Saturday, 13 July 2013

Debaran Semakin....... Dubdap! Dubdap!

Assalamualaikum semua..

Haiiihhhhh... rasa macam dah berkurun Aini x update blog kan.. Mesti semua x sabar kan apa entry kali ni yang akan Aini post.. hehehe.. ntah2 semua x kisah pun Aini update ke idok blog (perasan je =p ) Alhamdulillah Final Exam dah pun selesai 9 Julai hari tu and that's mean Aini sudah tamat belajar as student's Bachelor Science (Hons.) of Mathematics di UiTM Shah Alam. Cuma berdebar untuk tunggu presentation Final Year Project this coming Tuesday dan result untuk Final Exam je la sekarang ni.. huhu..


Yay2! :) Suka la sangat kan padahal Aini ada lagi satu semester untuk Latihan Industri.. Alhamdulillah untuk Latihan Industri Aini dapat dekat Celcom Axiata dekat Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Dekat dengan bakal rumah dan mungkin rezeki nak kahwin kot ;) Allah permudahkan segala urusan. Syukur Alhamdulillah :)


Lepas habis je presentation hari Selasa ni, Aini akan terbang balik Sg petani cepat-cepat sebab nak urus pasal Aini punya majlis perkahwinan la.. Tup-tup lagi 33 hari lagi Aini akan tamatkan zaman bujang Aini.. Waaaaaaaaaa... x boleh perangai macam budak-budak lagi.. dah x boleh merengek macam baby dengan mak ayah kalau nak beli pape barang.. huhuhu.. Preparation x banyak sangat Aini buat sebab stay kat kolej kan. Just Aini handle pasal kad kahwin, baju kahwin and hantaran je. Tapi Aini request dekat mak nak decorate sendiri hantaran untuk sebelah Aini dan sebelah Mr. F. Nasib baik mak ok je and balik ni baru Aini akan kalut-kalut nak decorate :) Sekarang Aini muhasabah diri dengan membaca buku-buku persediaan untuk kahwin nanti.. hehehe..


Nanti-nanti Aini update lagi pasal persiapan kahwin-kahwin Aini ye.. Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment