiapa yang x boleh minum susu ibu mengandung sebab asyik nak muntah2. Jadi Aini nak suggest dekat ibu2 preggy di luar sana untuk ambil suppliments dari Shaklee. Bukan ibu2 preggy je boleh consume suppliments ni, semua golongan boleh ambil. Cuma entry kali ni Aini fokus untuk ibu2 mengandung.

Suppliments untuk wanita hamil 1st Trimester

  • Vita-Lea Iron Formula (120 tabs)
  • B-Complex - lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk folic acid (120 tabs)
  • Sustained Release Vita-C Plus (180 tabs)
  • OsteMatrix - Shaklee Calsium (120 tabs)



Bila kandungan sudah masuk 2nd Trimester & 3rd Trimester, boleh add dengan Omega Guard
 (90 caps).



Suppliment tambahan lain yang boleh amalkan :

  • ESP - Soy Protein Isolate Powder (850gm)

ESP ni Aini memang recommend sangat2 untuk ibu2 preggy sebab ia membekalkan tenaga berpanjangan, menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku, dan otot. Selain itu, mengoptimumkan penyerapan nutrien lain. Aini consume ESP semenjak zaman student lagi. Memang berbaloi! Satu botol ESP ni boleh tahan 3 bulan :)

Sesiapa yang berminat boleh email Aini untuk dapat BEST PRICE. Semua golongan boleh consume produk dari SHAKLEE :)

Nak dapat harga promo untuk bulan Januari 2014? Cepat2 email / whatsapp Aini ok,

ainiazhar.shaklee@gmail.com

019-6580309

InsyaAllah Aini akan bagi harga special punya serta Aini akan guide dan ajar cara2 makan yang betul untuk customer2 Aini :)